“KENAPA aku tak boleh bencikan dia? Aku tak sukalah cara dia tu, yang suka paksa-paksa orang. Aku tak suka kena atur dan diarah-arah, kau tahukan?”
“Tahu.”
“Habis tu, kenapa aku tak boleh bencikan dia? Aku cuba bencikan dia, mulut aku ni... puas cakap, I hate him! Aku benci dia tapi.... dalam diri aku, hati aku..... tak rasa macam tu! What’s wrong with me? Why can’t I hate him?”
“Sebab kau dah lama sukakan dia. Boleh ke kita bencikan orang yang kita suka?” Tipot menjawab perlahan.
Nina mendengus dan menjatuhkan pandangan ke hujung kaki. Sebal bila dia tak boleh lari lagi dari kenyataan.
Kenyataannya, Nina Andria dah lama sukakan Adib!
Nina mengeluh. Tak mampu dia nak menolah yang si Hot Guy itu berjaya mencuri tumpuannya. Si Hot Guy yang punya pesona tersendiri. Si Hot Guy yang mampu mencairkan hati wanita tanpa perlu bersusah payah. Aduhai!!
“Semua yang berlaku ni, terlalu cepat. Aku takut...” luahnya sambil memandang lemah pada Tipot yang tenang melayannya sejak dari tadi.
“Semua ni dah tertulis. Kau kena hadapi dan melaluinya, Nina.”
“Macam mana kalau... aku dan dia, tak bahagia?”
“Jadikannya seperti apa yang kau nak. Nak bahagia, kenalah berusaha sebab aku percaya, kesenangan... kebahagiaan, takkan bergolek macam tu saja.”
Nina mengeluh perlahan dan menarik gelas minuman, straw dimain-mainkan.
“Nina... aku percaya, kau akan bahagia.”
Nina memandang pada Tipot, hati mengharapkan hal yang sama. Namun masih ada keraguan yang terselit di dalam hati. Macam mana kalau.... dia ditakdirkan, tak bahagia? Apa dia patut buat?
“Macam mana kau begitu yakin yang aku akan bahagia?”
“Trust me.... you’re gonna be happy!” Tipot mengulanginya sambil pegang tangan Nina. Jangan ditanya, macam mana dia begitu yakin yang Nina akan bahagia kerana dia sendiri tak tahu nak menjawabnya. Tapi hatinya, sangat yakin Nina akan bahagia bersama Adib.
Dia tak tahu apa tujuan Adib mahukan Nina tapi dia boleh nampak cara Adib memandang Nina. Cara Adib memandang Nina, Adib mahukan Nina dengan bersungguh-sungguh. Seorang lelaki yang tak membuang masa dan mahukan kita menjadi miliknya, adalah lelaki yang bertanggungjawab. Apa lagi yang diharapkan dari seorang lelaki melainkan lelaki itu seorang yang bertanggungjawab? Kalau lelaki itu sekadar mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam tapi tak ada rasa tanggungjawab, tak guna juga! Nina patut bersyukur, dapat lelaki yang punya pakej yang lengkap. Lagipun, si Hot Guy itu kan... pujaan hati Nina. Tak kan Nina tak bahagia dapat lelaki yang dipuja dan idam-idamkan selama ini?
“Hidup kat dunia ni kena realistik, Nina.”
Nina menelan air liur, Tipot ditatap dengan perasaan tak menentu. Adakah dia kelihatan tak realistik? Realistik ke kahwin dengan keadaan mendadak begini?
“Berapa ramai yang berkahwin kerana cinta tapi akhirnya berakhir dengan perpisahan?”
Nina diam.
“Ramai, bukan? Jadi, cinta bukan resepi terbaik untuk bertahan dalam sesebuah hubungan. Bila dah masuk ke dalam hubungan yang lebih serius, cinta saja tak cukup kalau tak disertai dengan rasa tanggungjawab. Nina.... ramai yang boleh berikan cinta, tapi berapa ramai yang mampu bertanggungjawab. Kau rasa, kalau abah kau jenis tak bertanggungjawab... kau sekeluarga boleh hidup bahagia ke?”
Nina melontarkan pandangan ke arah lain, terpukul dengan jawapan itu. Ya, abah contoh yang terbaik. Abah bukan saja mencintai mak dan menyayangi anak-anaknya, abah juga sangat bertanggungjawab. Kalau nak cerita pengorbanan abah dan tanggungjawab yang telah dijalankannya, sampai ke sudah tak habis. Tapi dia boleh kata, abah memang seorang lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang. Tentu mak sangat bahagia memiliki abah! Dan dia... adakah dia akan bahagia sama macam mak?
