DAH tak boleh elak, apa lagi nak melarikan diri!
“Kalau nak lari lagi, silakan. Tapi my advice... tak payahlah lari lagi, buat penat saja. Alangkan sekecil-kecil nombor I boleh kesan, inikan pula you.”
Mentang-mentang juruaudit, nak sebut juga tentang nombor dan ‘kesan-mengesan’nya itu! Nina memejamkan mata, tak tahu kenapa nasibnya jadi sebegini malang. Lelaki itu bukan saja dapat mengesannya tapi, dah berjaya buat dia akur dengan kehendak lelaki itu.
Nina diarahkan untuk terus memandu dan ikut belakang kereta lelaki itu. Kalau sampai dia lari lagi, lelaki itu kata tak susah pun setakat nak mengejar Honda City dengan Audi TT milik lelaki itu. Sah-sah Honda City akan kalah!
Sebaik tiba di tempat yang lelaki itu tuju, Nina memakirkan kereta. Betul-betul sebelah kereta lelaki itu. Sebal jadinya bila lelaki itu boleh menunggu dan bersandar di badan kereta sambil memandang padanya dengan selamba. Untuk itu, lambat-lambat dia bersiap untuk keluar dari kereta.
Nina mencapai beg tangan dan mengeluarkan lipstik. Dioleskan sedikit lipstik lagi pada bibir yang dah sedia berlipstik dengan selamba. Sengaja nak buat lelaki itu makin lama menunggu, tak mahu tunjukkan sangat sikap patuh lagi mentaati lelaki itu. Dia siap betulkan rambut dulu dan tatap seketika wajah di cermin pandang belakang. Dia mengulum senyum dan buat-buat tak nampak yang lelaki itu sedang bergerak dan mendekati keretanya. Mesti kes dah tak sabar tu! Baru saja tangan nak membuka pintu kereta, pintu dah terbuka dari luar.
Eh? Lelaki itu bukakan pintu untuk aku!
“Cepat sikit cik adik, I dah lapar ni. Karang you yang I telan dulu.”
Gulp! Nina kehilangan bicara. Lelaki itu nak telan dia dulu? Spesis apakah ini? Nak tak nak, dia terpaksa mempercepatkan langkah untuk bergerak. Dia mengerling saja dengan ekor mata bila lelaki itu menyaingi langkahnya. Dan bila langkah hampir tiba di depan kafe ala-ala hipster, lelaki itu pantas saja mendahuluinya dan membukakan pintu. Gentleman!
Ya, lelaki itu memang jenis yang budiman. Kalau di bangunan pejabat, lelaki itu menjadi orang terakhir yang akan masuk ke dalam lif setelah memberi ruang pada orang lain untuk masuk terlebih dahulu. Nampak sopan dan mengagungkan sangat istilah ‘ladies first’.
Mereka mengambil tempat di hujung sudut kafe, agak jauh dari orang. Macam mahukan privasi, lagak orang bercinta saja! Agaknya, mudah untuk lelaki itu menyerang Nina nanti.
“Makan?” lelaki itu bertanya sewaktu pelayan mengambil pesanan.
“No. Saya tak lapar,” jawab Nina.
Manalah ada selera nak makan! Hati ni, dap dup dap dup aje. Tak tahu apa yang lelaki itu mahu darinya. Yang pelik tu, lelaki itu boleh beriak selamba macam tak ada apa-apa berlaku. Boleh pula nak makan dan minum. Seolah-olah janji temu saja! Janji temu? Bukan, ini ‘janji mati’ namanya!
“So...”
Meleret sungguh ‘so’ yang lelaki itu sebutkan, macam sengaja nak buat Nina cuak. Jujur, memang cuak!
“I perlukan bukti untuk saman you?”
Nina menelan air liur dan tunak merenung wajah yang nampak tenang itu. Tak sangka soalan pertama dari lelaki itu sebaik pelayan berlalu, berjaya buat hati mengecut pula.
