Cinta Jangan Hilang - Bab 11

451 12 0
                                        


PERTEMUAN dengan Tipot dan Wawa merencatkan rancangan hujung minggu mereka untuk menonton wayang. Tipot dan Wawa lebih berminat nak tahu cerita selanjutnya dari Nina. Dek kesibukan kerja, membataskan sedikit hubungan mereka kebelakangan ini. Masing-masing punya jadual yang padat.
“Jadi, confirmlah kau akan bertunang hujung bulan ni?”
Nina angguk, mengiakan pertanyaan Tipot. Hasil perbincangan malam tadi, dia dan Adib bakal bertunang hujung bulan ini. Majlis pertunangan itu akan berlangsung dengan seringkas mungkin sebab dia tak suka suasana yang serabut. Faham-faham sajalah orang Melayu kita, menjaga adat tu lebih penting dari hal yang wajib didahulukan.
“Wow... kawan kita dah nak jadi milik orang. Milik Hot Guy!” kata Wawa sambil menyentuh cincin di jari manis Nina. Cincin koleksi Swarovski itu sangat diminatinya! Betapa si Hot Guy itu sangat rare orangnya, memilih Swarovski sebagai tanda ikatan hubungan. 
“Dan kau sendiri, macam mana? Happy?” soal Tipot, renung wajah Nina yang kelihatan selamba. Langsung tak nampak teruja dengan kedatangan keluarga lelaki untuk merisik. Bukankah momen sebegitu yang dirasakan sangat menggembirakan bagi setiap perempuan?
“Me? Happy? Hmmm... entahlah,” jawab Nina perlahan sambil tersenyum bila Wawa masih membelek cincin dan cuff di tangannya. Terobek ler tu! Wawa tentu makan hati tengok keluaran koleksi Swarovski itu berada di tangannya.
“Kau patut happy sebab Hot Guy tu jadi milik kau,” ujar Tipot.
“Hot Guy tu yang patut happy sebab dapat aku!” Nina membetulkan ayat itu sambil tergelak perlahan biarpun tak dinafikan yang dia memang gembira. Bayangkan, lelaki yang tak pernah diduga menjadi miliknya itu memang bersungguh-sungguh mahukannya. Aduhai, macam bermimpi. Macam fairytales!
Tipot tersenyum dan segera menggelengkan kepala bila Wawa tak habis-habis membelek perhiasan Swarovski Nina. Hanya dia saja yang tak terpengaruh dengan jenama itu. Dia pula lebih suka dan gila dengan koleksi Pandora. Namun minat mereka itu tak menghalang persahabatan mereka bertiga sejak dari zaman sekolah.
“Sudah-sudahlah tu, Wawa. Lepas ni kau carilah lelaki yang sama ‘rare’ macam si Hot Guy tu supaya dapat hantaran 7 dulang Swarovski.” Ujar Tipot sambil menyandar pada bangku yang di dudukinya. Pandangan mula dikalihkan ke ruang kafe setelah sejak dari tadi hanya tertumpu pada Nina. Berita yang Nina sampaikan, cukup mengejutkan sampai dia tak boleh nak pandang ke mana-mana selain Nina. Tapi cerita Nina mengenai Krabi, lebih mengujakannya. Dia tak rasa Nina dan Adib boleh berjumpa di sana secara kebetulan. Tentu Adib sengaja mengejar Nina sampai ke Krabi! Hot guy itu sejenis lelaki yang....
“Oh, Nina.” Tipot menyeru perlahan tanpa mengalihkan pandangan, matanya tertumpu tepat ke pintu masuk kafe.
“Hmmm?” Nina menyahut pendek tanpa memandang Tipot. Dia masih melayan Wawa yang bercerita tentang perhiasan Swarovski di tangannya itu.
“Kau ada janji dengan Hot Guy ke?”
Nina angkat muka, pandang Tipot yang tegak memandang ke satu arah. Lantas dia ikut berpaling, terkejut! Apa Adib buat kat sini?
“Hot Guy?” ulang Wawa.
Nina segera berpaling, tak lagi memandang pada Adib. Dia merendahkan tubuh dan capai beg tangan. Tiba-tiba rasa cuak bila Adib ada di sini.
