Cinta Jangan Hilang - Bab 15

580 15 4
                                        


MATA digosok perlahan, tangan mula membuka pintu bilik. Entah siapa yang mengganggunya malam-malam begini. Tak cukup dengan bunyi loceng, pintu diketuk bertalu-talu dengan kuat macam nak roboh. Saat pintu terkuak, susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapannya itu ditatap dengan tak percaya. Betul ke apa yang dilihatnya sekarang? “Nina?” Adib menyebut nama itu dengan rasa yang sangat pelik. Apa Nina buat di sini? Pada waktu begini? Lantas mata mengerling pada jam di lengan kirinya. 12.30 malam! Pandangannya berkalih semula pada Nina yang nampak sangat serius.
“Yes, it’s me. Nina Andria Binti Norman. Bakal tunang tak jadi awak!”
Bakal tunang tak jadi? Mukadimah jenis apa ni cik Nina? Adib tak sangka akan dijerkah begini.
“Seronok boleh lesap dan buat semuanya jadi huru-hara? Seronok ke?”
Adib menghela nafas berat, sedar yang keadaan akan jadi sulit sekejap saja lagi.
“What are you trying to do, mister?” Nina menyoal sinis dengan nada yang ditahan-tahan, tangan pula dah menolak tubuh Adib dengan geram. Ikut hati, dia nak hempuk kepala Adib dan hamburkan semua rasa yang berbuku dalam dirinya.
Adib menelan air liur. Amboi, Nina boleh siap menolaknya dengan kuat hingga tubuhnya yang tak bersedia itu terdorong ke belakang beberapa tapak. Nina bergerak masuk ke dalam bilik dengan pantas dan menutup pintu. Siap kunci lagi! Tidak ke Nina sedar, perlakuan sebegini boleh mengundang bahaya pada diri Nina sendiri? Macam mana kalau dia tak boleh mengawal diri? Nina boleh ke menepis serangannya?
“Are you happy?”
Happy? Masakan Adib boleh bergembira kalau Nina dah tayang muka nak telan orang?
“Bersungguh-sungguh nakkan saya, siap pesan stay and be mine konon! Tapi lepas tu? Awak lari, sembunyikan diri dan buat saya macam orang bodoh. Seronok dapat mempermainkan saya? Happy buat saya macam orang tak berperasaan? Ini ke harga yang saya kena bayar lepas awak paksa saya untuk terima awak?”
Adib pandang saja pada Nina dengan lemah, tak berdaya! Bila baru dikejutkan dari tidur secara mendadak, otak jadi agak lembab dan belum terjana dengan baik. Ingin sekali nak membalas bicara Nina tapi, Nina dah kelihatan begitu berkobar-kobar memuntahkan kata. Tentu dah sarat sangat perasaan tu!
“Awak ni macam budak-budak, tahu? Akal pendek!”
Akal pendek? Nina mengatanya, akal pendek? Dia mendengus, tak percaya perempuan itu semakin selamba mengatanya. Dia menggeleng lemah dan bergerak menjauhi Nina.
“Don’t you dare walk away from me, Adib Ab Rahman!!”
Adib memejamkan mata, berdesing telinganya mendengarkan suara Nina yang cukup tinggi waktu ini. Dia mengeluh perlahan dan lambat-lambat memandang pada Nina semula. Bila matanya tepat merenungi Nina, hati jadi semakin tak menentu.
“Apa yang awak fikir, Adib?”
Adib terkesima seketika, tak sangka Nina bersuara kali ini dengan lirih dan mata pula dah berkaca-kaca. Tercuit perasaannya bila melihat Nina tiba-tiba berubah sedih begini.
“Dengan melarikan diri, semuanya akan selesai?”
Adib bungkam, tak tahu nak menjawab macam mana.
“Apa salah saya? Kenapa awak buat saya macam ni?”
Sumpah! Adib tak berniat nak buat Nina sampai jadi macam ni. Dia mula kaget bila melihat mata yang berkaca-kaca itu dah mula memuntahkan manik-manik jernih.
“Saya tak suka, Adib. Saya tak suka!” Jerit Nina agak kuat tanpa dapat ditahan lagi perasaannya. Malah airmata yang ditahan-tahan dah tak dapat dibendung juga. Dia menangis depan Adib walaupun tak ingin buat begitu.
Nina menangis! Itu buat Adib semakin tersentuh. Kemarahan Nina berakhir dengan airmata. Orang perempuan ni... bila marahkan kita, dia pula yang menangis! Sungguh dia tak sanggup nak melihatnya.
