“SEMUA perempuan impikan Prince Charming in their lives. I got your point.”
Nina sekadar angkat kening. Tau tak apa!
“Tapi, I ni..... bukan Prince Charming you ke?” Usik Adib sambil mengulum senyum.
“No!” Sangkal Nina pantas sambil mengalihkan pandangan. Bengang sendiri!
Adib tersenyum sambil bersandar pada badan kereta, pandangan tetap ditala pada Nina yang nampak kebengangan. Dia belum puas mendera Nina! Dia tahu Nina segan dengannya, lebih-lebih lagi selepas berjumpa dengan ibunya tadi. Yang lucu Nina boleh sampai termuntah pula!
“Tapi I yakin sangat-sangat…. you have a big crush on me. Kalau tak, tak kanlah sampai sanggup jadi stalker... curi-curi gambar I dan post kat FB dengan caption, mamat yang konon ala-ala hero novel.... handsome!”
Nina memejamkan mata, menahan bengang yang semakin membukit. Lelaki itu semakin selamba memalukannya! Perlu ke disebutkan caption itu? Menyesal gila buat paparan macam tu! Sejak balik dari Krabi, makin menjadi-jadi perangai Adib. Janganlah sampai dia mati kerana organ dalamannya terpaksa bekerja keras dek angkara Adib. Tak sudah-sudah Adib nak menderaskan perjalanan darah ke serata tubuhnya. Jantungnya juga, berdetak kencang dari kebiasaan.
“And… you haven’t found one, right?”
“What?” Soalnya keras, bengang campur keliru. Adib sekadar dikerling dengan ekor mata.
“Boyfriend!”
Dia mengerutkan dahi. Boyfriend?
“You belum ada boyfriend. Single!” Jelas Adib sambil tersengih, seronok tengok Nina.
“So?” Sahut Nina, geram. Perlu ke sebut tentang hal itu? Tentu lelaki itu dah khatam melayari Facebooknya sampaikan dapat menduga yang dia masih belum berpunya. Nak-nak dia bercuti ke Krabi sendirian tanpa ditemani sesiapa, tentu Adib fikir dia sangat lonely. Keseorangan! Tapi.... tak memaparkan gambar kekasih di media sosial atau disebabkan suka bercuti sendirian, itu tak bermakna yang dia tak ada boyfriend. Kan?
Tak mainlah tayang-tayang buah hati kat media sosial. Bila tiba masanya nanti, terus saja dia umumkan tarikh perkahwinan. Barulah gempak! Tak naklah dikatakan, bercinta bagai nak rak tapi kesudahannya..... hmm, malas nak cerita! Tapi persoalannya sekarang, Nina Andria memang tak ada seseorang yang istimewa. Aduhai.... menyedihkan!
“You tak ada boyfriend so.... look carefully, he might just be in front of you.” Ujar Adib sambil angkat kening.
“Huh!” Nina mengeluh dan palingkan muka, lelaki bernama Adib Ab Rahman itu semakin menjengkelkan. Nasib baiklah muka tu memang handsome, adalah maaf!
“Nina, Nina.....” Adib menyebut nama itu dengan hati yang tercuit. Nina memang tak munasabah! Dia tahu Nina menyukainya, meminatinya! Jadi, kenapa Nina tak mahu menerimanya? Jadi miliknya! Apa yang menghalang Nina? Bukan dia tak tahu yang Nina memang tiada sesiapa yang istimewa jadi tak payahlah Nina nak tunjukkan sangat yang Nina mahu menolaknya kerana dah ada lelaki idaman!
“Kita kahwin sajalah! Jadi perempuan yang halal untuk I. Leceh juga kalau nak bercinta... sebab cabaran masa bercinta ni, hebat. Dan belum tentu bercinta bagai nak rak akan bersatu.”
“Awak ni, gila tau tak?”
“I ajak you kahwin.... jadi milik I yang sah, apa yang gilanya? I tak nampak ada masalah.”
“Masalahnya, awak dah silap! Saya post gambar-gambar awak tu sekadar untuk suka-suka. Saya tak berangan pun sampai nak kahwin dengan awak walaupun I had a big crush on you! Awak fikir, kahwin tu macam beli Swarovski ke? Nak beli Swarovski pun saya kena fikir sepuluh kali tau tak!”
Adib melebarkan senyuman dan tatap Nina dengan seronok.