“Nina... kebahagiaan itu boleh dicipta dan kita boleh berusaha kalau mahukannya. Aku percaya dan sangat percaya, lelaki yang baik didatangkan kepada perempuan yang baik-baik. Tapi kalau dia bukan lelaki yang baik, mungkin Allah nak uji tahap kesabaran kau.”
Lelaki yang baik didatangkan kepada perempuan yang baik-baik? Nina semakin terpukul, hati dah mula bersoal jawab. Sudah cukup baikkah dirinya?*****
NINA tak jadi pulang selepas berjumpa dengan Tipot dan kereta yang dipandu waktu ini terus saja melencong sebaik menerima panggilan dari Adib. Betapa Adib itu jenis yang merosakkan pendiriannya. Baru telefon terus saja dia menurut tanpa banyak soal! Aduhai, Nina...
“Entah apa yang dia nak!” Gumamnya sendiri.
Adib berjaya buat dia ingin tahu, apa yang lelaki itu perlukan darinya sampaikan harus ke kediaman yang agak mewah ini. Kediaman semi-D di kawasan ini sangat cantik dan buat dia terleka memerhatikan reka bentuk yang moden. Dari jauh dia nampak kereta Audi TT terparkir di luar sebuah kediaman yang berada di hujung jalan. Dia terus memandu sehingga tiba di kediaman itu. Dia menurunkan cermin kereta dan menjengah sedikit untuk memastikan yang Adib ada di situ. Bila kelibat Adib kelihatan di halaman kediaman, barulah dia memakir kereta.
“Hello, Sugar!” sapa Adib sambil bersandar di tepi pagar.
Nina mengulum senyum bila Adib menyambutnya begitu dengan wajah yang ceria. Langkah diatur perlahan sambil memerhatikan sekitar halaman kediaman. Nampaknya kediaman ini seperti sedang dalam proses ubahsuai.
“Awak nak apa sebenarnya ni?”
Adib senyum dan mengajak Nina untuk ke tepi halaman kediaman. Nina menurut dengan keliru namun, rasa teruja melihat kediaman yang cantik ini.
“You rasa, patut ke tidak benda ni ada kat sini?”
Nina mengerutkan dahi, tak mengerti. Gazebo yang telah siap dibina itu ditatap dengan rasa tak menentu. Motif soalan itu?
“Actually I tak berapa suka... you, suka?”
“Me?” soalnya, terkejut. Makin tak mengerti! Kenapa tanyakan padanya?
“Yes, you. You suka ke tak dengan benda ni? I rasa macam nak robohkan benda ni. Apa pendapat you, cik Nina?”
Nina menatap semula gazebo yang dah tersergam indah di hadapannya itu. Terus-terang, dia suka! Dan kalau ikut pendapatnya, gazebo ini tak patut dirobohkan sebab ianya kelihatan dah cukup sempurna. Saiznya sederhana, tak terlalu besar sehingga mengganggu pandangan mata malah ianya terletak agak jauh dari kediaman. Tak mencacatkan kediaman yang sedia cantik ini.
“Saya... saya rasa okay aje.”
Jujur, Nina tak tahu nak berikan jawapan. Padanya, memang ‘okay’ aje!
“Okay... aje? Apa maknanya tu? Betul-betul okay atau so-so? Hmmm?” tanya Adib, mahukan kepastian. Nina yang nampak teragak-agak untuk menjawab ditatap saja dengan serius.
“Errr... okaylah, cantik.”
Adib angkat kening.
“Serius. Cantik sangat! Sayanglah kalau robohkan.”
“Sayang? I tak nak dengar jawapan macam tu. I nak dengar jawapan yang betul-betul.”
Nina menarik nafas dalam-dalam. Adib buat dia keliru saja! Tanya dengan muka serius macam, dah kenapa?
“Dah cukup cantik, kenapa nak robohkan? Kalau tak suka, awal-awal lagi patut buat decision. Mana boleh awak bersetuju dengan idea ni lepas tu bila tak suka, nak robohkannya pula?” kata Nina sambil mengeluh perlahan. Sempat matanya mengerling ke arah gazebo. Gazebo secantik itu nak dirobohkan? Membazirnya!
“By the way, kita kat rumah siapa ni?” tanyanya tanpa mempedulikan Adib yang dah mula tersenyum. Serius tak faham dengan Adib!
Adib tak jawab soalan itu tapi dah mula puas hati mendengar pendapat Nina tentang gazebo yang telah siap didirikan ini. Dia melabuhkan punggung di gazebo sambil memandang pada Nina yang masih nampak keliru. Nina masih lagi memerhatikan ke sekeliling laman sebelum memandangnya semula.
Untuk seketika, mereka sama-sama kaku dan asyik merenung. Renungan waktu ini bagai mencari jawapan yang terselindung di balik anak mata masing-masing. Namun Nina lebih dulu kalah dalam renungan itu. Nina tak berupaya terus menentang anak mata Adib.
