Dania bangkit dari pembaringannya. Kepalanya terasa ringan sedikit. Cahaya di bilik tersebut malap, menyukarkannya melihat sekeliling. Tangnnya meraba-raba katil, cuba mencari telefon bimbitnya. Tangannya tersentuh sesuatu. Tangan seseorang..tanpa ragu-ragu Dania terjerit kecil. Daniel tersentak dari lelapnya. Pantas dia memetik suis lampu.
Dania masih menekup mukanya. "Awak..sorry..tadi saya terlelap kat tepi katil awak..Awak ok ta? Sorry.." nada kesal kedengaran. Dania mengangkat wajahnya. Daniel kerisauan. "Apa awak buat kat sini?" Dania pelik dengan sikap Daniel. Beria-ria menjaganya.
"Jaga awaklah..kan awak tak sihat.." terang Daniel. Dania mengerutkan keningnya. "Kita takde apa-apa hubungan..dan kalau boleh, saya tak nak berhubungan dengan sesiapa lagi setakat ni..jangan terlalu ambil berat pasal saya boleh tak?" tegas Dania.
Daniel mengeluh. "Boleh tak..sekali ni awak bagi saya peluang? Peluang untuk saya kenal awak lebih dalam.." lembut tutur Daniel. berharap dapat melunturkan kekerasan hati Dania. Dania menundukkan wajahnya. Dia tidak sanggup bertentang mata dengan jejaka tersebut.
"Saya minta maaf kalau saya mendesak. Tapi..jujur, niat saya ikhlas untuk berkenalan dengan awak lebih dalam lagi.." jelas Daniel.
Dania mendiamkan diri. Hatinya menjerit..meminta agar diberi peluang pada Daniel. Tapi tidak pada dirinya. Daniel duduk disisi Dania.
"Saya tahu..pertemuan kali pertama kita tak lah seindah mana..malahan awak tumbuk pipi saya lagi..hehe" Daniel ketawa kecil lalu menyambung ayatnya "tapi..ada sesuatu dalam diri awak,,yang buat saya tertarik. Sesuatu yang saya tak tahu..tapi saya dapat rasa. Saya minta maaf kalau selama ni saya mengusik awak sampai awak betul2 meluat nak jumpa saya..tapi tu je cara saya rapat dengan awak..itu je caranya.."
Dania tidak berani mengangkat wajahnya. Memang dia selama ini bersendirian. Dia sunyi sebenarnya. Tapi dia sudah biasa melaluinya seorang diri. Dan kehadiran seseorang pasti akan mengubah rutin kehidupannya selama ini.
"Bila saya boleh keluar dari sini?" Dania mengangkat wajahnya. Bertentang mata dengan Daniel seketika. Daniel tersenyum. 'Insyallah esok..doktor nak tengok keadaan awak esok"
Dania diam seketika. Daniel memerhati wajah Dania, ada kegusaran. "Kenapa ni? Ada apa-apa yang urgent ke esok?" tanya Daniel. "Saya.." Dania menggantung ayatnya. Dia berpaling dari tentangan mata Daniel lalu menyambung ayatnya "lapar.." perlahan sahaja suaranya.
Daniel ketawa kecil. " Apa? Saya tak dengar..cuba cakap depan-depan..ni paling ketepi pulak" usik Daniel. Muka Dania merah padam. Benggang. Menyesal pula dia mengaku dia lapar. Tapi memang dia sedang kelaparan. Dari pagi sampai ke malam dia langsung tak menjamah apa-apa makanan lagi.
"Hehe..marah ek..okey..awak nak makan ape?" Daniel segera mengubah topik, bimbang Dania terasa hati pula. Dania mengangkat bahu. Tanda tidak tahu. Daniel mula berfikir, kafe hospital sudah tutup.
"Hmm..kafe kat bawah dah tutup..kalau awak ta kisah..awak kena tunggu sekejap..saya keluar..tengok kalau2 ada restoran 24 jam kat area sini.." cadang Daniel.
"Err..ta pyah lah..menyusahkan pulak.." bimbang pulak Dania menyusahkan Daniel. "Takpe..just tunggu,,saya pergi dulu..assalamualaikum" lantas Daniel meninggalkan Dania berseorangan di wad tersebut.
Dania termangu. "Waalaikumsalam.." bibirnya menjawab salam Daniel. Tangan kanannya merasa debaran jantungnya. Inikah rasanya dilindungi oleh seseorang? Airmatanya menitis perlahan. Allah,jika dia yang Kau beri kepadaku sebagai penjaga ku di dunia ini, maka Kau berilah petunjuk..sesungguhnya, aku tak bisa hadapi satu lagi kehilangan. Perlahan Dania berdoa pada yang esa. Mohon petunjuk dan redhaNya.
Selama hidupnya..dia ada 3 sahaja insan yang betul-betul rapat dengannya. Mama, papa dan Iqbal. Tapi kebahagiannya dengan mama dan papa diragut tika umurnya 8 tahun. Saat dirinya masih lagi bertatih mengenalli dunia. Terdengar sedu Dania. Iqbal satu-satunya rakan ketika di rumah anak yatim dulu. Sahabat seperjuangan. Sekolah rendah hingga sekolah menengah bersama. Belajar silat dan taekwondo pun bersama. Keprihatinan Iqbal diam-diam membuat Dania jatuh hati pada jejaka tersebut. Meski pun cintanya boleh dikategorikan cinta monyet, namun hingga kini dia masih terasa kasih dan sayang Iqbal.
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...