“Eh, Hot Guy jumpa seseorang. Perempuan!” beritahu Wawa yang ikut memerhatikan Hot Guy yang dah mendekati seorang perempuan.
Nina menelan air liur dan mula memandang ke arah yang Wawa dan Tipot sedang lihat waktu ini di balik beg tangannya. Dapat dilihat dengan jelas, Adib nampak serius berhadapan dengan seorang perempuan yang tersenyum manis. Gaya senyuman perempuan itu macam nak menggoda Adib. Siapa perempuan itu?
“Perempuan tu seksi... kau rasa, Hot Guy kau tu cair tak?” tanya Wawa.
Nina diam, tak tahu! Tapi boleh jadi hati Adib terusik tengok aset yang membukit itu. Nampak sangat perempuan itu nak menggoda Adib! Pakai ketat-ketat dan seksi, untuk apa?
“Aku rasa, perempuan tu macam ada hati kat Hot Guy. Tengoklah tu, gaya macam nak buat Hot Guy tergoda aje? Tangan tu, apasal nak merayap?” tambah Wawa, masih memerhatikan lagak perempuan yang duduk di hadapan Hot Guy itu. Sakit pula hatinya bila perempuan itu cuba menggoda si Hot Guy.
Nina cuba usir rasa yang mengusik, tak perlu nak emo sangat sebab bukan Adib yang mulakan sentuhan itu. Perempuan itu yang suka nak menyentuh tangan Adib biarpun Adib dah menepisnya.
“Kau rasa...”
“Tak payah nak rasa-rasa sangatlah, cik Wawa oii! Baik kita pergi dari sini, tak payah tengok dorang tu.” Ujar Tipot, tak mahu Nina terasa dengan kejadian itu. Beg tangannya sudah dicapai, tunggu masa untuk Nina dan Wawa ikut serta.
Nina jadi serba salah. Nak kekal saja di sini atau beredar? Tapi dia nak tengok apa yang berlaku antara Adib dan perempuan itu. Kenapa tegang sangat muka Adib waktu ini? Macam ada yang Adib tak puas hati saja?
“Alamak!” Wawa terkejut bila secara tiba-tiba Hot Guy terpandangkan mereka. Lekas-lekas dia berpaling dan segera menolak kepala Nina hingga tertunduk ke bawah meja.
“Wei, sakitlah!” kata Nina sambil menepis tangan Wawa.
“Hot Guy tengah pandang sinilah.” Beritahu Wawa, terlebih aksi.
“Hah? Ya ke? Cover aku, cover!” kalut Nina jadinya sampai sanggup bersembunyi di bawah meja. Tak rela dia tertangkap dengan Adib. Karang Adib tuduh dia, sengaja stalk! Dahlah dalam kepala Adib dah cop, Nina the Stalker!
Tipot menggeleng dan menghela nafas panjang. Wawa dan Nina memang selalu terlebih aksi. Drama sangat! Dan bila terpandangkan si Hot Guy sedang bergerak dengan tenang menghampiri meja mereka, dia hanya mampu memandang. Tak dapat dinafikan, lelaki itu memiliki seraut wajah yang tampan. Dengan jawline yang tajam, hot sungguh!
Susuk tubuh Adib kelihatan kekar bila berkemeja fit hitam yang dibiarkan lepas. Lengan kemeja pula berlipat hingga ke siku, menyerlahkan urat lengan yang sering menjadi perhatian perempuan. Dipadankan pula dengan jeans dan loafer, lelaki itu nampak sempurna!
Sesungguhnya, Nina sangat beruntung. Lelaki itu memang benar-benar memikat. Tak hairanlah kalau ada perempuan yang lupa diri dan terlepas laku bila memandang lelaki itu. Saat itu barulah Tipot tersedar yang rahang Wawa hampir jatuh bila si Hot Guy telah berdiri di tepi meja mereka.
Adib melepaskan senyuman pada dua orang perempuan yang pegun memandangnya sebelum dia mengalihkan perhatian pada orang yang sedang menunduk di bawah meja. Alahai... apa yang Cik Nina kita buat tu? Lantas dia mencangkung di tepi meja dan menjenguk Nina. Dia mengulum senyum dan mula bertanya.
“Cari apa tu?”
