TEASER AKU ADA 3

707 39 18
                                    

Ini ialah teaser terakhir AKU ADA yang Syu akan kongsikan di wattpad. Oh ya, dipersilakan follow Instagram 'syuariani' ataupun add Facebook 'Syu Ariani'. Manalah tahu ada announcement best ke 👉🏻👈🏻

*****

TUBUH Lyssa dihentak ke dinding tanpa sebarang amaran. Lengan kirinya terletak elok di leher Lyssa. Manakala tangan kanan mengacu pisau rambo ke pipi kiri Lyssa.

"Mana diari tu?" tanya Roy. Keras.

"Kau ingat aku sebodoh tu ke? Nak bawa diari tu ke hulu ke hilir? Itu benda penting, Roy. Gunalah akal sikit," kata Lyssa penuh sinis. Nama Roy sengaja disebut dalam nada meleret. Tika ini, biar dia pamerkan kekuatannya walaupun sedikit sebanyak tubuh rasa dingin dek mata pisau yang sejuk yang diacu ke pipinya. Berkerut seribu dahi Roy sekaligus melipat parut di dahinya. Muka merah jelas melambangkan rasa marah kerana diperlekehkan Lyssa.

"Muka kau cantik. Tapi mesti lagi cantik kalau aku toreh betul-betul..."

"Torehlah. Kalau kau toreh sekalipun, diari tu takkan jatuh dari langit," balas Lyssa penuh sinis.

"Sial!" hamun Roy lalu penumbuk dilayang ke dinding, tepat-tepat di sebelah pipi Lyssa. Menghantar amaran kepada Lyssa bahawa mukanya pula akan menjadi sasaran sekiranya Lyssa terus-terusan memprovok.

Bahu Lyssa sedikit terhenjut. Gigi diketap geram. Mata berbalas pandangan berapi.

Deringan telefon bimbit Shark mengalih perhatian Roy. Anak mata tertumpu pada Shark yang sedang menjawab panggilan sementara lengan masih mencekak leher Lyssa.

"Tuan cakap apa?" tanya Roy sebaik sahaja talian diputuskan.

"Balik. Jangan buat apa-apa kat perempuan tu," beritahu Shark seraya bibir dimuncungkan pada Lyssa.

Roy merengus kasar. Ikutkan hati yang masih terbakar dek pandangan tajam dan nada mengejek Lyssa, detik ini juga dia mahu kerjakan Lyssa! Tetapi jika itu yang diarahkan tuannya... Roy menarik lengannya. Semerta tubuh Lyssa jatuh melorot ke lantai.

"Kau selamat lagi sekali sebab tuan aku. Kau hutang nyawa dengan dia, ingat tu!" Keras Roy berkata. Biar Lyssa sedar sikit, nyawanya pasti sudah lama terpisah dari badan jika bukan disebabkan ehsan tuannya itu.

Menyengih Lyssa apabila Roy seolah-olah meletakkan tuannya sama taraf dengan Tuhan. Punggung diangkat lalu Lyssa berdiri tegak menghadap Roy. Senyuman sinis masih tersungging di bibir.

"Tuan kau bukan Tuhan yang boleh tentukan hidup mati seseorang," bidas Lyssa.

"Tapi aku alu-alukan dia untuk bunuh aku."

*****

Oh-uh, Lyssa. Kenapa senang-senang aje sebut perkataan 'bunuh'?!

Aku Ada [TERBIT - KARYASENI]Where stories live. Discover now