Cinta Jangan Hilang - Bab 3

667 16 7
                                    


NINA mengeluh dan buat muka bosan.
“Kenapa mengeluh dari tadi? Dah terbayang muka mamat selenga yang nak audit kejap lagi, eh?” Duga Hani.
“Tau tak apa!” Sahut Nina geram.
Setiap tahun, bila tiba waktu begini memang dia jadi sangat tak berdaya. Nak cuti, bos tak kasi. Karang, siapa nak uruskan audit? Sah-sah yang nak kena audit tu bahagiannya. Mana dia boleh lari? Tapi serius.... macam nak lari saja sebab juruaudit yang datang setiap tahun tu, mamat selenga yang cerewet nak mati! Dah suruh bos tukar firma audit yang lain, bos tak mahu. Siap bos kata, kalau bukan kita yang tolong bangsa sendiri, siapa lagi yang nak tolong? Sudahnya, firma juruaudit yang ada di hujung aras ni juga yang menjadi juruaudit rasmi mereka. Serius penat! Tak boleh ke sesekali tu hantar juruaudit yang muda dan kacak? Yang bergaya dan menyenangkan? Dia tengok, ramai saja yang kacak-kacak di firma juruaudit itu. Termasuk si Hot Guy!
“Selamat pagi.”
Nina dan Hani yang sedang menyediakan fail untuk diaudit menoleh.
“What the...” bibir Nina tak dapat nak meneruskan kata. Terkejut dibuatnya! Dia rasa nak rebah bila orang yang berdiri di hadapannya itu siap pegang laptop sambil tersenyum manis. Adakah dia bermimipi? Atau salah pandang? Tapi dia yakin orang itu adalah si Hot Guy! Baru saja sebut dalam hati, Hot Guy dah muncul depan mata. Apakah ini?!
“Omo.... omo..” Desis Hani tak semena-mena, boleh terkeluar cara orang Korea pula! Walau sangat terkejut, rasa senang tak dapat ditahan. Bibir terus mengorak senyum dengan lebar. Hot Guy!
Nina pula dah tak boleh berkalih, mata statik merenungi lelaki yang segak mengenakan kemeja fit warna putih itu. Terserlah tubuh yang kekar dan dada yang bidang. Tali leher kelabu yang berikat kemas itu sangat padan dengan si pemakai. Gaya dah macam Christian Grey pula! Tapi... si Hot Guy ini lebih memikat dari Christian Grey! Terus air iur ditelan, perit! Aduhai.....
“Err, encik ke yang nak buat audit ni?” Tanya Hani sambil tersengih-sengih, tiba-tiba bersemangat nak sama-sama menyibuk dan membantu Nina untuk diaudit. Padahal tadi Nina cuma minta tolong angkatkan fail ke sini saja.
“Hmm.” Jawab Adib pendek, tak endahkan sangat pada perempuan yang bertanya itu. Matanya terus merenungi Nina yang nampak pegun itu. Dia mengulum senyum, seronok tengok perempuan itu hari ini.
Hani senyum sambil angkat kening beberapa kali pada Nina, gembira. Mamat selenga tak ada tahun ni! Tapi bila tayang muka Nina macam orang tercekik tulang ikan, terus dia menggerakkan bibir tanpa suara.
Chill? Nina mengerutkan dahi. Lupa ke Hani apa yang dah berlaku padanya semalam?
‘AdibAR’ itu dah jadi rakan Facebook Kiss Nina Andria.
‘AdibAR’ dah tahu tentang kegiatan Kiss Nina Andria!
Jadi, macam mana dia nak ‘chill’ sekarang ni? Tak mampu dia nak bendung perasaan yang semakin tak menentu ni. Lebih malang lagi, hari ini dia bakal terpacak seharian depan si juruaudit itu. Kalaulah lelaki itu tak tahu tentang ‘Kiss Nina Andria’, memang dia sukakan sangat waktu-waktu sebegini.
Nina mengeluh perlahan. Terpaksa berserah! Dia tak mampu buat apa-apa sekarang. Dia tak boleh undurkan masa dan ubah apa yang dia telah lakukan. Lebih parah... sejak ‘AdibAR’ dah jadi rakan ‘Kiss Nina Andria’, ramai rakannya FB yang Private Message di Facebooknya. Dia tak membalas pertanyaan mereka. Dia malas nak jelaskan pada semua orang apa dah jadi padanya sampaikan si Hot Guy itu boleh nak berkawan dengannya di Facebook.