“I nak sewakan rumah ni,” beritahu Adib sambil tersenyum sendiri.
“Oh,” sahut Nina perlahan sambil buat-buat memerhatikan ruang laman.
“Tapi sebelum sewakan, kenalah bikin sikit barulah boleh naikkan harga sewa.”
Nina mengangguk perlahan, mengerti. Tapi terselit rasa cemburu. Bertuah Adib ada rumah yang cantik. Mewah pula tu! Agak-agak, bolehkah seorang juruaudit memiliki kediaman dan berkereta yang agak mewah begini? Kalau bukan datang dari keluarga yang berada, dia yakin yang lelaki itu tak mampu nak memilikinya.
“Awak ada berapa banyak rumah? Selain service apartment dan rumah ni, awak ada rumah yang lain lagi ke?” tanyanya, tiba-tiba mahu tahu tentang aset yang Adib miliki.
Adib senyum, melirik tenang pada Nina yang dah bergerak untuk duduk tak jauh darinya.
“Rumah ni ayah punya, dia minta uruskan. I ni... tak mampu nak beli rumah yang mahal-mahal macam ni. I cuma ada service apartment yang masih menjadi hak milik bank. Tu pun, loan belum habis bayar! Nasib baik kereta tu, ibu yang hadiahkan. Sekarang ni harta yang I ada cuma service apartment, kereta yang ibu hadiahkan tu dan... you.”
Nina menelan air liur, hujung ayat itu berjaya buat hati rasa semacam.
“So, apa pendapat you?”
“Pendapat? Tentang apa?” Soalnya malu-malu, nak pandang Adib pun tak mampu. Masih terkesan dengan ‘harta’ yang Adib ada. Tak sangka, dia termasuk sekali dalam ‘harta’ Adib!
“Tentang gazebo ni, sesuai tak dengan persekitarannya? Landskap, you suka ke tak? Kalau tak suka, I nak ubah.”
“Saya suka... errr, maksud saya tentu penyewa akan suka juga. Gazebo ni cantik. Landskap pun cantik. Rumah, cantik juga. Semuanya, cantik. Perfect!”
“Perfect!” sahut Adib sambil bingkas dari duduk. Dia menyeluk kocek jeans dan mengeluarkan telefon bimbit tanpa mempedulikan Nina yang nampak terpinga-pinga. Dia membuat panggilan sambil mendekati Nina. Dia bercakap seketika sebelum telefonnya itu dihulurkan pada Nina.
“Beritahu Aqil tentang gazebo ni dan kalau ada apa-apa you nak tambah atau ubah, just let him know. I nak masuk ke dalam kejap, you... duduk sini. Tunggu sampai I datang semula.”
Nina tercengang namun disambut juga telefon itu. Bingung! Kenapa pula dia yang nak kena cakap ni?
“Ingat, jangan masuk tau. Karang kita kena tangkap pula. Dalam rumah ni tak ada orang lain. Unless... you memang nak kahwin free dengan I!” Adib sempat mengenyitkan mata, mengusik.
Nina mencebik, belum gila nak menerjah masuk ke dalam kediaman itu. Matanya tak lepas dari memandang Adib yang masuk ke dalam kediaman.
“Hello.”
“Cik Nina, kan?”
“Ya, saya.”
“So, macam mana? Cik Nina suka dengan gazebo?”
“Errr... suka.”
“Alhamdullilah. Saya risau kalau Cik Nina tak suka. Macam mana dengan landskap pula? Ada sebarang komen atau idea lain? Cik Nina nak ubah atau tambah apa-apa?”
“Err... saya, saya tak tahu. Saya tak... hmmm, I mean... okay. Landskap cantik. Saya suka. Saya tak ada sebarang komen.”
“Betul ke Cik Nina suka ni? Sebab saya diberitahu, Cik Nina ni begitu mementingkan ruang laman. Jadi saya agak cuak kalau idea gazebo dan landskap tu tak menepati kehendak dan disukai.”
“Eh, saya... saya suka. Jangan risau. Semuanya cantik.”
Ah, keliru jadinya! Siapa pula yang beritahu, dia begitu mementingkan ruang laman? Adib ke? Pandai-pandai saja! Tapi memang dia mementingkan ruang laman sesebuah kediaman pun. Dia sukakan ruang kediaman yang mempunyai ruang laman yang bersih dan cantik. Memang jangan harap ada ruang kosong di ruang laman. Memang dia bakal hiasi dengan pokok-pokok yang menghijau.
“Maaf, dengan siapa saya bercakap ni ya?”
