"Welcome back..haha lama cuti.."usik Ana.. Myra turut muncul tiba-tiba "Honeymoon ek...?" galak tawa Myra. "Korang ni..ta sayang kawan betul..aku kat hospital tade sorang pun yang datang jenguk..sampai hati.."Dania konon-konon merajuk.
"Eleh...kau yang tak sedar...kitorg datang tau..Kak Dee, aku..Ana..siap makan-makan lagi dengan mamat Daniel yang handsome tuu..." lantang bicara Myra. Mata Dania membulat.
"Korang makan-makan dengan dia?" tanya Dania. Ana dan Myra mengangguk serentak. "Ye laa..dia nak belanja..haha..tapi makan kat kafe hospital je..kononnya dia risaukan kau..dont u think that sweeett"usik Myra.
"Sweet abah kau..dah..aku nak buat kerja. Kerja aku berlambak-lambak nii" Dania berlalu meninggalkan mereka. Masih terdengar gelak Ana dan Myra. Entah apa lagi yang dibualkan.
Sebaik sahaja Dania sampai dimejanya, Dania terkedu seketika. Hampir dia menjerit namun tangannya pantas menekup mulutnya. Kedengaran lagi tawa Ana dan Myra. "Ishh..ni da melampau ni.." getusnya bersendirian.
Di atas meja..sejambak besar bunga ros. Mungkin dalam 50 kuntum. Tapi bukan itu yang membuatnya terkejut. Sebuah patung bear setinggi satu meter lebih diletakkan di atas kerusinya. Meja nya pula penuh dengan kertas warna warni berbentuk hati. Mukanya merah padam.
"Hmm..dah ada peminat sekarang..patut la dah tak pandang saya.." Azrul dari bahagian kewangan muncul. Dania mencebik. "Saya pun tak ingin ada peminat la.."Dania meletakkan beg tangannya di atas meja. Di buang semua kertas warna warni di atas mejanya. Patung bear pula disumbat di bawah meja.
Dania duduk di kerusinya dengan perasaan geram. 'Assalamualaikum..awak ta sepatutnya bua-' tak habis Dania menaip text di telefon bimbitnya, satu panggilan masuk. Tertera nama Sir Daniel di skrin. Dania bengang "Hey..awak ta sepatutnya buat macam ni..ini dah kira menceroboh hak privasi saya. Pagi-pagi saya kena kemas meja sebab awak..awa-"
"Assalamualaikumm.."Daniel memotong bebelan pagi Dania. Dania menarik nafas. "Hmm..Waalaikumsalam.." kemarahannya dibendung sedikit.
"Firstly..maaf ler kalau saya menganggu privasi awak. Second..teddy bear tu untuk awak..comelkan..hehe..third..those roses..represent you..cantik tapi berduri..hehe..maafkan saya ye..saya tak boleh lupakan awak begitu je.." ucap Daniel ikhlas. Dania masih benggang.
"So..awak apa khabar..da sihat sepenuhnya?" pandai Daniel mengalihkan topik. "Ye..da sihat daa.." jawab Dania acuh tak acuh.
"Owh..erm..saya kol ni ada hajat sikit.." ujar Daniel. Dania mengangkat kening. 'Ape lagi lah rancangan mamat ni'. " Ape die?"
"Kak wati ajak datang rumah. Ada buat makan-makan sikit. Yelah..baru bawak Saif balik rumah..ada doa selamat sekali..awak dtg ek?" jemput Daniel. Dania menghela nafas. Berat. Baru sahaja dia menjarakkan diri dengan Daniel. "Hmm..bila tu?" tanya Dania. Pasti dia tak boleh menolak ajakan Kak Wati..apatah lagi bila teringat wajah comel Saif, dia kalah.
"Khamis..lepas isyak..saya jemput awak ye..?"cadang Daniel. "No..takpe..just text address Kak Wati. Nanti saya datang sendiri.." arah Dania. Dia sepatutnya tak berhubung lagi dengan Daniel. Hatinya menahan geram. Tapi pada masa yang sama, ada satu perasaan yang buat dia selesa dan dia tak tahu ape perasaan tu.
"Hehe..ok..so..err..jumpe Khamis nanti ye.." ujar Daniel berbasa-basi. "Insyaallah..ok..saya nak buat kerja, bye..assalamualaikum" Dania pantas memutuskan talian. Azrul memerhati dari jauh. Memang sudah lama dia memintai Dania. Namun gadis itu mmg sukar untuk dimiliki. Tapi pabila terlihat ada jejaka lain berusaha mendapatkan Dania, hatinya bengkak.
"Jom sarapan.." Azrul tiba-tiba muncul di hadapan Dania. Dania menggeleng. "Takpe lah AZrul, saya dah makan kat rumah tadi.."
"Waa..awak masak sarapan pagi-pagi ke? Bestnya..mesti saya beruntung kalau dapat jadi suami awak ye..dapat wife yang rajin masak sarapan pagi2" usik Azrul. Dania mencebik. Dia malas melayan karenah Azrul. Cukup dengan Daniel yang memeningkan kepalanya pagi-pagi.
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...