Acceptable Love ( 14 )
♡♡ Pening ♡♡
Sebuku roti diberikan kepada Minji yang sedang rancak berborak bersama Hyejin . Dia memandang empunya tangan yang memberi , Luhan . Minji pelik .
Tangannya mahu tak mahu saja mengambil roti tersebut . Sejak bila dia berkelakuan sebegini? Dari dulu lagi , daripada mereka pernah bersama , Minji masih tidak faham akan Luhan . Mood nya cepat lari . Sekejap marah , sekejap gembira . Kadang-kadang sedih tiba-tiba . Tanpa sebab . Ingatkan dia sudah berubah , rupanya tidak . Sama aje dengan Minji .
" Ambillah , awak tak makan . Nanti kena gastrik . " nasihat Luhan . Semakin berkerut dahi Minji . Belum sempat Minji mengambil , Luhan sempat berbisik ,
" Tak payah nak pelik sangat . Saya tahu awak rindu saya , bukan? " Luhan mengedipkan sebelah matanya kepada Minji .
Tolonglah , dia baru sahaja hendak melupakan lelaki itu . Tidak , dia sudah melupakan lelaki itu . Tetapi kenapa Luhan masih buat begini? Dia tahu Luhan sengaja berbuat baik dengannya , hanya untuk dia mengingat kembali memori mereka .
♡♡♡♡♡
" Minji-ah, awak dengan Luhan ada apa-apa ke? " soal Hyejin ingin tahu.
" Ah? T-takde apa pun. Kenapa? " Minji gelisah.
" Pandangan dia dekat awak lain. Lain sangat. " sambung Hyejin.
" Eh, iyeke? " Minji menyengih.
" Im sorry . I cant tell you " hatinya berkata.
" Saya pening kepala lah . Saya pergi dulu ye? " tutur Minji sambil memegang dan memicit kepalanya .
" Ah? Awak tahu tak dekat mana bilik rawatan? Saya boleh hantarkan " pinta Hyejin . Risau juga Hyejin , mana tak nya . Sedang berbual , tiba-tiba sakit kepala .
" T-tak ape . Saya boleh cari sendiri " Minji tersenyum . Terpaksa die berbuat begini daripada terus disoal oleh Hyejin walaupun dia sendiri tidak mempunyai apa-apa niat .
Sebaik sahaja menapak keluar daripada kelas , Minji memandang kebelakang , memastikan bahawa Hyejin tidak mengikutinya . Kemudian dia melepaskan keluhan. Dia langsung tidak sakit kepala .
Dalam perjalanan ke bilik rawatan , dia hanya menundukkan kepala menyebabkan dia berlanggar dengan orang . Dia mengangkat mukanya . Mahu sahaja dia lari daripada berjumpa atau apa-apa sekalipun dengan orang itu . Kenapalah dia perlu muncul dalam saat-saat begini? ( tanyalah author -_- )
♡♡♡♡♡
YOU ARE READING
Acceptable Love ( 받아들일 만한 사랑 ) + osh
FanfictionPark Minji. Gadis yang biasa-biasa sahaja . Berkahwin dengan pilihan keluarganya dan pada masa yang sama , terpaksa melukakan orang yang dia sayang untuk perkahwinan yang langsung tidak bermakna baginya . Bertemu pula kekasih lamanya yang sudah l...