“Oh, maafkan saya. Saya lupa nak memperkenalkan diri. Saya Muhammad Aqil, jururunding dan pereka landskap. Macam ni Cik Nina, kalau ada apa-apa yang cik Nina perlukan, just call me. Kita boleh bincang dan inshaAllah, keutamaan pelanggan akan jadi milik Cik Nina.”
“Terima kasih, Encik Aqil. Buat masa ni saya tak perlukan apa-apa.”
“Saya harap Cik Nina berpuas hati dengan khidmat saya setakat ini.”
Nina menarik nafas dalam-dalam selepas bercakap dengan pereka landskap itu. Entah apa motif Adib buat begini. Buat dia rasa macam pemilik kediaman ini saja! Aduhai... kediaman yang cantik ini nak disewakan?
Dia kembali memandang ke serata laman dan kediaman. Dia berharap penyewa yang mendiami kediaman mewah ini seorang yang bertanggungjawab. Boleh jaga kediaman yang cantik ini dengan baik. Sayang kalau kediaman yang cantik ini jatuh ke tangan orang yang malas dan tak bertanggungjawab.
Nina mengulum senyum saat terpandangkan Adib yang baru saja bergerak keluar dari kediaman sambil menatang minuman. Pandai pula lelaki itu melayan tetamu! Oh... dia tak boleh bencikan Adib. Dia tetap sukakan lelaki itu walaupun hati rasa ragu untuk menerima semua ini.*****
“OKAY ke dinner tepi jalan macam ni?”
“Kenapa, tak okay ke dinner tepi jalan macam ni?” Nina pulangkan soalan itu sambil angkat kening.
“Mana tahu... you harap I bawa you ke tempat biasa, yang ada aircond dan tertutup.” Duga Adib sambil merenung pada Nina.
“Romantik apa makan kat sini. Bawah payung..... duduk atas kerusi plastik, err... di tepi jalan..... hmm,” sempat Nina mengerling pada sekeliling sebelum menyambung kata.
“Dan ditemani lampu tiang letrik dan cahaya bulan.”
Adib tersenyum, balasan dari Nina itu mengusik hati. Romantik? Nina sengaja nak bergurau agaknya. Kalau makan di tepi jalan ini Nina anggap romantik, tentu Nina seorang perempuan yang mudah untuk dipuaskan hatinya. Namun hati mula tak senang bila orang yang duduk makan di sini suka benar memandang pelik padanya dan Nina. Macamlah dia dan Nina, alien yang tersesat mendarat ke bumi!
“Tapi... kenapa I tengok you macam tak selesa. Macam was-was saja?” Duganya sambil menompang dagu dengan tangan kanan, mahu merenung Nina dengan lebih selesa.
Nina sengih, Adib mudah saja mengenal pasti reaksinya. Nampaknya dia tiada pilihan, harus berterus-terang! Dia mendekatkan badan ke meja dan sempat berdeham sebelum bersuara dengan perlahan.
“Actually... saya agak was-was nak makan kat sini sebab.... err...”
Adib angkat kening.
“Don’t get me wrong! Saya bukan tak biasa makan kat gerai atau warung... tapi tempat ni, betul-betul tepi jalan. Kereta, motor, tak putus-putus lalu kat sini....”
“So?”
“So... mungkin makanan dah tak selamat untuk dimakan. Yalah... terkena habuk dan asap kenderaan, kan?”
Adib sekadar mengangguk, mengerti. Tak dapat dinafikan kebenaran itu biarpun peniaga nasi bajet dan ayam goreng berempah di sini menjaga kualiti dan kebersihan. Dapat dilihat makanan dijaga dengan rapi, tak dibiarkan terdedah begitu saja. Tapi semasa makan, boleh saja habuk dan asap kenderaan terkena pada makanan.
“Kita cuba dulu makan dan tengok.... siapa salah seorang dari kita yang tersadai kat toilet nanti!” Usiknya sambil tersenyum panjang.
“Erk!” Nina kehilangan bicara, tatap saja Adib dan makanan yang dah tersaji depan mata.
“Harap-harap kita berdua selamat. Jemput makan,” sambung Adib dengan mempersilakan Nina untuk makan. Ditahan saja rasa lucu yang mencuit hati.
Nina, comel! Lagi-lagi bila pamer muka terkejut dan takut untuk menjamah makanan waktu ini.
Nina, I boleh bet lepas you rasa makanan tu! You takkan kisah pada habuk dan asap kenderaan.- Rina Farizq -
**siapa belum dapatkan novel ini sila ke kedai yang berhampiran atau beli secara online di Suara Hati Publication😉😘
YOU ARE READING
Cinta Jangan Hilang
RomantizmTawan sampai dapat, dakap erat-erat! 💕Cinta yang bersimpul rapi takkan hilang❤