Otak Dania memproses kejadian semalam. Memang dia akui, hati wanita nya sedikit terusik dengan ketampanan dan keperibadian Daniel, walaupun Daniel kuat mengusiknya. Dia mengeluh panjang. Hatinya ingin meberi peluang untuk Daniel, tapi pada masa yang sama EGO menguasai pemikirannya. Dia tidak bersedia untuk dimiliki lagi.
"Hoii..termenung jauh nampak!" Ana menyergah rakan sepejabatnya. Memang dari tadi dia memerhati gerak geri Dania. Resah semacam seolah-olah ada sesuatu yang menganggu pemikirannya.
Dania mengurut dadanya. Kesan kejutan dari Ana. Dania menarik muka. Sebal. "Hehe, jangan nak tarik muka sangat lah. kenapa ni? Kau ada masalah ke?" nada ambil berat terkeluar dari peti suara Ana. Kadang-kadang dia kasihan melihat kehidupan Dania. Sebatang kara. namun Dania kuat. Tidak pernah mengharap sesiapa pun.
"Aku okey..cuma penat skit..semalam tidur lewat..melayan Runningman"Dania tersengih, selamba sahaja menipu kawan baiknya. Mana mungkin dia akan beritahu peristiwa semalam.
"Tade keja lain ke?? Melayan Korea jee..kau nak join kitorg lunch ta..Kak Dee da gi amik keta tuu.." tanya Ana lagi. Dania menggeleng. "Aku na tidur kejap kot..siyes ngantuk sgt nii" alasan Dania untuk tidak mengikut mereka keluar lunch. Jimat duit..bajet yang ada hanya cukup untuk duit minyak dan duit dapur untuk seminggu. Ana hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Dania merebahkan kepalanya di meja pejabat. Seluruh ofis gelap kerana lampu telah dipadam. Hanya cahaya dari komputer kelihatan. Otaknya masih berfikir tentang kejadian semalam. Kenapa Daniel beria-ria mendekatinya. Siap hadiahkan sebuah beg tangan, dress, belanja makan. Kalau dilihat balik dia hanya gadis sederhana, jika dibandingkan dengan Daniel, jika dilihat dari luaran dia pasti golongan berada.
Bukan benda ni jadi kat drama je ke? Lelaki kaya jatuh cinta dengan gadis biase? Hatinya bersuara. Mahu pecah kepalanya memikirkan jejaka yang bernama Daniel. Telefonnya berdering. Tanda ada pesanan yang masuk.
"Awak dah lunch belum..kalau belum..jom..teman saya lunch.." Dania mengerut dahi. Dia membiarkan pesanan ringkas itu tidak berbalas. Kepalanya direbahkan semula. Dia perlu tidur, sekejap pun jadilah.
Kini telefon bimbitnya pula berdering. Dania segera menukar mode telefon ke silent. Dia tiada kena mngena dengan lelaki tersebut dan tak akan ada kena mgena langsung. dia memejamkan mata. Kepalanya terasa berat.
" Telefon Pak Man, tanya van pegi mana..hantar Dania gi klinik dulu" arah Myra. Ana segera ke meja nya dan mendail no Pak Man, driver MRSM Johor Bahru. jantungnya masih berdebar kencang.
Setiba mereka dari makan tengahari tadi, mereka ternampak Dania masih tertidur di meja. Myra menegurnya kerana ada membeli sedikit kek untuk dikongsi bersama. Tetapi Dania tidak menyahut. 2-3 kali dikejut masih tidak menyahut. Pabila Myra memgang tubuh Dania terasa panas. Pasti rakannya demam. Segera mereka menelefon driver untuk membantu mhantar Dania ke klinik.
Kak Dee merenjis sedikit air ke muka Dania, tapi masih tiada perubahan. Bibir Dania pucat lesi. Kak Dee hampir menangis melihat keadaan Dania.
"Pak Man tade..dia da pegi Hosp Sultan Ismail " Ana muncul dengan wajah kaget. Kedengaran bunyi loceng di kaunter hadapan. Ada tetamu.
**************************************************************************************************************
Daniel duduk disisi katil Dania. Dia tidak menyangka niatnya datang ke tempat kerja Dania untuk mengusik Dania terbantut pabila mengetahui Dania tidak sedarkan diri.
Seorang jururawat datang. Membuat pemeriksaan pada Dania. "Girlfriend ke?" tegur jururawat tersebut.
"Bakal isteri.." selamba Daniel menjawab sambil tersengih. Jururawat tersebut mengangguk sambil tersenyum "Tahniah ye..semoga semua berjalan lancar." ujar jururawat tersebut. Daniel ketawa kecil sambil mengangguk laju.
Dia menatap wajah Dania. Dia terimbau kembali saat Dania menumbuk pipinya dulu, wajah itu lah yang menarik perhatian Daniel. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Kuat betul penangan gadis bernama Dania ni.
