“WHAT do you mean, tak jadi?” Soal Nina terkejut sambil beri isyarat pada Adib untuk meneruskan perbualan telefon di luar bilik mesyuarat.
Dia bergerak melarikan diri ke pantry untuk bercakap dengan lebih selesa. Tak kuasa dia nak meneruskan perbualan depan lelaki yang sedang memeriksa penyata akaun syarikat. Dia tak mahu perbualannya mengganggu lelaki itu dan sekaligus didengari oleh lelaki itu.
“I’m sorry... abang tak boleh pergi, tiba-tiba ada hal nak kena uruskan.”
Dia memejamkan mata, kecewa mendengarkan alasan Nizam itu. Selalu macam ni! Selalu batalkan rancangan di saat akhir. Itu sebabnya dia tak berapa suka dan sangat malas nak merancang percutian dengan orang lain. Tapi sebab Nizam yang beria-ia berjanji, kali ini mesti jadi punya, dia ikutkan saja. ‘Kali ini mesti jadi punya’, tak boleh pakai! Mujur tak buat apa-apa tempahan, konon nak jelajah Krabi secara backpacker! Nak terjah saja ke sana dengan kereta dan cari mana-mana bajet hotel. Kata Nizam, lebih adventure. Adventure ler sangat!
“So, misi nak ke 7 island... sunset... snorkeling kat Krabi tu, hanya tinggal impian ajelah ya?” Sindirnya, mahu Nizam rasa bersalah!
“I’m really sorry... kita akan pergi pada...”
“Tak payah nak berjanji lagi! You know what, abang? Tak jadi hal pun kalau abang tak nak pergi sebab Nina boleh aje pergi sendiri!”
“Sendiri? Jangan nak merepek! Kalau mak tau, mesti mak marah.”
“Nina tetap akan pergi. Pasal mak, Nina tahulah nanti macam mana.”
“Nina... bahayalah ke sana sorang-sorang. Tahulah dah biasa sendiri tapi kat sana tu...”
“Nina akan tetap pergi! Nina nak booking flight sekarang dan pergi Sabtu ni juga macam yang dirancang. Lagipun cuti Nina dah lama approved! Nina takkan biarkan abang jadi penyebab cuti ni terbatal.”
Dia nekad nak pergi juga ke Krabi walau sendiri. Tak mendatangkan masalah untuknya kalau pergi sendiri sebab dah biasa bercuti sendirian. Lebih mudah! Cuma yang dia kesalkan sangat waktu ini, Nizam jenis yang tak berpegang pada janji. Lelaki memang macam ni, kan? Mudah sangat berjanji!
“Abang minta maaf. Betul-betul..... minta maaf. Tahu, kan.... kerja abang macam mana? Mana boleh elak kalau bos dah bagi arahan untuk standby.”
Dia mendengus, geram dengan nada Nizam yang perlahan lagi mendayu sayu itu. Jelas nak meraih simpatinya! Sengajalah tu... Nizam mahu dia jatuh kasihan.
“It’s okay.... Nina tak marah pun cuma Nina kesal, abang ni poyo sangat! Lain kali abang jangan beria-ia sangat plan itu dan ini. Janji pula macam-macam! Buat orang mengharap saja..... konon nak tanggung semua. Ceh!”
“Abang tanggung semua, don’t worry. Abang transfer duit pada Nina kejap lagi.”
Terbuntang matanya waktu ini! Transfer duit? Ting, ting, ting! Kalau kartun, dah terjojol keluar dollar sign kat matanya ni. Ah, seronoknya!
“Ya ke ni? Termasuk flight ticket ke? Flight ticket kalau booking tiba-tiba macam ni, mahal tau!” Soalnya, teruja.
“Ya.... termasuk flight ticket. Ini tanda abang minta maaf dan sayangkan adiknya. Faham?”