Perlahan-lahan dia bergerak untuk mendekati Nina tapi Nina beri isyarat agar tidak bergerak. Dia terkaku biarpun hanya tinggal beberapa tapak saja lagi untuk mendekati Nina. Sumpah, ini perasaan yang sangat berat dirasakannya. Melihat Nina begini, perasaannya bagaikan terluka.
“Paling saya tak suka, awak berikan harapan pada saya dan kemudian... awak pergi macam tu saja! Awak fikir awak siapa, Adib? Awak muncul depan mata saya, datang dekat pada saya, mahukan saya tapi lepas tu, awak biarkan saya! Apa semua ni? Apa?!”
Adib tak peduli, kali ini langkahnya terus saja menapak ke arah Nina. Bila melihat Nina dah menghamburkan rasa hati sampai menangis begitu, dia rasa sangat bersalah. Dia tahu, dia salah tapi dia tak sengaja nak buat macam tu. Dia pegang bahu Nina dan mohon maaf.
“I’m sorry, Nina. I’m really, really... sorry.”
Nina diam, pandang saja dengan airmata yang mengalir laju.
“I’m stupid! Idiot!” Sumpah Adib sendiri, sangat-sangat rasa bersalah.
“Memang pun! Your an idiot!”
Adib terdiam seketika namun selepas itu bibir mula mengorak senyum. Nina berjaya mencuit perasaannya pada waktu tegang begini. Nina, perempuan yang tak patut dilepaskan.
“What?” soal Nina sambil menyeka airmatanya. Dia tak faham kenapa tiba-tiba Adib boleh tersenyum begitu pula.
Senyuman itu mengusik perasaan, buat rasa rindu pula. Ketiadaan Adib beberapa hari ini buat dia rasa kehilangan. Dia jadi rindu nak melihat senyuman Adib yang sesuatu itu. Senyuman yang menarik bila mata ikut tersepet sebelah!
“Sugar, it’s.... you’re an idiot not your an idiot. Insult properly.” Usik Adib sambil mengenyitkan mata, mahu kendurkan sedikit perasaan Nina.
Nina mendengus sambil palingkan muka, tak sedar jika ayatnya tadi salah. Hati dah panas, perasaan pula dah bercampur-baur sampaikan bicara terlepas keluar dari bibirnya tanpa ditapis-tapis lagi. Tapi seingatnya, dia menjaga juga bahasanya biarpun nada ada kalanya meninggi. Namun dia bersyukur sangat dapat berjumpa dengan Adib.
“Ah... you know what?” ujar Nina perlahan sambil memandang tepat pada Adib.
Adib angkat kening.
“No. You are not an idiot. I am too smart to fall in love with idiot!” kata Nina sambil menundukkan pandangan, kesal sendiri.
Masa Adib sukakannya, dia jual mahal. Bila Adib menghilang, barulah dia sedar tentang sesuatu. Hargailah orang yang ada depan mata! Bila orang yang selalu ada depan mata tiba-tiba hilang dari pandangan, kita akan rasa terpukul. Rasa kehilangan dan seterusnya, akan menerbitkan rasa rindu dan kekesalan. Sumpah, rasa rindu dan kekesalan tu hanya Tuhan saja yang tahu!
Adib mengulum senyum, Nina ditatap saja dengan perasaan yang sukar dilafazkan. Kalaulah Nina miliknya yang sah... dia takkan biarkan Nina berdiri saja di depannya. Dia akan raih tubuh Nina dan mendakapnya dengan cukup erat!
Perlahan-lahan Nina memandang semula pada Adib. Lelaki yang hanya merenungnya itu buat dia semakin kesal. Kenapa lelaki itu mempunyai hati yang begitu kecil? Gambar yang diterimanya tempohari itu langsung tak merubah apa-apa penilaiannya terhadap Adib. Serius, dia tak faham kenapa lelaki itu nak sentap sangat sampai sanggup melarikan diri!
“What are you thinking? Kenapa awak fikir, sekeping gambar boleh mengubah penilaian orang terhadap awak? Gambar tu, tak mengubah penilaian saya terhadap awak walau seinci pun. Gambar tu, tak memberi kesan pada saya.”
“Tak memberi kesan?” ulang Adib sambil angkat kening. Dia kurang percaya kalau Nina tak terkesan dengan gambarnya itu! Mustahil Nina tak terkesan melihat rupanya yang buruk itu.
“Cuma... saya terkejut. Tak sangka saja! Selain dari tu, saya tak rasa apa-apa.” Nina membalas dengan bersungguh, dapat rasa yang Adib tak mempercayainya.
Adib menghela nafas berat sebelum pandangan dikalihkan. Nina takkan mengerti perasaannya!

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 22, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Cinta Jangan HilangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang