NINA berdiri di balkoni yang mengadap banjaran. Dia menarik nafas dalam-dalam dan tersenyum puas sambil memerhatikan banjaran yang tinggi di hadapannya itu pada waktu matahari sedang terbit. Cantik sangat!
“Morning!”
Dia tersentak dan pantas saja menoleh ke kanan. Adib yang turut sama berada di balkoni sebelah, sudah tayang sengih. Ucapan selamat pagi dari lelaki itu memang tak dijangkakan. Adib mahu tengok matahari terbit juga ke?
“What a nice view.”
Dia jadi keliru bila Adib sebut begitu ketika memandangnya. Entah ‘view’ apa yang nice tu! Dia tak mahulah cepat perasan macam semalam. Puji cantik tapi bukan maksudkan dirinya!
“I nak ajak you ke satu tempat, siap-siaplah.”
Dia mengerutkan dahi bila Adib mengajaknya. Ajak ke satu tempat? Mana tu? Tak adanya dia senang-senang nak ikut Adib! Lagipun keluar berdua-duaan dengan Adib tak ada dalam plannya. Hari ini dia bercadang nak menghabiskan masa saja di pantai Ao Nang.
“Cepatlah... kita kena gerak awal, sebelum 7.30 pagi.”
“Kita?” Ulangnya dengan agak sinis, mahu menyedarkan Adib.
“Yes, kita. You and me.” Sahut Adib, siap tuding pada Nina dan dirinya sendiri.
Nina tersenyum sinis dan buat tak tahu. Kita....? Huh, lucu!
“Nina... you takkan menyesal kalau ikut I. I bet, you akan berterima kasih dengan I.”
Dia sekadar angkat kening, berterima kasih? Entah kenapa hati macam terbeli dengan ayat itu. Mungkin betul kata Adib, dia takkan menyesal kalau ikut Adib. Entah ke mana lelaki itu nak membawanya pergi. Jangan ajak nikah, sudah!
“Better you masuk sekarang, I tak nak lelaki lain tengok you macam ni.”
Tengok macam ni? Macam ni, apa? Lantas dia memandang pada dirinya sendiri. Erk! Kebodohan apakah ini, Nina Andria?!
“I tak tahu apa motif you pakai baju tidur yang seksi macam tu dan tayang kat I. Tapi... suka I nak nasihatkan, jangan buat macam ni lagi sebab tak semua lelaki boleh menahan diri.”
Hah? Mana ada motif dan sengaja nak tayang kat Adib. Adib sengaja nak mengenakannya! Nina mendengus dan terus saja berlari masuk ke dalam bilik. Langsir tebal ditarik sebaik menutup pintu gelangsar. Dia bersandar ke pintu gelangsar sambil memegang baju tidurnya yang agak kurang manis dilihat orang. Entah macam mana dia boleh tak sedar dan selamba saja keluar ke balkoni sebab konon-konon nak menikmati pemandangan ketika matahari terbit.
“What a nice view.”
Dia memejamkan mata, segan sendiri. Ayat Adib itu tadi benar-benar memaksudkan dirinya? Aduhai... malunya! Percuma saja Adib dapat melihat bentuk tubuhnya dalam persalinan gaun satin paras paha dengan bukaan lebar di bahagian dada.
Kau memang bodoh, Nina!
Ya, tau tak apa! Inilah kebodohan yang teragung dilakukannya.
“Nina, bawa sekali beg you, kita check out!”
Nina mendengus geram.
“Macam mana nanti nak mengadap Hot Guy tu?” bisiknya sendiri. Sebal!
Dan apa agaknya yang Adib fikirkan ya? Adakah lelaki itu terkesan dengan pakaiannya ini? Dia mengeluh dan menggelengkan kepala dengan perlahan.
Meskipun Nina Andria tak memiliki tubuh secantik dan seseksi model pakaian dalam Victoria’s Secret, Adib itu tetap seorang lelaki! Tak banyak sikit, tentu bergetar juga naluri lelaki itu walaupun mampu menahan diri.
Nina Andria... kenapa cuai sangat ni?!*****
Ao Tha Lane Bay
ADIB tersenyum bila melihat Nina yang hanya sepi dari tadi dah bertukar reaksi. Nina mula teruja! Entah kenapa Nina hanya mendiamkan diri dan mengelak dari bertentang mata dengannya semasa perjalanan dari hotel untuk ke sini yang memakan masa setengah jam. Sampaikan Nina langsung tak bertanya pun ke manakah destinasi mereka. Buatnya dia bawa Nina ke tempat yang tak sepatutnya, percuma saja Nina jadi mangsanya!
Dia melebarkan senyuman, berbaloi rasanya bawa Nina ke sini. Tengoklah tu, sikit saja lagi Nina macam nak melompat kesukaan. Sebaik diberitahu nak berkayak, Nina dah menepuk tangan dengan gembira.
“Pernah dan tahu berkayak?”
