NINA tersenyum sendiri ketika membaca ucapan selamat hari lahir di Facebook. Seperti biasa, setiap tahun dia akan dihujani ucapan itu. Tak terbaca jadinya bila hampir semua rakan-rakan Facebook memberikan ucapan.
“What the...” dia tak jadi meneruskan kata, terkejut. Sangat-sangat terkejut bila tiba-tiba satu paparan terbit di laman Facebooknya. Paparan itu datangnya dari Adib!Happy birthday, Sugar. Can’t wait our special E-Day!
Paparan seringkas itu bakal mendatangkan havoc! Kedua-dua tangan sudah melekap di atas kepala. Aduhai... apa yang Adib fikir ni? Kenapa lelaki itu perlu berikan ucapan dan sebut pula tentang E-Day? Seperti jangkaannya, dalam beberapa saat saja paparan Adib itu dah dihujani pertanyaan. Dia menekup muka dengan tapak tangan, takut nak membaca pertanyaan dan komen orang!
Adib Ab Rahman! Are you insane?!
Ingin saja dia menjerit kuat waktu ini. Mujur dia sedar diri, dia di pejabat. Dikelilingi rakan sekerja dan paling sadis, hari ini tuan dan puan peguam sedang berkumpul untuk bermesyuarat. Tentu saja dia tak boleh buat bising, apa lagi nak menjerit geram. Dia menjatuhkan tangan sedikit, mengintip laman sosial itu dengan ngeri. Nak juga baca pertanyaan dan komen orang walau dada dah berdetak-detak.Linda Z. Ali : E-Day? Betul ke? Kira jadilah ni?
Abby Sha : Engagement Day? Am I right?
Lina Rosli : Oh, no! Engagement?
Suzana Ahmad : Nina, pls explain!
Antek Dady : E-Day? Salah baca ke aku ni?
Ratu Bako : Oii, makcik! Confirm E-day? Seriously?
Miko Yen : E-Day? When?Terus dia menutup laman Facebook, tak sanggup nak baca dan hadap lagi. Kecut perutnya! Dia boleh jamin, dalam sejam lagi akan banyak pertanyaan yang memenuhi ruang komen. Dia terus bingkas dan meninggalkan meja kerjanya. Dia perlukan penjelasan! Mujur pejabat Adib berada di hujung aras ini.
“Haa! Nina, ambil ni. Baru sampai.”
Terjengil matanya melihat sejambak bunga ros merah di atas meja si penyambut tetamu. Dia kaku seketika memerhatikan jambangan itu.
“Dah kenapa? Cepatlah ambil, semaklah atas meja ni.” Omel Shuhaida sambil menghulurkan jambangan bunga itu.
Perlahan-lahan Nina menyambutnya dan bila terpandangkan sekeping kad, dia menariknya. Dia membaca tulisan yang tertera kemas di atas kad yang kecil itu.I know.... roses are lame! But, still....
Roses are red, violet is blue, I found it so hard, to get rid of you.
Stay and be mine!
-Deep-“Cheesy!” Komennya sambil mencebik, mata masih tertancap pada ayat yang dititipkan oleh Adib itu. Namun bibir tak dapat bertahan, senyuman terukir dengan sendirinya. Tersentuh jadinya dengan kiriman bunga itu.
“Siapa bagi bunga?”
Dia memandang pada Shuhaida yang nampak macam nak menjengah kad yang dipegangnya itu. Lekas-lekas dia menyelitkan kad itu di celah bunga semula, tak mahu Shuhaida melihatnya lagi.
“Bakal tunang!” Beritahunya seraya berpaling, kembali semula ke meja kerjanya. Tak jadi nak serang ‘bakal tunang’. Lelaki itu macam tahu-tahu saja dia akan meletup dan dah sediakan bunga untuk memujuknya.
Sebaik dia duduk di tempatnya, telefon bimbit dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka dan dengan segera dia menghantar sesuatu pada Adib.I bet, you’re womanizer. Roses? Nay! Not me.
Dia tersenyum, seronok dapat memberitahu pada lelaki itu begitu. Sebenarnya, sejak dia dibelikan jam tangan lagi dia agak Adib begitu. Womanizer! Kalau tidak, masakan lelaki itu bersahaja mencuri tumpuan perempuan dengan tingkah semanis ini.
Well... I guess, I patut berterima kasih to my-ex.
Berterima kasih pada bekas kekasih? Dia menggigit hujung bibir dan membalas.
Your-ex? Siapa? Perempuan yang seksi hari tu? Siapa perempuan tu?
Akhirnya isu ‘perempuan seksi’ itu diungkit semula. Inilah peluangnya nak tahu. Adib kunci mulut bila isu itu dipersoalkan. Adakah dia tak patut tahu? Dah nak bertunang, kut? Tak kan dia tak boleh tahu? Bertunang? Gila! Tak sangka mereka akan bertunang. Semua ni macam mimpi saja. Beberapa saat kemudian, balasan dari Adib terpapar.
YOU ARE READING
Cinta Jangan Hilang
RomansaTawan sampai dapat, dakap erat-erat! 💕Cinta yang bersimpul rapi takkan hilang❤