PROLOG

5.5K 181 1
                                    

"Hoi , termenungkan apa tu ?" Sergah Izzat. Sara yang terkejut disergah oleh Izzat itu hampir sahaja ingin mencarut.

Melihat Izzat yang sedang ketawakan dirinya , Sara membuat muka menyampah.

"Kau nak apa setan ? Satu hari tak kacau aku memang tak sah eh ?" Soal Sara sebaik sahaja Izzat mengambil tempat didepannya. Airnya diambil oleh Izzat lalu diminum dengan selamba badaknya.

"Woi ! Air aku.." Izzat langsung tidak menghiraukan kata kata Sara itu.

"Eleh , minum sikit je pun . Tak luak nya. Lagipun aku dahaga. And ops sorry , ter- indirect kiss lah.." Izzat sengaja mengusik Sara. Entah kenapa hatinya suka sangat mengusik si gadis itu.

"Ish jad elok lah . Memain lah dia ni." Sara memang terkenal dengan sifatnya mudah marah . Itu yang si Izzat suka betul mengusiknya.

"Okey okey , tak usik dah . Hish makcik ni. Sa , jom teman aku. Beli barang sikit. Aku malas ah nak beli barang sensorang. Please.." Izzat cuba membuat muka comel didepan Sara. Sara apalagi , memang sah lah akan kalah kalau Izzat buat muka comel. Mau tak cair weh. Dah lah hensem , hm haih hati, janganlah kau berdegup kuat sangat.

'Damn , aku jatuh cinta lagi dengan pakwe aku sendiri..'

"Yelah yelah . Bila ?" Izzat terus tersenyum sebaik sahaja Sara bersetuju untuk menemaninya.

"Hehe malam ni . Nanti i ambik you kat rumah ye sayang." Muka Sara sudah merona merah sebaik sahaja Izzat memanggil nya sayang.

Ya benar mereka bercinta . Namun mereka tidak seperti pasangan bercinta yang lain. Antara dia dengan Izzat sahaja tahu tentang kisah percintaan mereka dek kerana Izzat tidak mahu menghebohkan kepada orang ramai bahawasanya mereka berdua bercinta. Dia tidak kisah , sebab itu dia ikutkan saja plan si Izzat ni. Izzat hanya akan memanggilnya sayang bila mai mood manja dia ja . Ugh -,- . Haha. Sebab itu dia sayang sangat dekat Izzat. Arghh jatuh cinta lagi...



Sara tersenyum sendiri mengingatkan kisah lalu. Namun dalam masa yang sama hati dia terluka. Ya , terluka dengan keputusan Izzat. Apa tiada secalit pun perasaan kau dekat aku jad ?

Untuk kesekian kalinya , airmata nya mengalir lagi.

Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now