Nina terkaku, rasa tak percaya dapat dengar suara itu dengan sangat jelas. Apa maknanya tu? Adib ada dekat dengannya? Adib menjenguknya di bawah meja ini? Oh, jangan kata Adib memang sedang menjenguknya!
“What are you doing, Sugar?”
Sugar? Haish! Nina menggigit bibir, sebut pula gelaran sweet yang tak hengat tu! Tentu Tipot dan Wawa mendengarkannya. Aduhai, segannya! Dia tak cerita pun part Adib memanggilnya, Sugar.
Perlahan-lahan Nina memberanikan diri untuk memandang ke sisi. Sah! Itu Adib Ab Rahman! Terpaksa dia tayang sengih, tak tahu nak buat apa lagi. Lebih-lebih lagi bila Adib dah menghulurkan tangan, tanda mahu membantu agar dia dapat berdiri semula. Serius, jiwa kacau dibuatnya!
Tanpa mahu menyambut huluran tangan Adib, Nina berusaha bangun dan keluar dari tempat persembunyian. Kulit pipi terasa panas bila senyuman Tipot dan Wawa makin lebar. Si Adib pula hanya memerhati dengan bersahaja. Suasana ketika ini sangat pelik! Tiba-tiba dia merasakan seluruh alam menjadi sepi dan hanya ada dia bersama Adib yang saling memandang. Tak tahu nak dijelaskan bagaimana perasaannya ketika ini tapi dada dah berdetak-detak jadinya. Adib melontarkan sebaris senyuman yang sangat memikat. Rasa tercair dengan kehangatan senyuman itu!
“Sorry girls, boleh I pinjam Nina?” Pinta Adib.
Tipot dan Wawa sama-sama mengangguk.
“Jom,” ajak Adib sambil tersenyum bila Nina kelihatan teragak-agak untuk bergerak. Nina juga sedang memberikan isyarat secara senyap pada teman-temannya. Mungkin Nina tak suka dengan permintaannya yang mahu meminjam Nina.
Nina menghela nafas berat, terpaksa akur. Tangan mula mencapai sling bag Victoria’s Secret berwarna pink terang. Lambat-lambat dia bergerak mendekati Adib. Dia dan Adib melangkah serentak tapi sempat dia menoleh pada Tipot dan Wawa yang nampak gembira. Siap melambaikan tangan lagi. Sebal! Tak pasal-pasal outing bersama bffnya bertukar jadi hari bersama bakal tunang!
Ketika itu Nina terpandangkan perempuan yang bersama dengan Adib tadi. Mencerlung tajam pandangan perempuan itu terhadapnya. Dia rasa semacam dan tak selamat pula bila perempuan itu telah bingkas. Perempuan itu melangkah pantas, seakan memang mahu mara padanya. Dapat dirasakan juga, perempuan itu macam nak menyambar dan menanggalkan kepalanya. Pantas saja dia merapatkan diri pada Adib, berlindung. Tak rela kena terkam di tempat umum.
“So... inilah dia, perempuan tak malu tu? Snap your picture and posting kat FB. Hmmm?”
O.M.G!! Perempuan itu memanggil apa? Perempuan tak malu? Haish! Nina bengang habis. Betullah kata orang, kejatuhan seorang perempuan itu adalah kerana dijatuhkan oleh kaumnya sendiri. Dia menggenggam tangan sendiri, menahan hati yang tercarik.
“Mind your words!” Adib bersuara dengan keras.
Nina yang berdiri di sisi Adib terus memandang pada wajah yang nampak serius. Sama serius dan tegang macam mula-mula Adib bertemu dengan perempuan itu tadi. Dan dia tersentak bila ada tangan yang menyentuh belakang badannya. Tangan itu tentu milik Adib! Tangan itu mula menolak sedikit tubuhnya ke hadapan, seakan mengarah untuk segera bergerak.
“I’m sorry,” sempat Adib membisikkan kata maaf itu pada Nina ketika bergerak keluar dari kafe. Sungguh dia tak menduga hal seperti ini berlaku. Entah macam mana Nina boleh pula ada di sini dan menyaksikan pertemuannya dengan perempuan yang tak lagi diharapkan untuk kembali.

*****

Cinta Jangan HilangCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang