Acceptable Love ( 21 )
♡♡ Bakal Menantu ♡♡
Minji memandang Omma nya . Biar betul auntie ni . Omma nya beria-ia menganggukkan kepala tanda terima . Fikiran Minji kosong sejurus pertanyaan itu diungkapkan .
" Minji , boleh ya? " Ms.Oh masih lagi menunggu jawapan daripada Minji . Dengan fikirannya yang kosong itu , dia tidak boleh memikirkan apa-apa .
" B-boleh Auntie " Minji membalas dan senyuman kecil muncul di wajah Ms.Oh . Dia juga terkejut dengan jawapan 'bakal-menantu' dia . Apa yang dia sudah lakukan ni?
" Betul ni? Terima kasih ya , Minji . Auntie terhutang budi pula dekat Minji . Auntie harap Minji dapat jagakan anak Auntie tu " pintanya . Minji hanya mengangguk . Betulke pilihan dia ini? Atau salah?
♡♡♡♡♡
Sebaik sahaja Omma sedang mengiringi Ms.Oh keluar , Minji masih terduduk di sofa . Memikirkan hal tadi .
" Dah nak kahwin dah kau . " Satu suara menyapanya menyebabkan Minji tersedar dari lamunan , melihat ke arah suara tersebut .
Taehyun rupanya . Matanya melirik ke arah Taehyun yang duduk di sebelahnya . Melihat sahaja Taehyun duduk di sebelahnya , dia bercadang untuk masuk ke biliknya . Buat sakit hati aje .
Baru sahaja dia bangun untuk ke anak tangga , Taehyun mengingatinya lagi .
" Ingat . Kau bukan sesiapa dalam keluarga ni " Ayat kali ini lebih merunsingkan dan Minji terhenti .
Sudahlah dia hendak berkahwin . Tarikh perkahwinan pula dia masih belum tahu . Moga-moga lambat lagi . Tambahan pula dengan permainan yang dicipta oleh Taehyun . Setiap kali bertemu dengannya , ada sahaja ayat yang hendak diungkapkan mengenai perbezaan antara dirinya dengan keluarganya .
" Apa maksud kau? " Minji memberanikan untuk bertanya .
" Well , kau tanyalah omma . Jaehyun ke " Tak boleh ke kalau dia cerita aje terus? Perlu ke klu-klu bagai ni? Dia menyusun langkah untuk beredar dari situ . Tetapi , Minji menahannya .
" Tell me " Taehyun mempamerkan senyuman sinisnya .
"Kau ni pandai , tapi benda macam ni tak boleh nak get it? " dia ketawa mengejek .
" Just straight to the point " Minji menekannya ayatnya dengan kerutan di dahi. Taehyun masih dengan ketawanya .
" Huh? Okay then . For your information , kau ni ... anak angkat " selamba sahaja dia mengungkapkan perkataan 'anak angkat' .
Langsung tidak memikirkan perasaan Minji yang sedang bercelaru . Minji terpana di situ . Taehyun smirk dan beredar dari situ .
♡♡♡♡♡
YOU ARE READING
Acceptable Love ( 받아들일 만한 사랑 ) + osh
FanfictionPark Minji. Gadis yang biasa-biasa sahaja . Berkahwin dengan pilihan keluarganya dan pada masa yang sama , terpaksa melukakan orang yang dia sayang untuk perkahwinan yang langsung tidak bermakna baginya . Bertemu pula kekasih lamanya yang sudah l...