“Pernah dan tahu!” Cepat saja Nina menjawab, mata dah terarah pada pemandangan yang ada di hadapannya. Cantik gila! Tak sabar nak meredah lautan yang luas dengan berkayak.
Adib tersenyum, tak mustahil kalau Nina tahu berkayak. Semalam tengok gaya Nina yang tak takut pada cabaran, berkayak tentu bukan sesuatu yang asing bagi Nina. Sebab itu dia sengaja membawa Nina ke sini.
Mereka berdua menyambut air mineral dan jaket keselamatan yang dihulurkan selepas membuat pendaftaran. Mereka bergerak ke sisir pantai untuk memilih kayak dan paddle. Mereka memilih kayak yang menempatkan untuk dua orang. Pada jam 8.00 pagi begini, dah ramai pengunjung yang mahu berkayak. Memang inilah waktu yang paling tepat untuk memulakan aktiviti berkayak.
“Okay?” Soal Adib sambil memeriksa secara rawak pada Nina, mahu memastikan jaket keselamatan yang Nina gunakan nampak kemas dan sempurna.
“I’m ready!” Sahut Nina sambil angkat paddle, tak sabar nak mulakan kayak.
Mereka mula berkayak hingga ke tengah lautan secara berkumpulan. Adib dan Nina berada di tengah-tengah kumpulan, di hadapan dan belakang mereka ada beberapa orang peserta lain. Rata-rata warga asing yang memang suka benar aktiviti sebegini.
“Heaven!” Jerit Nina, melepaskan perasaan. Seperti burung yang terbang bebas di udara, dia sangat seronok dapat bebas berkayak di tengah-tengah lautan yang membiru.
Adib pula dah tersenyum panjang, memandang saja pada Nina dari belakang. Dia mengambil tempat untuk berada di belakang Nina kerana itu lebih mudah untuknya mengawal kayak. Kalau jadi apa-apa, dapatlah dia menyelamatkan keadaan.
“Saya tak sangka, kat sini sangat cantik! Thank you sebab ajak saya ke mari.” Kata Nina sambil menoleh ke belakang, memandang Adib yang dah berdiam dan tak lagi mendayung sebab mereka berdua mahu kayak ini tak berganjak. Dapatlah mereka menikmati pemandangan ketika ini sebaik memasuki satu laluan ke tepi banjaran. Ya, dia berterima kasih pada Adib!
“Nak berenang?” Tanya Adib sambil beri isyarat yang Nina boleh terjun ke dalam laut kalau mahu.
“Nak!” Sahut Nina sambil menyerahkan paddle pada Adib.
“Jangan buka life jacket!” Pesan Adib dan Nina sekadar mengangguk sebelum masuk ke dalam air.
“Ah... bestnya!” Sorak Nina sambil telentangkan tubuh. Matanya mula memandang ke dada langit yang terbentang luas. Betapa indah awan putih yang kelihatan seperti kapas. Dia sangat gembira dapat menghabiskan masa dengan tenang seperti waktu ini. Ini antara sebab mengapa dia suka sekali pergi bercuti, tak kisahlah secara berkumpulan atau sendiri. Setiap percutian mendatangkan pengalaman dan kenangan yang berbeza-beza. Pengalaman dan kenangan di Krabi adalah yang terbaik baginya. Mungkin sebab.... ‘si dia’, crushnya itu ada sama!
Walla!! Dia belum sempat update apa-apa ke laman sosial kerana jadual percutiannya agak padat. Nanti bila balik dari bercuti, dia akan upload gambar dan paparkan pada semua mengenai percutiannya yang sangat indah ini.
Nina Andria, kau memang bertuah dapat rasa semua ni. Syukur!
“Nina.”
“Hmm?” sahut Nina perlahan sambil memandang pada Adib yang kelihatan tenang. Dia mengambil masa untuk berenang sepuas-puas hatinya memandangkan masa yang diberikan agak panjang. Janji 12.30 tengah hari harus berpatah balik untuk sampai ke jeti!
“Did you know that Emily Van Camp and Josh Bowman are engaged?”
“What?” soalnya, terkejut. Fokus diberikan sepenuhnya pada Adib yang kelihatan bersahaja.
“Revenge... I bet you tengok drama tu. Kan?”
“Ya, saya tengok siri tu.” Balasnya sambil mendekatkan diri pada kayak untuk memudahkan perbualan, tak perlulah bercakap dengan agak kuat lagi. Terus terbayang di ruang matanya, pelakon-pelakon siri itu. Dia memang gila dengan siri itu sebelum ini sebab jalan cerita sangat menarik namun sedikit menyasar bila drama itu dipanjang-panjangkan.
“Wow... saya tak sangka dia orang ada hubungan yang serius. Errr, bila dia orang engaged? Baru-baru ni ke? Entah kenapa saya boleh tak tahu! Agaknya, saya tak ada kat bumi masa tu sebab bercuti kat Marikh!” ujarnya sambil berlucu dan gelak sendiri, mahu menyembunyikan rasa hati yang tak menentu bila Adib hanya memandang tepat padanya dengan pandangan yang bermakna. Entah apa yang Adib fikirkan!
