BAB 9
PAKAR psikiatri berbangsa India itu memandang Lyssa sedalam-dalamnya sebelum dia menghela nafas panjang.
"Macam mana dengan Lyssa, doktor?" tanya Safina. Rasa penasaran tak dapat ditahan. Sedari tadi dia setia menemani Lyssa. Pelbagai ujian telah dijalani Lyssa dan setiap satu itu buatkan dirinya terus-terusan dijentik rasa ingin tahu.
"Lyssa ada RA. Retrograde Amnesia," kata Dr. Kareena pendek sebelum dia lanjutkan penjelasannya. Cuba menggunakan Bahasa Melayu seringkas-ringkasnya dan mengelak seboleh mungkin daripada menyebut sebarang jargon.
"RA terjadi apabila awak tak boleh akses kejadian-kejadian lepas. Menurut Ribot's Law, selalunya memori terbaru awak yang akan terjejas sementara memori-memori lama selalunya selamat. Awak boleh lupakan one specific memory ataupun lebih general. The latter, we call it as resembling generic amnesia.
Ada banyak punca RA jadi sebenarnya. Strok boleh jadi puncanya. Kalau otak kiri awak kena strok, awak boleh hilang short-term memory capabilities awak. Kalau otak kanan kena strok, awak boleh ingat beberapa kejadian tapi awak keliru dengan details kejadian tu.
Selain itu, sawan. Ubat-ubatan. Head injuries..."
"Hah. Head injuries. Saya jatuh kat Ledang. Mungkin kepala saya terhantuk kat mana-mana. Mungkin sebab tu saya ada RA," cantas Lyssa seraya mengaitkan frasa 'head injuries' dengan RA walaupun sejujurnya, tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Dr. Kareena yang difahaminya.
Ribot? Tak. Dia tak kenal siapa Ribot. Robot, Lyssa tahulah.
Kepala Dr. Kareena menggeleng sebagai bentuk penafian.
"I would name emotional shock. Or traumatic events as the cause. Otak kita ni powerful. Untuk elakkan kita daripada disakiti, dia tolong block memori tu. Setakat ni, masih belum ada actual cure untuk RA. Tapi katakanlah awak melalui peristiwa yang sama ataupun awak jumpa seseorang yang berkaitan dengan peristiwa tu, ia boleh 'jog' ingatan awak. Sekaligus percepatkan rate awak untuk dapatkan semula that lost memory," kata Dr. Kareena bernada yakin.
Baik Lyssa mahupun Safina, air muka kedua-duanya sudah berubah. Menjadi keruh.
Untuk Safina... Dia mengerti apa yang disampaikan Dr. Kareena.
Manakala untuk Lyssa pula... Dia bingung.
"Apa kaitan RA dengan suara-suara tu, doktor? Itu salah satu simptomnya? Orang yang ada amnesia memang boleh dengar suara-suara tu ke?"
Berlapis-lapis dahi Lyssa apabila akalnya mempertikaikan apa yang diberitahu Dr. Kareena.
Senyuman tersungging di hujung bibir Dr. Kareena. Mata Dr. Kareena tertumpu pada Safina.
"Cik Safina, boleh tak awak tinggalkan kami berdua? Sebab semuanya yang akan kami bincangkan lepas ni ialah confidential. Cuma doktor dan pesakit aje boleh dengar," kata Dr. Kareena sopan.
Safina akur, dia berlalu pergi tanpa banyak soal. Tinggallah Lyssa dan Dr. Kareena berdua. Dr. Kareena pandang Lyssa yang sedang menggigit bibir bawahnya.
"Sekarang tinggal kita berdua aje. You can tell me everything. Jangan rahsiakan apa-apa," ujar Dr. Kareena. Kali ini bernada lebih lembut dan berupa personal. Tak lagi bangkitkan perihal Retrograde Amnesia. Cukuplah setakat tadi.
"Saya selalu dengar orang panggil saya lepas saya jatuh kat Ledang. Mula-mula saya ingatkan saya yang berkhayal. Mungkin juga tiba-tiba saya jadi narcissist yang gilakan nama sendiri. Tapi tadi... Tadi saya betul-betul takut. I could feel someone's presence but no one was there. Saya rasa orang tu..."
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Ada [TERBIT - KARYASENI]
Gizem / Gerilim"Bila kau celikkan mata, jangan ingat aku. Bila kau pejamkan mata, jangan lupakan aku." -- BLURB -- Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah...
![Aku Ada [TERBIT - KARYASENI]](https://img.wattpad.com/cover/131501800-64-k662323.jpg)