“Boleh I tengok fail tahun lepas?” Adib mulakan bicara sebaik meletakkan laptop di atas meja yang panjang dan luas.
“Boleh!” Sahut Hani, bersemangat.
Adib menghela nafas panjang. Matanya dah memerhatikan meja yang dah dipenuhi dengan bermacam-macam fail, seolah-olah dah bersedia untuk disemak.
“Biar saya tolong,” ujar Hani. Dia jadi begitu rajin mencapaikan fail kewangan tahun lepas untuk diserahkan pada si Hot Guy.
Adib mengerling pada Nina, perempuan itu masih berdiri kaku tak jauh darinya. Muka tu kelat habis, macam orang sedang berjuang bila sembelit!
“Siapa yang responsible untuk audit hari ini?” tanya Adib walau dah tahu jawapannya. Dia dah tengok rekod audit yang lepas, nama Nina Andria tertera pada rekod audit yang Mansur jalankan. Dan dia jadi begitu seronok bila dapat gantikan Mansur kali ini.
Sebenarnya, dia yang paksa Mansur audit tempat lain bukan di sini. Hari ini dia bakal bersama dengan si stalker sepanjang hari. Tapi lepas ni, dia akan pastikan.... perempuan itu akan bersamanya sepanjang hayat. Harga yang Nina kena bayar kerana jadi stalker, si pencuri gambar dan paparkannya ke media sosial!
“Hey, morning!”
Semua mata memandang ke muka pintu bilik mesyuarat. Anuar berdiri di situ sambil tersenyum segak. Lelaki yang berusia 50an itu memang ceria sepanjang masa. Tapi bila marah, bangunan pejabat boleh bergegar!
“Adib... please be nice to my girl.” Ujar Anuar sambil tergelak perlahan.
“I will.....” balas Adib sambil meleretkan senyuman. Your girl? Dia mula mengerling pada Nina. Your girl will be mine, soon!
“Hani, awak buat apa kat sini? Jangan sibuk-sibuk kacau orang nak audit. Keluar,” arah Anuar.
Hani tersengih dan segera menurut, siap naikkan kening pada Nina untuk mengusik.
Nina menjulingkan mata ke atas, tak kuasa! Dia dapat rasa, audit kali ini lebih mencabar. Aduhai.... diaudit dengan Hot Guy?
“So..... are you ready?” Soal Adib sebaik Anuar menutup pintu dan meninggalkan mereka berdua di dalam bilik mesyuarat ini.
“Semua fail dah ada dekat sini, encik dah boleh mulakan.” Balas Nina, cuba beriak selamba biarpun perasaan halus yang terselit dalam hati tak dapat disembunyikan. Gementar tapi senang melihat lelaki yang tampan dan hot itu. Dia mula rasa, dialah manusia paling bertuah di atas muka bumi ini bila kena audit! Kena audit dengan lelaki handsome dan memikat!
“Bukan itu maksud I.”
Dia angkat kening, tak mengerti. Lelaki di hadapannya itu ditatap dengan dada yang berdetak-detak. Panahan mata itu..... auchh! Terkena tepat ke hatinya. Aduhai.... mudah sungguh dia berperasaan! Dia berdeham, mula fokus. Tak mahu lagi fikir yang bukan-bukan tapi bila terpandangkan senyuman Adib yang sedikit itu, hati kembali tak menentu jadinya. Senyuman Adib yang sedikit itu dianggap lokek namun mampu buat dirinya parah. Oh... belum pernah dia berkeadaan sebegini. Jadi tak menentu namun senang berhadapan dengan lelaki itu.
“Be my girl.” Pinta Adib, kali ini lebih lembut. Sangat mengharap! Biarlah dia nampak seperti terdesak asalkan Nina bersetuju.
“What?”
Nafas dihela perlahan sambil mata Adib tak lepas dari menatap wajah keliru Nina.
“Be my girl, Nina.”
