Daniel memarkir kereta di foyer pejabat Dania. Hatinya berdebar. Entah kenapa..tiba-tiba tingkap kereta bahagian penumpang diketuk. Dania tersenyum melihatnya. Daniel pantas membuka kunci. "Assalamualaikum.." ucap Dania sebaik sahaja masuk dalam kereta Daniel. "Waalaikumsalam.." jawab Daniel. dia pelik melihat tingkah Dania hari ini. "Err..kita pegi Bukit Layang-layang kan?" tanya Daniel. Mencari kepastian. Dania hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan Dania mendiamkan diri. begitu juga Daniel. Otak nya ligat berfikir tentang perubahan tingkah Dania.
Sebaik sahaja sampai di Bukit Layang-layang "Dania..kenapa? Ada apa-apa yang mengganggu awak ke?" tanya Daniel. Risau. Mereka berdua masih didalam kereta. "Kita keluar dulu, cari tempat duduk ye.." cadang Dania. Daniel hanya mengangguk. Ikut sahaja permintaan Dania.
Mereka duduk disebuah pondok betul-betul berdepan dengan tasik. Suasana ceria dengan kehadiran keluarga2 yang datang beriadah. Daniel menatap mata Dania. Cuba mencari yang tersirat. Dania melarikan pandangannya. "Saya..sebenarnya nak ucapkan terima kasih,,berkenaan semalam." Dania bersuara.Daniel mengangguk. "Ok.." Daniel mengharapkan statement lain selain dari itu.
"Itu je?" tanya Daniel. Dania mengangguk tersenyum malu. Daniel ketawa. "saya fikirkan ada benda penting..hehe..berdebar juga saya time awak ajak keluar tadi.."
Dahi Dania berkerut. "Erm,,kes selamatkan saya semalam bukan penting ke?" tanya Dania. Tawa Daniel terhenti. 'adush..salah percaturan' desis hatinya. "Penting..penting sangat. maaf kalau ayat saya tadi buat awak terasa.." sesal Daniel. "Takpe..tapi..say betul-betul hargai tindakan awak semalam.."jujur kenyataan Dania. Daniel tersenyum.
"Kalau diizinkan..saya nak lindungi awak..selamanya.."kenyataan Daniel membuat Dania terdiam seketika. "Saya tahu..awak mungkin tak sedia lagi. Saya faham. Lagipun kita baru juga mengenali hati budi masing-masing." Daniel menggantung ayat. Melihat wajah Dania. Apa yang difikirkan gadis itu sekarang. Kenapa dia berdiam diri.
"Saya..saya rasa..kita tak sesuai." Dania bersuara. Daniel hanya diam. Menunggu reaksi seterusnya. "Awak mungkin lebih layak dengan wanita yang lebih baik dari saya. Saya tak seperti yang awak sangka kan.." ujar Dania perlahan. 'Bawak sial..badi..penyebab kematian mama dan papa' semua gelaran itu membuat Dania takut rapat dengan orang lain.
"Hey..jangan la macam ni..kita cuba dulu..kenali hati budi masing-masing.."tutur Daniel lembut. Dania menundukkan wajahnya. Matanya terpejam rapat. Tiba-tiba dia teringat kematian Iqbal, juga kerana dirinya. "Saya rasa kita tak perlu cuba. Saya memang tak sesuai untuk awak. Saya tak boleh-" tak sempat Dania menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Daniel meraih tangan Dania. Dania terkedu.
"Sshh.." Daniel menyuruhnya diam seketika. Daniel mengeluarkan telefon bimbitnya. Satu lagu dimainkan. Daniel Bedingfield-If You're Not The One..
"If You're Not The One"
If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all
I'll never know what the future brings
But I know you're here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...