10-Perlukan kamu..

385 13 0
                                    

Dania duduk disofa. Puas Ana dan Myra mengajaknya untuk makan, namun Dania hanya mendiamkan diri. Fikirannya menerawang entah ke mana. 

Imbas kembali.

"Asalamualaikum, saya Azrul, sebelum ini bekerja di PMD Johor. Bekerja di bahagian kewangan. Salam perkenalan,semua.." Azrul memperkenalkan diri. Ana dan Myra tersengih-sengih. 

"Dah kahwin belum?" usik Kak Dee. Soalannya disambut tawa rakan sekerjanya. Dania turut tertawa kecil melihat gelagat Kak Dee. 

"Kalau yang berbaju kurung hijau tu yang tanya, insyallah saya boleh jawab.." jawapan Azrul membuat Dania terkedu sebentar. Hanya dia sahaja yang berbaju kurung hijau ketika itu. Dua-tiga suara kedengaran mengusik. Pipi Dania merah menahan malu. Azrul tertawa.

"Maaf mengusik..saya masih bujang, baru berumur 25 tahun.." terang Azrul. Dania hanya mendiamkan diri. Setelah selesai memperkenalkan diri, En Safiee, ketua bahagian kewangan menunjukkan meja Azrul. 

Staf yang lain sibuk memulakan tugas masing-masing. Begitu juga Dania. Sebaik sahaja dia menghadap komputer, dia akan menumpukan sepenuh perhatiannya pada tugasannya. Kadang gurau Ana dan Myra tidak dilayan kerana tumpuan pada tugas.

"Assalamualaikum.." Dania menoleh. Azrul berdiri di sebelah mejanya. "Waalaikumsalam,,ye nak apa?" tanya Dania. Button save di klik, bimbang tugasannya hilang tanpa sempat disimpan. "Maaf mengganggu..saya just nak minta maaf sebab usik awak tadi...tade niat apa..bergurau je.." terang Azrul. Dania hanya tersenyum. Dan buat seketika Azrul terpaku. "Takpe..selamat berkenalan..maaf ye..saya nak sambung kerja saya semula." Dania terus menyambung tugasannya. 

Azrul duduk dimejanya. Senyuman Dania seolah-olah memukau dirinya seketika. Terdetik dihatinya untuk mendekati gadis tersebut. Bibirnya mengukir senyuman. 

...............................................................................................................................................

"Dania..dania.." Ana mengejutkan Dania dari lenanya. Dania tertidur disofa. Kasihan dia melihat Dania tidur di situ. "Masuk bilik beb,,tidur kat bilik.." arah Ana. Dania dengan separuh sedar bangkit lalu bergerak ke biliknya.

Ana melihat jam. Baru 9.00 mlm, desis hatinya. Myra muncul di ruang tamu bersama dua cawan air. "Nah..milo.." Myra menghulur satu cawan pada Ana, sebelum duduk disisi Ana. 

"hmm.." Ana mengeluh sebelum meneguk air Milo yang diberi oleh Myra. "Amboi..mengeluh panjang nampak..kenapa?" tanya Myra. Ana menggeleng. "Aku..hmm..na citer something pasal Azrul..tapi..janji..citer sini..habis sini" ujar Ana sambil memberi amaran. Myra capat-cepat mengangguk. "Citer laa cepat.." gesa Myra. Ana menarik nafas panjang. 

"Azrul tuu..dulu pernah usha Dania. Siap minta no telefon bagai. Mula-mula Dania tak layan..kau tau laa..Dania kan ta bape minat sangat na rapat dengan budak laki.." Ana menggantungkan ayatnya. "Tapi..sebab hormat dia sebagai rakan sekerja, Dania layan jee..tapi Dania dah bagi warned awal-awal. Dia tak nak bagi harapan,,dia tak nak hubungan dorang melebihi batas sebagai kawan. Pada mulanya Azrul terima..tapi lepas tu.."Ana menggelengkan kepala.

Myra pelik. "Lepas tu ape?" tanya Myra mendesak. Ana serba salah untuk bercerita, namun dia harus kongsikan juga bersama Myra. "Cerita sini..habis sini taw.." Ana memberi amaran lagi. Myra mengangguk laju, "Azrul start hantar mesej-mesej berbaur lucah. Dania marah giler. Die block Azrul dari Whatsapp..block no Azrul dari phone die.." Ana memecahkan rahsia yang sudah lama disimpan.

"Tapi kat ofis Dania takde cakap apa-apa pun" ujar Myra pelik. "Dania tak nak Azrul kena kutuk dengan kita semua. Dia diamkan aje. Tapi kat ofis, kalau takde hal penting, dia memang tak bercakap dengan Azrul.." terang Ana. Myra mengangguk-angguk. Memang Dania pendiam, itu mmg sifat Dania. Dia hanya bersuara jika bersama Ana, Myra dan Kak Dee.

Hadirlah CintaWhere stories live. Discover now