TEASER AKU ADA 1

684 33 6
                                    

Jadi... Untuk sementara waktu, Syu share-kan ajelah dulu teaser untuk AKU ADA. Harapnya dapatlah menarik minat para pembaca untuk nantikan kemunculan AKU ADA dalam versi cetak (Insya Allah)!

Syu bagi part yang mendebarkan sikit. Eh? Cukup berdebar tak?

*****

"Macam mana Lyssa boleh tahu tentang hotel kita?" tanyanya pada si batu nisan yang tak mungkin boleh menjawab. Dia ketawa kecil.

"Apalah yang aku expect daripada kau? Kau dah mati. Manalah boleh jawab."

Kepala digeleng perlahan sambil jari telunjuknya menggaru dahi. Kemudian lambat-lambat lututnya dijatuhkan di sisi kubur. Tangan memegang batu nisan seraya tubuh didekatkan sikit padanya.

"Aku minta maaf tapi aku tak menyesal langsung bunuh kau. Perempuan macam kau... Memang ini balasan yang patut kau terima," katanya separa berbisik pada batu nisan itu.

Senyuman sinis tersungging di bibir. Tubuh berdiri tegak semula. Kacamata hitam ditarik keluar dari poket seluar sementara kaki mula mengorak langkah meninggalkan kawasan perkuburan itu. Dalam hati, dia sudah ketawa berdekah-dekah.

Pintu van hitam dibuka lalu dia boloskan diri ke dalamnya.

"Pergi ofis," katanya. Anggukan si orang suruhan diterima sebagai jawapan. Mata dipejam. Dia mahu rehatkan minda sebelum tiba di destinasi.

"Tuan," panggil si orang suruhan sekaligus mengganggu lenanya. Mata dicelik semula.

"Itu..."

Jari telunjuk tegak ke satu arah. Dua pasang mata fokus ke tempat yang sama. Semerta bibir membentuk senyuman.

"Langgar dia."

Dengan hanya dua patah perkataan, pedal minyak ditekan berkali-kali untuk menghasilkan deruman. Van hitam mulai bergerak. Laju ke satu arah.

Senyuman di bibir kian melebar, apalagi melihatkan gadis itu sedang memandang ke arahnya dengan mata membulat. Ketara sangat wajahnya pucat lesi!

Van hitam kian menghampiri namun gadis itu masih tak berganjak.

Semakin dekat...

Wajah si gadis sudah berubah menjadi kelabu.

Semakin dekat...

Si gadis masih kaku di tempatnya.

Semakin dekat...

Mata Lyssa terus terbuka, seakan-akan 'mengalu-alukan' van hitam itu untuk merempuh dan menggilis tubuhnya.

Aku Ada [TERBIT - KARYASENI]Where stories live. Discover now