Lelaki itu benar-benar nak menyamannya ke? Aduhai... kenapalah tiba-tiba saja dia boleh terkena begini? Macam mana dia boleh tertangkap dan terperangkap? Bijak betul lelaki di hadapannya itu! Tapi... sampai mati pun dia takkan mengaku. Tak nak mengaku! Gila nak mengaku? Memanglah dia si stalker, pencuri gambar dan paparkannya pula di Facebook tapi, dia tak bodoh sampai nak mengaku begitu. Sah-sah dia memang kalah kes dan kena saman.
“You’re funny...”
Nina dengar lelaki itu berdesis sendiri begitu tapi dia cuba berlagak tenang. Yakin!
“Sesiapa pun boleh sahkan gambar-gambar yang ada dalam status Facebook you tu, adalah I. Walaupun you dah blurkan bahagian muka dan ambil gambar dari belakang, orang masih boleh cam itu adalah I. Huh... it’s my body! Dan pakaian yang melekat pada badan lelaki dalam gambar tu, I punya juga. You rasa, you dapat pertahankan ‘not guilty’ you tu?”
Nina semakin cuak. Sekarang jadi kurang yakin! Macam mana ni?
“Just because you kerja kat firma guaman, you boleh putar belitkan fakta? Hmmm...”
Dan ‘hmmm’ yang lelaki itu leretkan, aduhai... ‘menjentik’ sanubari! Suara garau itu mendalam bunyinya, seksi!
“Macam mana pula dengan komen-komen yang ada pada status you tu? Sah-sah you mentioned that, lelaki dalam gambar tu adalah lelaki yang bekerja di firma juruaudit yang sama aras dengan office you.”
O.M.G! Checkmate! Matilah macam ni. Si juruaudit ni dah bertukar jadi pendakwa pula.
“Kalau I aturkan semua lelaki yang ada kat office I tu, mudah saja nak kenal pasti siapa yang sepadan dengan lelaki dalam gambar tu.”
Nina memeluk tubuh dan tetapkan pandangan. Dia memandang tepat pada lelaki yang nampak tenang dan bersahaja duduk di hadapannya itu. Nampak sangat gaya lelaki itu, gaya orang dah menang!
“You know what?”
Dia sekadar angkat kening, what? Nak cakap tu, cakap sajalah! Lelaki itu boleh pula memandangnya dengan nakal dan biarkan ‘you know what’ itu tergantung. Tahu tak dalam hati ni dah berkocak dengan pelbagai rasa. Tak pernah dia menduga akan jadi begini dan boleh pula duduk semeja dengan lelaki itu!
“Instead of suing you, ada baiknya... kita ambil pendekatan dengan menjalinkan hubungan dengan lebih baik.”
Hah?! Apa maknanya tu? Serius, Nina rasa sangat semacam kali ini. Bunyi ayat dan reaksi wajah lelaki itu benar-benar buat diri makin tak menentu.
“Sorry, sila abaikan ugutan I untuk sue you tadi.”
Bertambah tak menentu jadinya bila lelaki itu kata begitu sambil tersenyum dengan agak meleret pula. Senyuman yang dikira, sangat manis! Mana ada lelaki yang bila tersenyum, boleh tersepet mata sebelah kiri. Sangat sesuatu ni!
“I’m sorry, let’s be friend.”
Ini lagilah gila! Tiba-tiba nak jadi kawan, apehal?! Siap tangan lelaki itu terhulur pada Nina tanda mahu bersahabat. Nina betul-betul tak faham dengan lelaki itu! Sudahnya, dia hanya pandang saja tangan yang terhulur itu. Takkan dia nak sambut salam itu? Bukan muhrim, wei! Dan dia memang kalau boleh mahu mengelak bersentuhan dengan lelaki, hatta bersalaman. Tak selesa! Lagipun ini bukan pertemuan rasmi yang melibatkan hubungan kerja.
“Okay.... kita mulakan dulu dengan accept me as your friend.”
Nina terkaku.
Lelaki itu sudah menarik tangannya semula. Lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit dari poket kemeja dan jari-jemari mula bergerak di atas skrin telefon dengan pantas. Tak sampai beberapa saat, telefon Nina pula berbunyi. Tanda menerima pemberitahuan.
Lantas Nina mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan. Mata terus tertancap pada skrin telefon, melihat notification bar. Dia betul-betul tak percaya! Tak agak-agak lelaki itu, add friend!
