Cinta Jangan Hilang - Bab 9

515 13 0
                                    


ADIB mengerling pada Nina yang tersorok di ceruk lif. Pandai perempuan itu menyembunyikan diri! Tapi macam mana tersorok pun, dia tetap tahu. Sekecil-kecil nombor dia boleh kesan, inikan pula perempuan yang suka menyemburkan wangian beraromakan musky itu. Nina tak boleh terlepas dengan mudah darinya.
Adib mengeluarkan pen dari kocek kemeja dan sengaja menjatuhkannya ke arah Nina yang berdiri di penjuru lif. Semua mata memandang pada pen yang jatuh itu dan dia buat-buat memohon maaf sambil bergerak untuk mengambil pen itu. Orang yang berada di dalam lif segera memberikan ruang padanya untuk mengutip pen yang jatuh betul-betul di hujung kaki Nina.
Dia tersenyum pada Nina yang nampak terkejut sebelum menunduk. Dia mencapai pen dan mendongak, memandang tepat pada Nina yang terkebil-kebil. Mata itu kelihatan menarik bila terkebil-kebil begitu. Dia bangun perlahan-lahan dan berdiri tegak di hadapan Nina. Ikut hati macam nak direnung kaki yang putih melepak milik Nina itu.
Hari ni, cik Nina kita berskirt paras lutut! Dia suka pemandangan itu tapi jadi sakit hati kalau lelaki lain turut melihatnya.
“Morning.” Ucapnya perlahan, cukup untuk Nina mendengarkannya. Nina hanya diam dan kaku memandangnya. Nina kelihatan seperti menahan nafas! Apa yang Nina sedang fikirkan?
Satu saja yang terlintas di benak Nina semasa Adib menunduk di hadapannya itu tadi, janganlah tangan lelaki itu menyentuh kakinya macam yang Christian Grey buat pada Anastasia dalam Fifty Shades Darker! Mau kakinya nanti dengan pantas naik ke muka lelaki itu. Jangan mimpilah lelaki itu boleh jadi macam Christian Grey yang mudah melemahkan Anastasia. Tapi dia terpaksa akui, lelaki itu bijak mendekatinya tanpa sesiapa dapat mengesan niat sebenar lelaki itu. Kutip pen yang jatuh? Licik!
Tahu tak nafasnya bagai tersekat ketika Adib berada di hujung kakinya tadi? Dah tu boleh pula bangun dengan perlahan-lahan sambil mata tak berkalih ke mana-mana. Mata Adib tepat merenung ke wajahnya. Adib berdiri tegak dengan jarak yang agak dekat di hadapannya. Aduiii.... belum pernah dia berada sedekat ini bila menaiki lif dengan lelaki itu. Selalunya lelaki itu suka berdiri di tepi pintu lif saja.
“Kenapa tak jawab call I?”
Nina mengerutkan dahi, tak percaya Adib boleh tanya begitu saat ini. Lantas dia memandang ke sekeliling, takut orang lain mendengarkannya meskipun suara itu seakan berbisik padanya. Dia mengeluh bila Adib mengambil tempat untuk bersandar malas ke dinding lif di hadapannya.
“I nak cakap dengan you tapi, you abaikan panggilan I sejak awal pagi tadi.” Adib masih berbisik dan Nina masih ditatap dengan asyik, pagi ini Nina berjaya menderaskan perjalanan darahnya. Tergamak Nina biarkan panggilannya!
Nina mengeluh. Gila nak jawab panggilan yang berbunyi pada jam 6.40 pagi tu? Panggilan itu berjaya mengejutkannya dari tidur dan bila tengok saja nama si pemanggil, terus bulat matanya! Kalau dia jawab jam tu, mau lelaki itu tahu yang dia baru bangun tidur dan tak solat subuh. Tak naklah sampai Adib tahu yang dia bangun lambat!
“You memang licik...” kata Adib perlahan tanpa memandang ke arah lain. Nina masih menjadi tumpuannya. Tahu tak yang dia geram sangat dengan Nina pagi ni. Rasa macam nak picit-picit hidung yang kecil molek itu. Kalaulah Nina tu miliknya..... memang Nina takkan terlepas darinya! Berani Nina abaikan panggilannya pagi tadi.
Nina mendengarkannya saja, entah apa makna ayat Adib itu. Licik dari segi apa? Mengelak? Mengelak memang dah mula jadi kepakarannya.
“Apa you cuba buat, Nina Andria?”
Apa dia cuba buat? Dia tak buat apa-apa yang dikiranya boleh mendatangkan kesusahan pada lelaki itu.
“Sekarang ni... you nampak macam, I don’t chase a man.”
Terus pandangannya tertumpu pada Adib. Sentap doh dengan ayat Adib itu!
“Hakikatnya.... you yang kejar I dulu. Bila I dah datang pada you, you jual mahal pula. Ini ke caranya to get chosen dengan cara terhormat?” Bisik Adib, masih mengawal suara agar orang lain dalam lif ini tak mendengarkannya. Dan dia yakin sekarang Nina dah kepanasan dengannya. Tengok, bulat mata Nina merenungnya.
Nina mendengus, tahan hati. Bentuk serangan apakah ini? Di dalam lif ini, Adib boleh berbisik dan menyerangnya dengan ayat sebegitu? Betapa dia menahan sabar, lebih-lebih lagi bila menerima pandangan Adib yang seakan mengejek itu. Nasib baiklah ada orang lain dalam lif ni!
Ting! Pintu lif terbuka dan orang mula keluar. Nina cepat-cepat mengatur langkah untuk keluar juga, tak sabar nak lepas dari kotak yang mengurungnya bersama dengan Adib itu. Inilah kali pertama dia merasakan sakit hati naik selif dengan Adib.
I hate you, Hot Guy!

*****

Cinta Jangan HilangWhere stories live. Discover now