Novel: Aku Ada (Prolog + Bab 1)

3.8K 104 13
                                    




'AKU ADA' IALAH VERSI NOVEL UNTUK CERPEN 'SUARA CINTA'.
- Cerpen SC pernah dipapar di laman Penulisan2u pada 2 Mac 2014
- Jalan cerita untuk AA telah diubah sedikit daripada SC.

Enjoy reading!

*****

PROLOG

BUNYI cengkerik dan unggas didengarnya dengan jelas. Seolah-olah mereka saling berlumba-lumba bunyi siapa yang paling kuat. Lyssa terus berjalan sambil memeluk tubuh. Tak tahulah apa yang merasuk fikirannya dan bagaimana dia boleh membiarkan dirinya dihasut suara itu hinggakan Lyssa sanggup curi-curi keluar vila.

"Kat depan. Kanan."

Suara itu didengarnya lagi. Wajah yang sememangnya pucat semakin menyamai warna kelabu.

"Sabar, Lyssa. Sikit aje lagi..."

Mendengarkan itu, Lyssa terus berlari meredah kawasan hutan itu. Tak sabar mahu tiba ke destinasinya. Kaki mulai berbirat. Terasa ada cecair hangat yang mengalir di kakinya. Air mata berlinang. Mulalah Lyssa sesali keputusannya.

Kenapa kau bodoh sangat, Lyssa? Kenapa kau percayakan suara tu? Kenapa kau sanggup masuk hutan malam-malam seorang diri?

Saat Lyssa berperang dengan dirinya sendiri, Lyssa juga sedar akan satu fakta - Dia tak boleh berpatah balik.

"Lyssa..."

Terkesima Lyssa bila namanya dipanggil. Angin malam mula menampar wajahnya. Seram-sejuk tubuhnya saat ini. Apa lagi yang suara itu ingin katakan?

"Kau... Nak apa lagi? A... Aku dah sampai ni! Kau... Nak... Apa?!" jerit Lyssa.

"Kat bawah Lyssa..."

Terkedu Lyssa seketika. Bawah? Kepala ditunduk, perlahan-lahan lututnya dijatuhkan. Tangan Lyssa meraba tanah yang dipenuhi dengan daun-daun kering. Makin laju pergerakan tangannya hinggalah hujung jarinya tersentuh secebis kain. Liur ditelan. Kelat. Payau.

"Terima kasih, Lyssa. Itu baju akak. Sekurang-kurangnya akak boleh dikebumikan dengan cara yang sepatutnya..."

Kelabu terus wajah Lyssa tika itu!


BAB 1

LYSSA berjalan melepasi kafe lalu menaiki anak tangga dan seterusnya berjalan masuk ke dalam perpustakaan. Sengaja memilih tempat yang tersorok agar dirinya tidak diganggu. Mata memandang ke kanan dan kiri sebelum Lyssa melirik senyuman nakal.

Kepala dilentokkan di atas meja. Dengan lafaz Bismillah, mata dikatup rapat tanpa mengambil peduli pandangan orang lain terhadap dirinya. Bukan dia seorang saja yang mengambil kesempatan untuk tidur di dalam perpustakaan. Ianya sudah menjadi satu aktiviti lazim bagi pelajar-pelajar yang menunggu kelas seterusnya.

Untuk beberapa minit, Lyssa tenggelam dalam alam mimpinya hinggalah...

Mejanya terasa bergegar. Serta-merta Lyssa tersedar tapi mata masih belum dibuka. Dikakukan badan seketika. Beberapa saat kemudian, sekali lagi mejanya bergegar. Sah, mejanya ditendang seseorang! Mata dicelikkan sebelah. Kali ketiga mejanya ditendang, Lyssa hilang sabar. Dia menarik nafas panjang, mulut sudah dibuka untuk menempelak si pelaku.

"Hei..."

Suara Lyssa jadi kendur dan seterusnya dia hilang kata-kata. Mata berkelip memandang satu figura yang cukup dikenalinya.

"Syok tidur?" sindir lelaki itu ditemani sebuah senyuman sinis di bibirnya.

Liur ditelan kelat sebelum Lyssa membuka mulut untuk membalas sindiran lelaki itu.

Aku Ada [TERBIT - KARYASENI]Where stories live. Discover now