Dia mendengus geram sambil menyentuh skrin telefon dan notification bar. Lalu paparan itu terus saja menghubungkannya ke aplikasi Facebook. Ke senarai friend requests! Haish!!
Dia mengangkat muka, memandang pada lelaki yang sedang tersenyum itu. Lelaki itu menaikkan kening sebelah, isyarat untuk terima ‘AdibAR’ sebagai rakan. Alahai, tak pasal-pasal dia terpaksa terima permintaan menjadi rakan itu dengan terpaksa bila pandangan lelaki itu berubah menjadi semakin tajam dan mencerun. Setelah jarinya menyentuh ‘terima’ atas permintaan itu, dia memejamkan mata. Tak dapat nak membayangkan kesan yang bakal diterimanya selepas ini di Facebook.
“Sekarang, kita dah jadi kawan.”.
Nina membuka mata dan pandang saja pada lelaki yang nampak gembira itu. Tak terkata dibuatnya bila lelaki itu tersenyum panjang. Sungguh dia tak tahu, apa bentuk permainan lelaki itu. Dia jadi bodoh nak memahami dan membaca lelaki itu.
“Orang yang tak pernah kita terfikir akan jumpa, apatah lagi akan muncul dalam hidup kita, tiba-tiba hari ini... Facebook boleh jadikan kita sebagai rakan. Funny how that works!”
Nina mendengus. Funny tengkorak kau!
KissNinaAndria dan AdibAR telah menjadi rakan.
Tentu ada di antara kawan-kawan Facebooknya yang mengenali lelaki itu akan terkejut dengan pemberitahuan itu. Tentu kecoh bila HG dah jadi rakan Facebooknya. HG itu singkatan untuk, Hot Guy! Gelaran yang diberikan oleh salah seorang rakan Facebook, Ratu Bako! Rentunglah kena bakar dengan Ratu Bako and the gangs. Matilah nak!
“Sekarang, kita ke fasa yang seterusnya.”
Fasa seterusnya? Apa pula ni? Nina jadi tak senang duduk, panas punggung tengok lelaki itu tersenyum dengan mata sebelah tersepet macam tu!
“Are you ready, Miss... hmmm, what should I call you? Nina Andria atau Kiss... Nina... Andria?”
Nina menarik nafas dalam-dalam. Lelaki itu sengaja membunyikan nama penuh dan nama Facebooknya dengan nakal dan meleret-leret. Malah nada siap ditekan ketika membunyikan ‘Kiss’! Ouch!! Macam nak kena cium betul-betul aje.
“Nina. Just, Nina.” Beritahunya dengan dada yang bergetar.
Lelaki itu sangat bijak memainkan perasaannya. Dan sekarang, senyuman lelaki itu semakin lebar. Entah apa yang bermain dalam kotak fikiran lelaki itu! Tentu sesuatu yang lebih jahat! Macam mana lelaki yang terlihat sopan itu boleh bersikap sebegini?
“Okay, apa ‘fasa’ yang seterusnya?” soal Nina sambil buat isyarat pembuka dan penutup kata ketika menyebut perkataan ‘fasa’. Saja nak menyindir lelaki itu. Geram pula jadinya bila lelaki itu boleh pula merenungnya dengan nakal.
“Be my girl!”
Matanya terbeliak. Lelaki itu ditatap dengan sangat terkejut. Adakah dia salah dengar? Be... what? Be my girl? Be my girl! O.M.G! Apa lelaki itu fikir dengan meminta begitu?
“By the way, I like your name.” Kata lelaki itu sambil mengenyitkan mata.
*****
APA yang difikirkan bila meminta, ‘be my girl’ itu tadi? Satu saja jawapannya, perempuan yang bernama Nina Andria itu harus jadi milik Adib Ab Rahman. Titik!
“Jadi... kau ikut cadangan Dhia? Cari perempuan lain untuk selamatkan keadaan?”
Adib tak ada pilihan!
“Kau memang gila!”
Bunyinya memang gila tapi Adib boleh jadi betul-betul gila kalau tak cuba buat begitu.
“Takkan tak ada cara lain?”