“Tapi dia orang tu macam... tak sepadanlah. Josh Bowman tu cute sangat! Tak padan dengan Emily yang nampak jauh lebih matang.” Komennya lagi, masih berusaha menyembunyikan rasa hati dengan sengaja berbual begitu.
Aduhai... kenapalah si Adib ni tak nak melarikan langsung pandangannya? Boleh pula mata itu merenung tepat ke dalam anak matanya.
“Hmmm... ramai yang komen macam tu.” Akhirnya Adib bersuara, mata masih belum lepas merenung Nina dan bibirnya dah mengukirkan senyuman tanpa sedar.
“Tulah... hmmm. Oh, well... dah jodoh mereka agaknya!” tambah Nina sambil tersengih. Matanya mula menangkap senyuman Adib yang sedikit itu. Apa yang mencuit hati lelaki itu? Jujur, hatinya ikut tercuit sekali. Oh, nanti! Macam mana Adib tahu dia suka dengan drama itu? Ni siapa yang stalk siapa? Dalam diam Adib tahu tentang drama yang ditontonnya? Haish!
“Dan awak tahu tak yang Song Joong Ki dan Song Hye Kyo pun nak kahwin?”
Sengaja Nina menambah, mahu merancakkan perbualan bersama Adib.
“Song... apa?” tanya Adib.
Nina tergelak. Muka Adib tu, confirm tak layan drama Korea!
Adib mengerutkan dahi, langsung tak faham namun seronok tengok Nina waktu ini yang gembira melihatnya kebingungan. Ya, bingung jugalah bila nama Korea dipetik secara tiba-tiba. Entah siapa mereka, dia tak tahu! Mungkin artis terkenal, kut? Yang pasti Korea-Korea, memang bukan minatnya!
“Pelakon Korea, yang popular dengan drama Descendants Of The Sun. Dia orang pun macam Emily Van Camp and Josh Bowman. Dah nak kahwin!”
“Oh...”
Nina tersenyum lebar, lucu mendengarkan bunyi ‘oh’ Adib yang meleret panjang itu.
“Dia orang pun sama, tak berapa sepadan walaupun sama-sama cantik dan cute! Actually, kan...”
Adib mendekatkan diri bila Nina berisyarat untuk berbisik. Gaya nak bergosip!
“Song Joong Ki tu patut kahwin dengan saya. Barulah sepadan!” bisik Nina sambil mengenyitkan mata sebelum tergelak sendiri, kesukaan. Lucu juga bila dapat mengenakan Adib. Tentu Adib fikir ada satu rahsia besar yang nak dikongsikan tadi.
Adib berdeham, mahu menyelesakan diri. Nina dan Song Joong Ki? Entah macam mana rupa mamat tu!
“Nina Andria.”
Akhirnya Adib menyebut nama itu dengan suara yang mendalam dan serius. Seserius renungannya waktu ini pada Nina yang masih tergelak-gelak sendirian itu.
Suka betul hati cik Nina kita ni! Ada hati nak kahwin dengan mamat Korea, ya?
Nina memusatkan pandangan pada Adib bila namanya itu diseru dengan nada yang berlainan bunyi. Serius, hati semakin tak dapat menolak betapa dia sukakan lelaki itu menyebut nama penuhnya dengan mendalam begitu. Suara jantan milik Adib berbunyi agak menggoda di pendengarannya. Parah dah ni!
“Penentu untuk dua orang manusia itu bersama adalah jodoh. Jadi tak mustahil untuk dua orang yang berlainan sifat, penampilan dan minat..... boleh bersatu. You percaya tak kalau I kata, kita ni mungkin berjodoh. Hmm?” Tanya Adib, masih dengan reaksi yang serius.
Nina kehilangan bicara, terkebil-kebil.
“Orang kata, kalau ada jodoh tak ke mana. Tapi bagi I, kalau nakkan sesuatu kena berusaha. So.... jodoh dan usaha tu sangat penting. Betul tak?”
Sungguhlah lelaki ni! Boleh pula bercakap soal itu waktu ini. Tahu tak dia jadi gementar bila Adib sebut-sebut soal jodoh. Apa sebenarnya yang Adib nak sampaikan ni? Serius seriau jadinya! Untuk meredakan perasaan sendiri yang semakin tak menentu bila pandangan Adib jadi semakin tajam, dia buat-buat tergelak. Namun pandangan Adib yang tajam itu jadi semakin mencerun pula, buat hatinya terus kecut. Boleh kelemasan jadinya walau dia berenang dan memakai jaket keselamatan!
“Nina, I’m serious.”
Serius? Tentang apa? Dia jadi tak sedap hati!
“Will you be my girl?” Soal Adib, benar-benar serius.
- Rina Farizq -**Cik Nina kita ni jual mahal!😏
YOU ARE READING
Cinta Jangan Hilang
RomanceTawan sampai dapat, dakap erat-erat! 💕Cinta yang bersimpul rapi takkan hilang❤