Dania melihat penampilannya di cermin, berbaju kurung cotton dan bertudung satin, sederhana tapi menarik. Jam menunjukkan 8.45 malam. Dia masih berbelah bahagi. Perlu ke dia hadir? Lantas dia menyarung sandalnya dan menuju ke kereta. Dia harus hadir, bimbang Kak Wati kecil hati pula.
Daniel masih termenung. Kadang pandangannya dilemparkan pada pagar utama rumah abangnya, ternyata tiada kelibat Dania lagi. "Hey..Daniel..pehal duduk kat luar, masuk laa..makan,," tegur Kak Wati. Daniel tersengih. "Saif mana?" Daniel mengubah topik. " Dah tidur tadi,,Daniel tunggu Dania ek?" pancing Kak Wati. Daniel hanya ketawa kecil.
"Assalamualaikum.." terdengar suara seorang perempuan memberi salam. Daniel termangu seketika. Penampilan Dania mencuri hati lelakinya. " Waalaikumsalam, haa..Dania..sampai pun..ni jejaka idaman Malaya ni dah tak keruan,,takut Dania tak datang" usik Kak Wati sambil tergelak kecil. Daniel tersengih. Dania menyalam mesra Kak Wati. " Saif mana kak?" tanya Dania. "Ada. Tidur kat dalam, jom masuk, kita makan dulu..nnt baru jumpa Saif..ok?" cadang Kak Wati. Dania hanya menurut.
"Daniel..jangan tercegat je..bawak Dania jumpa abah dan ibu.." Kak Wati mencubit lembut lengan Daniel yang sedari tadi tercenggang melihat Dania. Daniel ketawa kecil.. "Ok..ok..jom Dania.." ajak Daniel. Pipi Dania merah menahan malu. 'Abah dan ibu..alamak..malunye..' desis hati Dania.
"Abah, Ibu..ni Dania..kawan angah.." Daniel memperkenalkan Dania pd ibu bapanya. Pn Mariam menoleh lantas mengukir senyuman. "Ni lah bakal menantu ibu ye.." ujar Pn Mariam sambil menyambut salam Dania. Daniel ketawa kecil. "Baru nak kenal lah ibu..ibu ni.." Daniel malu dengan gurauan ibunya. Dania menunduk hormat pada En Lokman, ayah Daniel "Pak cik.."ujar Dania mesra. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Namun debaran di hati hanya Tuhan saja yang tahu.
"Sape namanya tadi, Dania ek?"tanya En Lokman. Dania mengangguk. Sesekali dia menoleh ke arah Daniel. Dia rasa kekok. "Haa.. Daniel..bawak Dania makan dulu, nanti sembang-sembang dengan abah dan ibu k.."arah En Lokman. Daniel mengangguk sambil tersenyum lebar.
Muka Dania merah padam. Sepanjang perjalanan mereka ke meja makan, dua tiga kali dia dan Daniel diusik oleh saudara-maranya. Daniel hanya ketawa. "Abang Lokman, dengar citer dah tetap tarikh yee" usik pakcik Daniel. Dania terasa pipinya panas, menahan malu. Kalau dia tahu macam ni la keadaannya, memang dia tak akan hadirkan diri.
"Daniel..pergi dapur kejap, ambil kan buah tembikai. Biar akak teman Dania gi makan.."arah Kak Wati. Daniel hanya mengangguk mendengar arahan Kak Wati. Kak Wati melihat wajah Dania. "Dania..Dania tak selesa ek?"tanya Kak Wati, sedari tadi dia melihat Dania tertunduk-tunduk malu diusik oleh sanak saudaranya. Daniel hanya melayan tanpa memikirkan perasaan Dania.
"Err,,tade lah kak, saya ok je.." ujar Dania perlahan, dia mencedok mihun ke dalam pinggan nya. Kak Wati tersenyum. "Maaf lah ye..saudara mara akak mmg macam ni, kuat mengusik. Dania jangan ambik ati ye.."pujuk Kak Wati lembut. Dania tersenyum. Mengangguk.
"Jom, makan kat sana..akak temankan. "cadang Kak Wati. "Akak tak makan sekali ke?"tanya Dania. "Sebelum majlis mula lagi akak da makan. Dah dua-tiga round dah ni..haha" ujar Kak Wati sambil gelak kecil. Dania turut tergelak. Dia selesa dengan Kak Wati. Bermacam-macam cerita mereka kongsi bersama.
Daniel memerhati dari jauh. Suka dia melihat senyuman dari wajah Dania. "Haa..ngendap anak dara orang!" sergah Darwish dari belakang. Daniel terkejut. Diurut dadanya berkali kali. "Along ni..agak laa..bagi laa salam dulu.." geram Daniel. Darwish ketawa. "Jangan usha-usha je angah..masuk minang terus..tu ramai sepupu kita mcm berkenan denagan Dania..elak kena caras je peluang angah nanti.." Darwish gelak sakan. "Sabar laa Along..tengah atur strategi ni..takut tersilap percaturan." Daniel ketawa kecil.
"Dania..Dania dengan Daniel dah declare ke?" pertanyaan Kak Wati buat Dania terdiam seketika. "Eh..tade lah kak, kitorang kawan je.." jawab Dania berbasa basi. Mereka belum mulakan apa-apa langkah lagi. "Tade laa..akak harap..Dania boleh laa terima Daniel, ni pandangan akak sebagai seorang kakak pada Daniel, dia mmg sorang yang bertanggungjawab, baik budi pekerti, hormat orang tua..pandai jaga hati orang sekeliling..kira pakej laa.." Kak Wati berhenti seketika, lalu menyambung. "Akak pun tengok korang sama padan, sama cantik. Hubungan sebelum kahwin jangan lama sangat, nanti tak rasa manisnya time kahwin nnt, akak dan abg Darwish pun kenal sekejap je,,tak sampai setahun, terus nikah.." kongsi Kak Wati. Dania hanya tersenyum, tidak tahu apa reaksi yang harus diberi.
YOU ARE READING
Hadirlah Cinta
RomancePertemuan - "Kau..." Dania menggantungkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya terjatuh ke tanah sambil memegang pipinya. Ana, Myra dan Kak Dee terkejut. Mereka tidak menyangka Dania akan menghadiahkan sebuah tumbukan padu tepat di pipi kan...