Dia tersenyum, sangat seronok. Yipee! Spontan dia melompat setempat dengan gembira. Kali ini percutiannya ditaja sepenuhnya oleh abang sulungnya yang masih bujang itu. Umur dah nak masuk 35 tahun, tapi seorang awek pun tak ada. Kesian! Nak kata tak handsome, kalah Fattah Amin. Amboi.... mati kalau peminat Fattah Amin tau ni!
“Tapi ingat... update abang, mak dan abah bila dah kat sana.”
“Ya, Nina tau.”
“Okay, take care and have fun.”
“Thank you.....” ucapnya dengan gembira sebelum talian terputus. Hilang semua rasa tak puas hati bila Nizam menaja percutiannya. Senyumannya dah semakin lebar! Terbayang dirinya dah terbang ke Krabi. Aduhai...... seronoknya!
Krabi, wait for me!!!*****
KRABI.
NINA mendaftarkan diri untuk pakej 7 Island tour. Dia diberi sticker dan goggle sebelum bergerak ke jeti untuk naik ke atas bot. Dia menyimpan goggle dengan cermat, tak mahu menghilangkannya sebab kalau hilang, kena denda 400 bath! Baik 400 bath tu dia habiskan buat makan walau pakej yang diambilnya untuk jelajah pulau ini dah termasuk dengan makanan.
Hari ini cuaca agak baik, cerah dan agak terik pada waktu tengahari ini. Ramai juga pengunjung yang mengikuti penjelajahan pulau ini. Ramai mat salih! Orang melayu sepertinya ada beberapa orang saja. Tapi tak kisahlah.... misinya ke sini untuk menikmati pemandangan dan keseronokan bersnorkelling, bukannya untuk menjalinkan persahabatan. Sorang-sorang pun jadi!
Dia naik ke bot dan mula meneliti ruang bot yang agak besar itu. Ada menjual makanan! Makanan ringan, buah-buahan dan minuman. Tentu laku bila dah penat-penat berenang dan menyelam, perut pasti lapar dan makanan yang dijual pasti akan habis. Pandai betul agen cari duit! Dia mula mengenakan jaket keselamatan tapi salah seorang agen yang bersama-sama dalam kumpulannya ini macam nak ambil kesempatan pula dengan sibuk-sibuk nak membantunya.
“It’s okay, I can do it by myself!” Sekali lagi dia memberitahu, menolak untuk dibantu sambil menjarakkan diri dari lelaki yang bertubuh kekar dan agak gelap itu. Senyuman lelaki itu agak manis tapi dia tak berminat.
Dia tak berapa minat dengan lelaki yang dark walaupun tall and handsome! Dia hanya berminat dengan lelaki macam..... si Hot Guy! Berkulit cerah, tinggi dan pastinya handsome! Aduhai.... boleh pula teringat si Hot Guy yang sangat bijak mengenakannya itu pada waktu-waktu begini.
“Let me help you.”
Aduhai, agen Krabi ni! Sibuk sangat nak menolong. Rimas! Dia tahulah macam mana nak mengenakan jaket keselamatan, tak payah nak pastikan jaket yang melekat di badannya itu betul atau tidak.
“It’s okay, dude. She can do it by herself!”
Satu suara menyampuk dan pantas saja Nina menoleh.
“What the...” Nina tak dapat nak meneruskan bicara, terkejut yang bukan kepalang bila melihat lelaki yang tayang wajah serius itu berada di belakangnya. Apa si Hot Guy ni buat kat sini?!
“Lovely surprise?” sambung Adib sambil angkat kening sebelah. Mujur Nina tak menyudahkan ayat ‘what the’ itu!
Lovely surprise? Banyaklah lovely surprise! Ni kejutan yang bisa membunuh namanya. Nina cuba bertenang walau detak jantungnya dah mula kencang macam orang yang sedang berlari dengan sangat pantas. Sungguh dia tak sangka yang lelaki itu ada di sini.
