Cinta Jangan Hilang - Bab 14

354 10 0
                                    


TINGGAL dua hari saja lagi status Nina bakal berubah. Macam mimpi! Tak pernah Nina terfikir, apatah lagi sampai mengharap yang Hot Guy menjadi miliknya.
“Macam mana perasaan?” Sempat Adib berbisik setelah masuk ke dalam lif dan berdiri di sisi Nina dengan sengaja.
“Perasaan apa?” Nina turut berbisik, tak mahu orang lain dengar.
“Nak jadi tunang Hot Guy?” Adib sengaja menekankan nada ketika menyebut ‘Hot Guy’ sambil tersenyum mengusik.
Nina mendengus. Semakin hari, semakin nakal si Adib ni!
“And I miss something,” ujar Adib perlahan.
Nina sekadar memandang, lelaki itu nampak seperti menyesali sesuatu.
“I miss the way you snap my picture.”
Nina mengerutkan dahi, kurang mengerti.
“Actually... I sedar masa you curi-curi snap my picture,” sambung Adib, masih berbisik.
Nina terkedu. Adib sedar? Tapi Adib kelihatan selamba saja, lagak macam orang tak tahu apa-apa saat dia merakam gambar secara senyap. Aduhai... malunya! Dan jujur, dia juga merindukan saat-saat itu.
Rasa yang mengalir dalam diri bila curi-curi merakam gambar lelaki itu sukar dijelaskan. Cuak tapi sangat mengujakan! Itu yang buat dia ketagih untuk melakukannya setiap kali berpeluang. Lagi-lagi gambar yang terakam nampak cantik biarpun dari sisi atau belakang badan. Bila dia tak ada benda nak buat, mesti tengok balik gambar-gambar Adib. Malam tadi pun sama! Senang bila dapat melihat gambar-gambar Adib. Penuh dalam galeri telefonnya gambar lelaki itu. Kalaulah Adib melihatnya, boleh pengsan!
Oh, I still have a big crush on him!
Makin dekat hari pertunangan, makin sukar Nina nak memahami dirinya sendiri. Dalam tak sangka akan bertunang dengan lelaki itu, terselit rasa seronok. Mana taknya, my dream comes true! Si Prince Charming bakal membawanya pergi dan akan membahagiakannya sepanjang hayat. Tapi dapatkah lelaki itu membahagiakannya? Makin suka menyakatnya, adalah!
“Petang ni kita keluar?”
“Untuk apa?” tanyanya tanpa memandang Adib.
“Dating!” Selamba Adib menjawab sebelum keluar dari lif. Sengaja dia tak menunggu Nina sebab dia tahu yang Nina pasti segan waktu ini. Alahai, lain macam rasa hati bila semakin dekat dengan hari pertunangan. Tak sangka, akhirnya perempuan itu yang akan hidup bersamanya.
Adib meneruskan langkah hingga ke pejabat. Sebaik tiba, dia jadi hairan bila beberapa staf memandang padanya dengan pelik. Dia sendiri rasa sangat pelik tapi buat tak tahu saja hinggalah ke tempatnya. Hati jadi tak sedap bila pandangan mereka nampak semacam. Dia mengeluh dan mengusir saja perasaan itu. Malas nak endahkan tapi bila Cindy menghampiri dengan sekeping gambar, nafasnya seakan putus terus!
“Where did you get this?” soalnya pada Cindy.
“Someone put this at the front desk.”
Pantas saja Adib mengoyakkan gambar itu dengan geram sehingga menjadi cebisan kecil sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah. Tapi bila Cindy memberitahu yang gambar seperti itu ada banyak dan hampir semua orang telah melihatnya, dia terduduk di kerusinya. Dia terkaku di tempat duduk dan tak berani lagi nak mengangkat muka. Dia tak sangka gambar itu boleh tersebar. Gambar yang memalukan! Mengaibkan dan memberitahu bagaimana rupa dirinya yang sebelum ini. Dia menundukkan kepala dan menggenggam kuat tangannya. Menahan diri, sakit hati dan paling utama, malu! Lantas dia bingkas dan segera bergerak keluar dari pejabat.
Ketika itu Adib ternampak Nina yang sedang bergerak ke arahnya. Nina nampak seperti keliru dan tertanya-tanya. Bila matanya menyoroti sesuatu yang Nina sedang pegang, hatinya jadi semakin tak menentu.
Nina pun ada gambar itu? Tapi macam mana? Macam mana gambar itu boleh sampai kepada Nina? Siapa yang memberikan gambar itu kepada Nina? Dia terkaku di tepi lif dan hanya mampu memandang Nina dengan rasa yang sangat sedih. Sedih sebab Nina tahu ‘siapa Adib Ab Rahman’ yang dulu dengan cara begini!
“Awak ke dalam gambar ni?” soal Nina sebaik berdiri di hadapan Adib.
Adib diam, kelu!
Nina menundukkan pandangan, menatap semula gambar yang diterimanya baru saja tadi. Masuk saja ke pejabat, Shuhaida menyerahkan sampul bersaiz A4 yang tertulis namanya. Bila dia buka sampul itu, beberapa keping gambar jatuh ke lantai secara tak sengaja. Dia mengutip gambar itu dengan rasa sangat pelik. Gambar yang diterimanya itu, gambar siapa? Bila dia membalikkan gambar itu, nama Adib tertulis di belakang gambar.
“Adib, awak...” Belum sempat Nina meneruskan kata, Adib terus menyelinap masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.
Nina terkejut dengan tindakan Adib yang tiba-tiba mahu melarikan diri darinya. Dia hanya pegun melihat Adib yang berada di dalam lif itu. Adib turut memandangnya dengan pandangan yang sayu.
“Adib.”
Nina menyebut nama itu dengan perlahan tapi yakin yang Adib mendengarkan panggilannya namun, Adib tak mahu memandang padanya lagi sehingga pintu lif tertutup rapat.