“What the... huh!” Nina tak dapat meneruskan kata, pantas saja buang pandangan ke arah lain. Bengang bila tiba-tiba saja lelaki itu sebut tentang isu itu. Tengah nak audit, kut? Waktu bekerja ni! Gila! Tak habis-habis lagi ke pasal tu?
Nampak sangat ada muslihat yang sangat jahat di sebalik permintaan itu. Bila dia tanyakan pada Adib semalam tentang tujuan sebenar lelaki itu mengenai ‘be my girl’ itu, boleh pula lelaki itu kunci mulut. Jadi sekarang, dia yang nak kunci mulut pula!
Adib mengulum senyum, seronok melihat Nina dalam kebengangan begitu. Namun dia tak mahu terus-menerus menekan Nina. Dia sedar, dia tak patut timbulkan isu itu pada waktu ini.
“It’s okay, you ada masa untuk fikir sampai petang. Habis audit, I nak dengar jawapan dari you. Dan jawapan yang I nak dengar, mesti positif. Kalau tak.....”
“Kalau tak, apa? Nak ubah keputusan audit?” Potong Nina dengan pantas.
Adib mengerutkan dahi.
“Nak buat laporan audit yang palsu? Yang kononnya.... butir laporan kewangan mencurigakan dan tak betul sedangkan laporan kewangan yang ada depan mata ni semua dah cukup lengkap. Macam tu?” Tambah Nina, geram bila membayangkan lelaki itu mahu menyalahkangunakan kuasa. Tentu lelaki itu dah rancang nak menggagalkan audit kali ini, kalau tak... tak kan lelaki itu boleh ada di sini pula. Sengaja nak jadikan audit ini sebagai alasan untuk memerangkapnya! Kalau macam nilah, dia lagi sanggup mengadap ‘Mamat Selenga’ yang sangat cerewet nak mati itu. Mansur mana, Mansur? Mansur, tolong gantikan mamat yang dah gila ni!
Adib menggeleng perlahan, bersandar pada kerusi yang didudukinya itu tanpa melepaskan pandangan terhadap Nina. Nina ditatap dengan sabar walau adrenalinnya dah meningkat pantas.
“Cik Nina, sila faham tugas seorang juruaudit.” Sempat dia menarik nafas panjang sebelum bersuara lagi dengan tenang.
“Kami adalah golongan yang profesional, sama profesional macam doktor atau seorang peguam bila menjalankan tugas mereka. Kami buat kerja-kerja yang berkaitan dengan pengauditan saja. Hal-hal lain yang tak berkaitan dengan tugas kami, kami tak masukkan dalam skop pengauditan kami, termasuk laporan audit. Tak ada sebab kami nak buat laporan yang bercanggah dengan keputusan audit jika butiran kewangan adalah tepat dan sahih. Iaitu ianya benar-benar wujud, tidak samar-samar atau diselewengkan. Laporan palsu.....” dia siap menggeleng lemah, tanda kecewa dengan tuduhan Nina sebelum menyambung kata.
“You sedar tak, you baru saja buat satu tuduhan yang tidak betul terhadap I? I rasa macam integriti I sengaja direndah-rendahkan. You rasa, lawyer kat sini boleh ambil kes I tak? Dakwa you? Atau setidaknya.... I buat aduan pada Tuan Anuar tentang pekerjanya yang menuduh tanpa bukti. Hmm?”
Nina mengetap bibir, geram.
“Did I mentioned, I nak buat laporan audit yang tidak tepat dan palsu kalau you tak berikan jawapan positif macam yang I nak? Ada? Tak ada, kan?” 
Ah, lelaki itu licik! Pandai putar belit! Bunyi ayat lelaki itu tadi, kan... nak mengancamnya. Apa maksud lelaki itu bila kata, ‘jawapan yang I nak dengar, mesti positif. Kalau tak.....’? Huh!
“Tak bolehlah main serkap jarang dan tuduh tanpa bukti, Cik Nina.”
Dia palingkan wajah, tak mahu tengok lelaki itu bila suara yang garau itu semakin lembut di pendengarannya.
“You pun tahu, Cik Nina. Tuduhan tanpa bukti adalah salah, lagi-lagi bila kita merendahkan integriti seseorang. I boleh saman you tau. Sah-sah you akan kalah!”