“Dude, she’s my girl!” beritahu Adib pada lelaki yang sibuk sangat nak menyentuh Nina sejak dari tadi. Sakit matanya tengok lelaki itu! Dia merapatkan lagi dirinya pada Nina, sengaja mahu lelaki itu tahu yang Nina adalah miliknya. Jadi, lelaki itu boleh back off!!
My girl? Seriously? Nina mendengus, suka hati saja claim Nina Andria jadi hak milik! Dan kejutan si Hot Guy yang tiba-tiba muncul ini belum lagi menghilang, ditambah pula dengan jarak yang begitu rapat antara mereka berdua sampaikan dia boleh terhidu wangian keras dari badan lelaki itu. Lemas dibuatnya! Nak-nak bila Adib dah mula tayang senyuman yang sangat memikat itu. Aduhai... parah. Nina Andria, bertabahlah!
“Apa awak buat kat sini?” soal Nina sambil berdeham, betulkan peti suara. Dia mula bergerak meninggalkan Adib untuk mendapatkan ‘spot’ yang cantik untuk duduk sebab bot dah nak mula bergerak. Dia mengambil tempat untuk duduk di hujung bot, bolehlah berangan macam naik kapal Titanic!
“Apa buat kat sini?” ulang Adib dengan sinis yang turut sama mengekori Nina. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
“I yang patut tanya you, apa yang you buat kat sini Kiss... Nina Andria?”
Nina mendengus, bertambah tak suka bila nama Facebooknya itu disebut dengan nakal.
“Kalau ya pun hobi you stalk I... takkanlah sampai ke sini?” Adib bersuara lagi sambil mengulum senyum, semakin seronok mengusik Nina.
“Eh, hello! Saya tak stalk awak, okay! Saya ke sini sebab bercuti dan saya tak tahu...”
“Yeah... I’m doing fine, stalker. Thanks for checking up on me!”
Bersahaja Adib mencelah, sekaligus mengenakan Nina. Seronok tengok Nina yang semakin bengang. Nina comel sangat! Nina nampak lebih comel bila tanpa solekan dan rambut pula bersanggul tinggi atas kepala macam nenek kebayan. Patutlah mamat Krabi tu tadi sibuk nak dekat dengan Nina, Nina lebih manis di kala bercuti! Biarpun ringkas, Nina masih menarik. Mujur Nina mengenakan t-shirt besar bagi menutup tubuh yang dibaluti dengan swimming suit hitam yang menutup seluruh tubuh.
Nina mendengus geram, boleh pula lelaki itu menuduhnya begitu. Memanglah dia suka stalk lelaki itu tapi tidak kali ini. Sumpah, tak tahu pun lelaki itu ada kat sini juga. Kalau tahu..... awal-awal lagi dia bersiap dengan lebih cantik! Aduhai, Nina.... ini dikira apa, ya? Rezeki dapat bersama-sama dengan si Hot Guy yang menjadi pujaan hati? Kalau tahu teman-teman FBnya.... mau masing-masing melompat cemburu!
“Cantik...” Adib memuji perlahan sambil mengulum senyum. Bila Nina memandang padanya dengan keliru, dia mula memberikan isyarat agar Nina memandang ke sekeliling.
“Maksud I, cantik pemandangan kat sini. Kan?”
“Oh...”
Adib menyembunyikan senyuman. ‘Oh’ Nina itu jelas benar berbunyi kehampaan! Dia menghela nafas panjang dan mengerling saja dengan ekor mata pada Nina yang dah palingkan muka. Ya... Nina kelihatan cantik waktu ini, lagi-lagi disimbah dengan terik mentari.
- Rina Farizq -
** Apa sudah jadi? Jejak sampai ke Krabi! Omo.. omo...😎
YOU ARE READING
Cinta Jangan Hilang
RomanceTawan sampai dapat, dakap erat-erat! 💕Cinta yang bersimpul rapi takkan hilang❤