“What?” Soal Nina tak mengerti bila Adib boleh tersenyum keseronokan begitu.
“Swarovski?” Tanya Adib, sedikit sinis.
Nina tak mengerti.
“Apa class Swarovski? Diamondlah terus! I belikan you diamond untuk cincin kahwin, okay?”
Cincin kahwin? Gosh! Nina mendengus, geram. Lelaki itu berlagak! Apa, ingat Swarovski tu tak ada yang berharga sampai ratusan ribu ringgit ke? Diamond konon..... karang minta cincin diamond setongkol besar yang harga juta-juta macam yang David Beckham belikan untuk Victoria, baru tau!
“Dan akhirnya.... you mengaku pun! Gambar-gambar yang you post tu... gambar I dan you, had a big crush on me.”
“Haish!” Dia berdesis, Adib dijeling dengan geram. Senyuman Adib saat ini benar-benar buat dia mahu menghempuk kepala lelaki itu. Betapa dia menahan diri!
Tak tahukah Adib yang dia sekarang sangat risau? Takut! Dia jadi serabut memikirkan lelaki itu dan cadangan wanita yang bernama Harjah Hj Ali. Buatnya betul-betul ibu Adib nak datang meminangnya hujung minggu ni, macam mana? Dia tak bersedia! Sangat-sangat tak bersedia. Tiba-tiba nak kahwin, lagi-lagi dengan lelaki yang diintip secara senyap itu. Adui.... macam mana dia nak hadapi semua ni? Bercinta tak, tiba-tiba nak kahwin. Biar betul!
“You kena bertanggungjawab, Nina.”
Dia angkat muka, pandang Adib yang selamba menatapnya.
“Kalau bukan kerana you yang mulakan dulu, I tak kan datang dan minta you jadi my girl.”
“Apa maksud awak?”
“Posting-posting you kat FB tu.... dah buat seseorang cari I semula. Orang itu dah buat sesuatu yang menjatuhkan nama baik I. You tak tahu, apa impak yang I terima atas posting-posting yang you fikir sekadar untuk suka-suka tu.” Balas Adib dengan serius, Nina ditatap dengan tajam tanpa berkalih walau seinci. Tumpuannya, hanya pada Nina sepenuhnya!
Nina menelan air liur, terancam! Dapat dirasakan yang lelaki itu mula serius dan tak main-main kali ini. Lelaki itu merenungnya dengan tepat.
“You fikir, orang takkan tahu siapa lelaki dalam gambar tu walau you blurkan muka I? You rasa you selamat dengan ambil gambar I dari sisi dan belakang badan? You tak sedar, ada di antara friend-friend you dalam FB tu dah share posting you pada public dan gambar I tu dah jadi viral. Bila dah jadi viral, ada sesetengah orang yang mengenali I dah mula perasan dan buat sesuatu yang tak baik untuk menjatuhkan nama baik I. Maruah I. So, tell me.... tak kan you nak lepas tangan? Bukankah you patut bertanggungjawab atas perbuatan you yang tak bermoral tu. Hmm?”
Nina kehilangan bicara, apa yang Adib katakan itu tak dapat dibalas dengan sebarang kata. Dia bingung sebab tak memahami maksud sebenar masalah yang menimpa lelaki itu. Dan dia tak tahu kalau apa yang dipaparkannya di Facebook itu jadi sedemikian. Namun hati meronta-ronta nak tahu, apa yang dah terjadi pada lelaki itu. Macam mana boleh sampai, menjatuhkan nama baik dan maruah lelaki itu?
“You fikirlah sendiri, sama ada you patut bertanggungjawab atau nak kekal jadi manusia yang tak mahu mengaku kesalahan diri dan tak bermoral.” Kata Adib sambil bergerak, meninggalkan Nina yang kaku berdiri di sisi kereta itu.
Dia terpaksa ambil risiko, beri Nina ruang untuk berfikir dan buat keputusan. Dia berharap dengan cara ini, Nina dapat akur dengan kehendaknya. Dia yakin hati perempuan itu tidaklah sekeras mana. Nina tentu masih punya hati dan perasaan. Nina akan bertanggungjawab!
*****

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Jangan Hilang
RomantizmTawan sampai dapat, dakap erat-erat! 💕Cinta yang bersimpul rapi takkan hilang❤