Terus dia pandang Adib semula. Tak habis-habis dengan saman! Lelaki itu tak payah upah peguam. Lelaki itu patut tukar profesion, jadi peguam! Tak sangka, juruaudit zaman sekarang sangat pandai bercakap macam seorang peguam juga.
“Lain kali... dengar dulu apa yang I nak cakap sampai habis, Cik Nina.”
Dia ketap bibir rapat-rapat, pandangan masih terhala pada lelaki yang nampak tenang itu.
“Dan jangan suka potong cakap orang dan berandaian yang bukan-bukan, tak baik.”
Dia menahan sabar, lelaki itu berleter macam mak nenek!
“Sekarang, dengar baik-baik apa yang I nak katakan tadi. Jawapan yang I nak dengar.... mesti positif. Kalau tak.... I tetap akan teruskannya tanpa persetujuan you, Nina.”
Apa maksudnya tu? Dia tak faham! Haih, bunyi macam nak kena kahwin paksa pula. Sungguhlah lelaki ini!
Adib tersenyum, faham Nina dah mula pening. Dia menarik nafas dan menegakkan tubuh, tangan terus membuka fail kewangan tanpa endahkan Nina lagi.
“By the way, I tak perlu lambakan fail macam sekarang ni. Satu fail ni saja dah cukup untuk tentukan laporan kewangan you ni betul atau tidak.” Katanya tanpa mempedulikan Nina. Bukan dia tak tahu yang Nina masih memandangnya dengan keliru. Untuk itu, kita redakan sikit kekeliruan cik Nina kita ni.
“Ah... you ada mentioned dalam status FB you baru-baru ni. Hmm... guys look 200% hotter when...” Adib tak segera menyudahkan ayat kerana mula sibuk membuka butang lengan kemeja.
“They roll up their sleeves, is it?”
Nina kelihatan tergamam, mata bulat memerhatikan Adib yang mula melipat lengan kemejanya hingga ke siku. Gosh! Lelaki itu baca satu-persatu statusnya ke? Dan bila terpandangkan senyuman yang semakin meleret itu, panas wajahnya saat ini. Ingin sekali dia membuang pandangan ke arah lain namun mata tak mahu bekerjasama. Matanya hanya terarah pada perlakuan lelaki itu saat ini. Yes! Guys look 200% hotter when they roll up their sleeves!
Adib makin sengaja melipat lengan kemeja dengan lambat dan cermat, mahu Nina ambil masa merenungnya tanpa berkalih. Dia suka tengok Nina pegun memerhatikannya.
“You boleh simpan balik fail yang lain. Bila I perlukan yang lain nanti, I bagitau. Lagipun I tak suka bila bekerja, meja yang penuh dengan fail. Semak!” Ujarnya sambil menahan bibir dari tersenyum tapi Nina tak bereaksi, maka diseru nama Nina dengan sedikit keras.
“Cik Nina!”
“Hah?” Nina terkejut bila namanya diseru dengan kuat.
“I tak suka meja yang penuh dengan fail dan semak macam ni. Tolong kemas!”
Nina menarik nafas panjang. Amboi, mengarah!
“Start working!” Tambah Adib dan menyembunyikan rasa lucu bila Nina kelihatan tak dapat melawannya. Kerja di firma guaman belum tentu membolehkan Nina menang bila berhadapan dengannya. Dia akan gunakan sebarang cara untuk patahkan bicara dan tingkah Nina. Dia mula memfokuskan pandangan pada fail yang dipegangnya.
“Bossy!” Rungut Nina sambil mengemas fail yang ada di atas meja mesyuarat.
“I heard that.”
Memang sengaja nak bagi dengar! Dia menjelirkan lidah, mengejek geram pada Adib yang tunduk memeriksa fail kewangan tahun lepas.

*****


ADIB berhenti memeriksa butir laporan kewangan. Jika tadi dia mendengar sentuhan jari Nina yang menari di atas keyboard laptop tapi sekarang, sunyi benar. Satu bunyi pun tak ada! Lantas dia memandang pada Nina yang kekal berdiam di hadapannya itu. Kelihatannya Nina sedang tertunduk dan tersenyum-senyum sendiri. Dia jadi tertanya-tanya, apa yang Nina sedang buat sekarang? Dia menghela nafas panjang sebelum dengan sengaja menjatuhkan pen dan buat-buat mengutipnya pula. Sah! Nina sedang melayan telefon bimbit di bawah meja. Dia menggeleng perlahan, geram. Sempat lagi Nina curi tulang semasa waktu bertugas!
