Cinta Jangan Hilang - Bab 5

601 14 7
                                    


TIBA di Chicken Island, bot berhenti dan mereka dilepaskan untuk berenang dan menyelam dalam masa 30 minit. Apa lagi, Nina ambil kesempatan ini untuk manfaatkan masa dengan berenang dan menyelam sepuas-puasnya. Adib pun turut sama menikmati waktu ini dengan gembiranya. Masing-masing berseronok, menikmati keindahan ciptaan Allah ini.
Namun Nina rasa tersentuh dengan keprihatinan Adib. Lelaki itu terlihat seperti menjaganya walau tak melekat di sisinya setiap saat. Dia menyedari yang mata Adib tak lepas memerhati dan mengawasinya, menunjukkan yang lelaki itu peduli dan ambil berat padanya.
Ini dikira apa, ya? Allah pinjamkan ‘dia’ untukku?
Nina tersenyum sendiri. Dalam pada tak menentu dengan kehadiran Adib yang tak dijangka itu, hati begitu senang sekali. Ingat semua orang boleh bercuti dengan crush tanpa dirancang?
“Hey, Nina!”
Dia memandang pada Adib yang dah naik ke atas bot.
“Times up!” Beritahu Adib sambil beri isyarat untuk naik, tangan siap dihulurkan mahu menyambut Nina.
Nina mengeluh. 30 minit, sekejap sangat! Namun memikirkan perjalanan harus menepati jadual dan ada beberapa lagi perhentian, terpaksa dia akur. Dia berenang dan mendekatkan diri pada bot. Tangannya mula mencapai tangan Adib yang mahu membantunya untuk naik ke atas bot. Dia lagi sanggup menyambut tangan Adib dari tangan agen lelaki Krabi yang ditugaskan untuk menjadi penjaga mereka hari ini. Mujur ada Adib! Tiba-tiba dia rasakan si Hot Guy itu memang didatangkan untuk melindunginya. Terima kasih, Allah!
Perjalanan diteruskan ke Si Island, tempat yang sangat popular untuk pencinta snorkeling. Sempat Adib nyatakan kebimbangannya kalau biarkan Nina menyelam sendiri.
“Mana tau you menyelam, lepas tu tak timbul-timbul! Kena kidnap dengan duyung jantan ke...?”
Nina mencebik, macamlah dia tak biasa menyelam. Adib silap oranglah! Namun dia ikut saja cadangan Adib yang mahu mereka menyelam bersama-sama. Adib juga sempat berpesan, jangan jauh darinya! Aduhai..... nak kata apa, ya? Tentulah seronok sangat jadinya!
Nina dan Adib menyelam bersama-sama, menyaksikan kehidupan laut sangat memukau pandangan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan orang yang sedang menyelam waktu ini. Indah, tenang dan damai.
Destinasi seterusnya, Tup Island. Tempat ini lebih cantik, tak dapat nak dijelaskan macam mana tapi bagi pencinta alam, percutian sebegini sangat luar biasa indahnya. Tak rugi Nina ikutkan kata hati yang mahu meneruskan misi kali ini. Tanpa Nizam, dia sangat gembira menikmati pemandangan yang memukau bersama-sama dengan ‘si dia’ yang muncul secara tiba-tiba.
“Cliff jumping?” Tanya Adib, sekadar menduga sebab Nina kelihatan macam berminat nak mencubanya. Mata Nina tak berganjak memerhatikan beberapa lelaki barat yang lebih dulu memanjat banjaran dan terjun sampai ke dasar laut tanpa life jacket.
“Why not?” Sahut Nina dengan teruja.
“Really?” Tanya Adib, mahukan kepastian.
“Yeah!”
Dia mengulum senyum, tak sangka Nina begitu berani sedangkan perempuan-perempuan lain hanya sekadar jadi penonton.
“Okay, let’s do it!” Katanya sambil menarik tangan Nina untuk bingkas dari duduk.
Mereka membuka jaket keselamatan sebelum memanjat banjaran menggunakan tangga. Semua orang bekerjasama demi melengkapkan aktiviti ini. Ada yang tolong pegangkan tangga ketika naik. Ada yang membantu untuk memanjat dan ada seorang yang akan tunggu untuk mencampakkan jaket keselataman sebaik terjun dan timbul di permukaan air. Tak kira apa bangsa, budaya dan agama, semua orang bekerjasama dan saling membantu. Entah dari mana sifat benci-membenci sampai boleh memerangi sesama manusia itu muncul! Betapa menyedihkan bila sesama manusia boleh saling membunuh. Sangat menyedihkan bila si kecil yang tak berdosa turut menjadi mangsa. Apa yang manusia inginkan sebenarnya?
“Nina...” Adib menyebut nama dengan perlahan, hati jadi senang melihatkan Nina yang cukup seronok setelah terjun.
Begini rupanya sifat Nina! Nina nampak manis tapi sangat berani bila bertindak. Ternyata Nina memang seorang perempuan yang sukakan cabaran dan tak teragak-agak melakukan aktiviti lasak. Senang jadinya bila Nina bukan dari jenis kebanyakan perempuan yang hanya tahu menghias diri dan terlihat sangat feminin. Dapat dirasakan yang dia dan Nina boleh ‘get along’ kerana mereka mempunyai cara dan minat yang sama. Jadi, tak salahlah dia mahukan Nina.
Nina, perempuan yang tepat untuknya!

Cinta Jangan HilangWhere stories live. Discover now