*****


NINA mengelamun panjang sejak tadi. Tak dihiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya sejak beberapa hari yang sudah. Dia hanya berdiam, tak bercakap-cakap walau sepatah. Apa saja yang mak dan abah katakan, didengari saja.
“Janganlah macam ni.....”
Suara abah yang bernada perlahan itu mengusik hatinya. Dia menoleh dan memandang tepat pada abah. Riak sedih dan gusar seorang ayah itu terpamer jelas di wajah itu. Dapat dirasakan yang abah sangat sedih melihatnya begini tapi tahukah abah, dia benar-benar sedih dan sangat kecewa? Rasa sedih dan kecewa yang bermukim di dalam hati ditahan saja beberapa hari ini, tak mahu dia pamerkan dengan titisan airmata. Baginya lebih menyedihkan jika airmata itu terbuang begitu saja. Maka ditahan sajalah perasaannya yang hampir musnah ini bersungguh-sungguh. Entahlah, tak tahu nak dikhabarkan bagaimana perasaannya ini. Yang jelas dia sangat terluka! Tak sangka dia dilukakan dengan begini.
“Abah percaya, tentu ada sebab kenapa jadi macam ni.”
Dia mengalihkan pandangan, melihat semula keluar tingkap dengan hati yang pedih. Ada sebab! Tentu saja ada sebabnya tapi kenapa harus jadi macam ni? Dan kenapa dia pula yang kena tanggung akibatnya? Tahukah Adib... dia rasa sakit! Terluka, kecewa, marah, benci dan semua perasaan itu bagaikan bersatu. Tunggu masa untuk meletup saja! Semua yang berlaku, macam mimpi ngeri. Sangat ngeri!
“Abang, Harjah baru call saya ni.”
Dia dengar mak bersuara namun dibiarkan saja.
“Katanya, dia dah tahu Adib kat mana!”
Terus saja dia menoleh, memandang pada mak. Bergetar seluruh perasaannya bila mendengarkan mak menyebut nama Adib.
“Adib sekarang ada kat Singapore!” Beritahu Norina
“Singapore?” Ulang Norman, sedikit terkejut. Lebih kepada tak sangka sebenarnya.
Singapore? Nina lagilah rasa macam susah nak percaya! Kenapa dekat sangat tempat persembunyian Adib? Fikirnya, lelaki itu dah melarikan diri entah ke benua mana. Stupid!
“Alhamdulillah.... budak tu tak jauh pun.” Ujar Norman perlahan, lega.
“Tapi... bang, Harjah dah mula risau sebab esok Adib nak ke Austria Lech!”
Austria Lech? Nina terus berdiri, sangat terkejut. Dia memandang tepat pada mak, mahukan kepastian.
“Apa dia nak buat kat sana?” Norman menyoal perlahan, keliru.
Nak buat apa lagi? Tentu saja nak bunuh diri dengan berski! Nina mendengus, terus bergerak dan berkejar naik ke tingkat atas. Dia segera masuk ke dalam bilik dan menukar pakaian. Beg tangan segera dicapai sebelum pasport diambil dari laci almari dan disumbatkan ke dalam beg tangan. Dia mengambil telefon bimbit di atas meja dan kunci kereta tanpa menghiraukan mak yang dah tercegat di tepi pintu memerhatikannya.
“Nina nak jumpa Adib?” Tanya Norina, perlahan. Resah jadinya melihat kekalutan Nina saat ini. Dia tak pernah nampak Nina berkeadaan seperti ini.
“Ya, Nina nak jumpa dia. Dia tak boleh ke Austria!”
Norina menarik tangan Nina bila Nina nak melangkah keluar dari bilik. Melihatkan Nina waktu ini, dia pasti Nina mempunyai perasaan yang sangat mendalam terhadap Adib.
“Call ibu Adib, dia tahu kat hotel mana Adib stay.”
Nina angguk dan segera menarik tangan mak untuk bersalaman. Sambil tu, mohon restu! Dia harap mak faham kenapa dia bertindak begini. Demi Adib, sanggup pula dia nak mengejar lelaki itu di seberang tambak walau malam dah semakin larut. Ah, JB dan Singapore bukan jauh sangat! Kalau tak jam, setengah jam pun boleh sampai. Dan Adib harus bersedia menerima serangannya. Tak kan dia lepaskan Adib begitu saja!
Siapa Adib yang berani menghuru-harakan hidupnya? Lelaki itu tak boleh lari dan bersembunyi lagi. Lelaki itu harus bertanggungjawab!
“Jaga diri, jaga batas.” Pesan Norina, bimbang kalau Nina lepas laku di tempat orang.
“Ya. Thanks, mak.” Nina bersuara perlahan dan segera bergerak, tak mahu berlengah lagi.

- Rina Farizq -

**Jom order dengan Suara Hati Publication atau di kedai buku😉

**Jom order dengan Suara Hati Publication atau di kedai buku😉

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Jangan HilangWhere stories live. Discover now