Novel: Aku Ada (Bab 2)

1.9K 73 13
                                    




BAB 2

"JADI kita buat Big Book pasal Rapunzel. Aku beli barang-barang, Saf dengan Didi lukis, Rina print ceritanya. Nanti lagi seminggu kita jumpa untuk discuss lagi. Okay?"

Lyssa mengulang semula tugasan yang telah mereka bahagikan sesama sendiri. Safina, Didi dan Rina mengangguk tanda bersetuju. Lyssa pandang semula senarai item yang perlu dibelinya kemudian dia mengangguk sendiri. Puas hati!

"Okaylah. Kalau ada apa-apa, nanti bagitahu Saf. Saf, kau tolong bagitau aku," pesan Lyssa walaupun dia tahu Safina sudah sedia maklum akan hal ini. Selama inipun, Safinalah yang menjadi setiausaha tak rasminya.

Didi dan Rina saling berpandangan sebelum Didi bertanya kepada Lyssa.

"Kau tak ada handphone, Lyssa?"

Geleng.

"Facebook? Kita boleh buat group chat." Didi memberi cadangan lain pula kepada Lyssa tapi gelengan jua yang diterimanya.

"Email?"

"Ada tapi aku tak rasa kita rajin nak bincang guna email. Sorry susahkan korang tapi jangan risau, aku buat aje kerja aku," jawab Lyssa sekaligus memberi jaminan kepada mereka berdua. Didi dan Rina hanya mampu menganguk. Ternyata apa yang diceritakan orang lain adalah benar. Lyssa tidak mempunyai telefon bimbit dan tiada akaun media sosial. Namun Didi dan Rina sama-sama tahu, Lyssa akan menjalankan tugasnya dengan baik walaupun komunikasi di antara mereka sedikit terbatas. Sementelah, Lyssa bukannya jenis melepaskan batuk di tangga. Kecekapan Lyssa menjalankan tugasnya sentiasa menjadi buah mulut rakan sekuliah.

Selepas Rina dan Didi meminta diri, tinggallah dia dan Safina berdua. Tangan Lyssa pantas menarik keluar komputer riba dan beberapa helai kertas.

"Kau nak buat apa tu?" tanya Safina hairan.

"Aku nak siapkan report ni sekejap. Lepas ni nak kena hantar dah," jawab Lyssa yang sudahpun menaip sesuatu di komputer ribanya. Matanya memandang kertas dan papan kekuncinya bersilih ganti sementara jemarinya laju menaip. Sesekali matanya mengerling jam di skrin komputer ribanya. Bimbang juga kalau dia terlepas deadline yang ditetapkan.

"Kau dah siap ke Saf?"

"Dah. Aku dah hantar semalam..."

"Hebat gila kau! Aku ada lagi dua pages ni. Harapnya sempatlah sebelum pukul lima nanti," kata Lyssa tanpa memandang Safina. Dia sudah mempunyai isi-isi kandungan untuk laporannya. Cuma perlu rangka ayat untuk menggabungkan isi-isi tersebut menjadi sebuah laporan yang lengkap.

Ah tak sabarnya nak siapkan! Hati Lyssa bersorak penuh bersemangat.

"Haih bila aku fikir balik kan, aku rasa Diploma in TESL ni tak adalah senang mana. Orang-orang yang pandang rendah kat kita ni, ingat kita belajar ABC aje ke? Diorang tak tahu ke yang kita kena belajar Phonetics, Psychology in Education ni semua?"

Tiba-tiba Lyssa mengomel sendiri di depan Safina, menyentuh perihal perspektif orang pada jurusan Teaching English as Second Language (TESL). Mulut dan jemarinya sama-sama 'bekerja'.

"Kan? Aku rasa tak adillah diorang ni. Skeptikal sangat." Safina menyokong Lyssa. Sudah beberapa kali dia di dalam situasi di mana orang lain hanya memandang remeh pada jurusan yang diambilnya. Kata mereka, jurusan TESL ini mudah saja. Hanya belajar tentang tatabahasa Bahasa Inggeris. Itu sahaja. Hingga ada masanya Safina hilang sabar, sengaja dia menyebut jargon seperti 'bilabial', 'Skinner's Behavioural Theory' dan pelbagai jargon lain yang tidak difahami oleh mereka. Biar orang lain tahu tak ada jurusan yang mudah di dalam dunia ini, termasuklah jurusan TESL!

Aku Ada [TERBIT - KARYASENI]Where stories live. Discover now