Adib tak tahu cara lain! Tapi cara paling mudah, dapatkan seseorang yang dah tahu tentang dirinya. Nina Andria dah tahu serba sedikit tentangnya dan itu memudahkannya. Dia cuma perlu tambah sedikit lagi informasi mengenai dirinya untuk melengkapkan pengetahuan perempuan itu.
“Ini satu tindakan yang berisiko. What if... gagal? Kau dan dia, tak menjadi. What will happened?”
Adib memandang tepat pada Nafis, teman baiknya. Sejak dari tadi Nafis menyoal macam peguam. Lupa! Nafis memang seorang peguam, salah seorang peguam yang bekerja di firma yang sama dengan Nina.
Oh, Nina! Perempuan itu memang pendek akal. Sebenarnya, dia dah tahu lama tentang kegiatan Nina cuma bagi peluang pada si stalker itu untuk terus menjalankan hobi mencuri gambarnya. Bukan dia tak sedar bila Nina mencuri gambarnya tapi, dia buat-buat tak tahu saja. Tidak ke Nina terfikir, dengan memaparkan sesuatu ke laman sosial, sekejap saja ianya akan tersebar dan orang akan tahu? Dan melalui Nafis, dia ketahui semuanya sebab Nafis adalah rakan Facebook Nina.
Apa saja yang Nina paparkan mengenainya di laman sosial itu, Nafis akan screenshot dan hantar padanya. Tapi bila Dhia pula mencadangkan agar mencari seseorang untuk menyelamatkan keadaan, dia dah tak terfikir orang lain. Dia hanya fikir, si stalker yang suka mencuri gambarnya itu! Kiss Nina Andria. Kenapa bunyinya itu menggetarkan perasaannya?
“Kalau aku tak cuba, awal-awal aku dah jadi orang yang gagal.” Adib bersuara sambil mengusap perlahan dagunya yang bersih dan licin. Pandangan terhala tepat pada Nafis yang mula kelihatan resah. Entah apa yang Nafis takutkan!
Nafis menghela nafas perlahan dan membalas pandangan Adib. Tak tahu nak kata apa, tak sangka keadaan akan jadi serumit ini. Pada awalnya, Adib tak kisah pun apa yang Nina buat tapi bila keadaan Adib semakin mendesak, lelaki itu ambil jalan mudah pula. Nina bakal jadi mangsa dan terperangkap!
“Nina tu... perempuan yang baik, Deep.” Ujarnya perlahan, timbul rasa bersalah dan kasihan pula. Adib ditatap dengan penuh mengharap, jangan gunakan Nina.
“Kau ingat, aku nak buat apa pada dia?”
Soalan Adib itu tak tahu nak dijawab macam mana tapi hati rasa tak senang. Meskipun Nina seorang yang spontan, kadang-kadang agak nakal bertingkah tapi Nina perempuan yang baik. Dia jamin Nina memang perempuan baik! Perempuan yang tahu menjaga kehormatan diri. Bukan senang zaman sekarang ni nak cari perempuan yang tahu jaga kehormatan diri. Nina tak berpeleseran dengan lelaki, ada tak ada sekadar keluar makan tengahari dengan teman sepejabat.
Pernahlah dulu dia pun nak try Nina, maklumlah... Nina seorang yang menarik dan cantik, tentulah hati lelaki yang mudah rapuh sepertinya terpesona. Tapi Nina tak mudah tertawan pun, lagi-lagi nak terbeli dengan kebaikan yang lelaki sengaja hulurkan. Tak tahulah Nina ni jenis kalis panahan perasaan atau memang ‘blur’, tak dapat menangkap lelaki yang sukakannya. Dan jika sesuatu yang buruk berlaku pada Nina, dia turut rasa bersalah. Berdosa! Dahlah dia yang mendedahkan Nina pada Adib. Besar kemungkinan, masa depan Nina bakal terjejas. Lebih malang, Nina akan terperangkap dengan Adib!
“Aku akan jaga dia..... baik-baik,” kata Adib sambil tersenyum. Jaga baik-baik sampai Nina tak mahu lari darinya walau hanya sejengkal saja jaraknya!**apa jadi dengan nasib Nina ya?😉
YOU ARE READING
Cinta Jangan Hilang
RomanceTawan sampai dapat, dakap erat-erat! 💕Cinta yang bersimpul rapi takkan hilang❤