“You tengah update status FB ke, yang Hot Guy duduk depan you sepanjang hari?” Soalnya yang memandang tegak pada Nina.
Nina terkejut, pantas saja mendongak dan memandang Adib dengan kaget.
“Jangan lupa beritahu sekali yang I ni, lebih handsome berbanding dalam gambar!”
Nina terus mencebik.
“Oh, ya.” Adib mula menongkat dagu dan memandang tepat pada Nina. Terkebil-kebil mata yang membulat itu menentang pandangannya. Tak dinafikan, mata itu cantik!
“I belum kahwin. See, tak ada cincin.” Beritahunya lagi sambil tayang jari.
Nina mendengus kasar, sebal!
“I juga bukan bapa tunggal macam yang you dan kawan-kawan you kata dalam FB. Let me explain.” Sempat Adib membetulkan cara duduk dan memberi penjelasan pada Nina tanpa dipinta.
“Hari yang you terdengar I bercakap kat telefon masa dalam lif, hantar anak ke sekolah semua tu... sebenarnya masa tu I baru lepas hantarkan anak saudara I ke sekolah. My sister yang called, tak senang hati selagi tak tahu anaknya dah selamat tiba ke sekolah atau tidak.”
Nina yakin mukanya dah bertukar warna. Bengang gila, kut! Nampaknya, lelaki itu baca satu-persatu komen-komen orang dan boleh pula sekarang ni berikan jawapan untuk semua pertanyaan rakan-rakannya di ruangan komen Facebook. Menyesal sungguh ceritakan kisah itu dalam FB! Dengan mudah dia termalu begini.
Beberapa minggu lepas, dia terdengar perbualan lelaki itu semasa menjawab panggilan semasa di dalam lif. Lelaki itu ada sebut tentang ‘dah hantar anak ke sekolah’. Apa lagi, otak ni terus fikir lelaki itu mungkin dah kahwin! Rasa kecewa jugalah tapi tak mudahlah dia nak mengalah, terus saja dia jalankan kerja merisik. Bila dia risik-risik melalui staf yang sepejabat dengan lelaki itu, lelaki itu masih bujang! Lega.... tak adalah dia terstalk atau terminat laki orang!
“Dan I ni... biasa-biasa saja Cik Nina. Bukan orang ‘have-have’ macam yang you komen tu.”
Dia mencebik, sukar nak percaya dengan lelaki itu. Kalau dah pakai Audi TT... bukan orang ‘have-have’ ke? Duduk pula di service apartment yang agak mewah. Haruslah bukan orang biasa-biasa saja!
“I tak sangka... perempuan zaman sekarang hebat-hebat. Tengok gambar lelaki dari sisi, dengan muka yang diblurkan atau belakang badan saja dah boleh mengenyangkan. Patutlah body you cantik, tak makan nasi tapi makan gambar rupanya!”
Aduhai..... mana nak disorok muka ni! Selamba sungguh si Adib tu memerlinya. Nak terkeluar tahi telinga ni, oiii! Boleh pula lelaki itu ulang komen orang dalam FB miliknya.
“You...”
“Saya nak ke tandas!” Cepat saja dia mengelak, tak nak dengar lelaki itu bercakap lagi. Tak sanggup! Kulit muka dah cukup tebal. Dia bergerak dengan pantas untuk keluar dari bilik mesyuarat. Sebaik pintu bilik mesyuarat ditutup kembali setelah keluar, dia melompat setempat dengan geram. Melepaskan perasaan! Lelaki itu sangat bijak memalukannya. Menyampahnya!
Adib pandang saja pada pintu bilik mesyuarat dengan senyuman. Mungkin Nina dah lupa, pintu bilik mesyuarat itu pintu kaca yang hanya ditampal dengan sticker yang agak kelabu. Dia masih boleh nampak bayang-bayang orang walau agak samar. Dia dapat melihat yang Nina melompat-lompat di luar sana!
“Damn cute,” bisiknya sendiri sambil meleretkan senyuman.

- Rina Farizq -

Cinta Jangan HilangWhere stories live. Discover now