Dania cuba membuka kelopak matanya. Terasa berat. Jari jemarinya bergerak cuba mengenggam sesuatu. Dia terasa tangannya diraih oleh seseorang.
"Dania..ok ta..jangan paksa bukak mata..slow2.." dia kenal suara tu..Iqbal. Bibirnya terkumat kamit. Cuba sampaikan sesuatu. "Nak air ke?" tanya suara tu lagi. Dania mengangguk lemah. Dia terasa kepalanya diampuh. Bibirnya disua gelas yang berisi air. Perlahan dia meneguk air tersebut.
Matanya dibuka perlahan. Dari imej gelas kaca, tangan seorang jejaka, bilik serba putih dan wajah seseorang. Matanya cuba memproses satu persatu imej yang dilihatnya. Tangan kirinya menolak lembut gelas kaca tersebut. "Dah tak nak?" kini suara itu lebih jelas, malah wajah empunya suara juga sudah kelihatan. Dania terkebil-kebil seketika. Daniel?? suara hatinya mjerit. Tekaknya masih terasa perit.
"Hey..ok ta?"Daniel melambai-lambai tangannya diwajah Dania. Dania memaling wajahnya. Dia cuba amati sekeliling. Tangannya ada jarum yang dimasuki air.
"Awak kat hospital. Sultan Ismail. Tadi lunch hour awak tak sedarkan diri, kawan-kawan awak yg jumpa. Saya kebetulan je ada kat situ. Tu yang saya tolong hantar awak ke sini" Daniel memberi penjelasan tanpa dipinta Dania.
Dania memejam mata. Kepalanya masih berat. Daniel membetulkan bantal Dania. "Baring laa..awak ta ok lagi ni.." serius wajah Daniel. Dania hanya memerhati gelagat Daniel. Banyak yang ingin dia persoalkan. Namun bukan saat ini, fizikal nya tak membenarkan dirinya untuk berdebat sekarang.
Dania baring sambil memejamkan mata. Lemah terasa seluruh tubuhnya. Daniel hanya memerhati Dania dengan wajah sugul. Mungkin kerana ini kali pertama dia melihat diri Dania yang lemah.
Kebiasaanya Dania selalu betah, selalu mempertahankan diri dan sentiasa mencari jalan untuk mengelak berjumpa dengan Daniel. Tapi tidak hari ini, Dania terlantar lemah. Dia meraup wajahnya. 'Sudah Asar..' detik hati kecilnya lalu berlalu keluar dari wad Dania.
***********************************************************************************************************
"Abang..pampers Raykarl da abis, nanti abang singgah mana-mana tolong belikan, boleh" suara Nadhiya kedengaran takut-takut di corong telefon. Heykal bengang.
"Duit RM 50 pagi tadi mana, huh? Awak buat ape je dengan duit tu? Tak reti berjimat ke?" Heykal bentak kasar. Nadhiya terdiam,,api kemarahan suaminya terasa dicorong telefon. "S..saya beli susu Raykarl.." perlahan Nadhiya menjawab.
Heykal senyap. Mendengus perlahan. "Hmpph..ye lah nanti bang belikan " terus Heykal menamatkan panggilan. Heykal menghentak stereng keretanya. Kesesakan lalu lintas menambahkan lagi sesak di fikirannya. Anaknya yang pertama, Raykarl, sudah menginjak dua tahun, tambahan pula Nadhiya baru disahkan hamil 2 bulan anak kedua mereka. Pasti perbelanjaan seharian mereka semakin bertambah kelak.
Kadang-kadang dia menyesal kerana tidak mengizinkan Nadhiya kerja. Dengan kos sara hidup masa kini, tambahan lagi gajinya sebagai pekerja pejabat biasa sudah pasti tidak dapat menampung perbelanjaan seharian mereka. Silapnya juga, mereka berkahwin pada usia yang muda tanpa apa-apa perancangan masa depan. Heykal mengeluh sendirian.
Bermacam-macam dugaan mereka lalui,tetapi Nadhiya tetap tabah bersamanya. Kadang-kadang dia terfikir, mungkin ini balasan terhadap dirinya. memiliki Nadhiya dengan cara yang tidak betul. Dia meraup wajahnya. Akan adakah sinar kemaafan darinya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
a/n : pssttt...rindu sgt2 kat wattpad ni,,,huhu finally cik ayu ada gak kesempatan tuk update kat sini. Buat masa ni,,mungkin cik ayu akan tumpukan pada Hadirlah Cinta (HC) dulu..dan novel yg lain cik ayu ta hold,,just buat masa ni idea membuak2 kat HC..insyallah..cik ayu akan cuba update sebanyak dan secepat yang mungkin.
Btw..kat tepi tu ada lagu..heheh theme song tuk Daniel n Dania.. If You're Not The One-Daniel Bedingfield. Dan ada banyak lagi lagu2 tuk HC ni..so..tunggu je la yee..ehehe
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...