Cinta Jangan Hilang - Bab 7

587 14 3
                                        

JOHOR BAHRU.

ADIB merenung saja pada Nina yang sejak dari tadi tunduk dan makan tanpa memandangnya. Nina nampak bersungguh-sunggguh nak makan tanpa mahu bercakap. Nina kata, tak baik makan sambil bercakap. Alahai, Nina......
Dia mengulum senyum dan terus saja memerhatikan Nina. Nina sangat bijak mengelak untuk bercakap tentang isu ‘be my girl’ dengannya. Isu itu seakan tertinggal di Krabi! Nina biarkan sepi isu itu sampai ke hari ini.
Setelah seminggu pulang dari Krabi, baru hari ini dia dapat mengajak Nina untuk makan malam bersama dek dihambat kekangan masa sebaik pulang bercuti. Macam-macam yang perlu dilakukannya memandangkan dia pergi bercuti secara mengejut. Apakah Nina fikir pertemuan mereka di Krabi itu satu kebetulan? Harusnya, tidak!
Dia nekad mahu ke Krabi setelah mendengarkan perbualan Nina tempohari di pantry. Tertanya-tanya jadinya, dengan siapa Nina bercakap di talian. Siap berabang-abang! Setahunya Nina tak berpunya. Nafis kata, Nina is single and available. Lagi curiga dibuatnya bila Nina melarikan diri ketika mahu meneruskan panggilan yang diterimanya itu. Terus dia ikut Nina tanpa Nina menyedarinya sebab Nina kelihatan ‘angin’ waktu itu.
Nina nak ke Krabi? Sendiri? Otaknya terus kata, Nina tak kan ke sana sendirian! Entah kenapa dia rasa tak senang hati nak membiarkan Nina ke Krabi sendirian. Dia harus pergi juga, lagipun itulah peluangnya untuk mendekati Nina. Dia jadi sangat berminat mahu mengenali Nina dengan lebih mendalam, Nina ada tarikan yang tersendiri. Dan bila secara tiba-tiba terpandangkan Nina yang sedang tersenyum sendiri waktu ini, hatinya jadi tertanya-tanya. Apa yang mencuit hati Nina saat ini? Apa yang terlintas di fikiran Nina? Sesuatu yang lucu?
Nina tersenyum, kenangan di Krabi sangat manis buatnya. Nak-nak semasa hari terakhir di sana. Lantas ingatannya berlayar semula ke hari terakhir di Krabi.
“I think.... I’m lost!” Keluh Adib dengan serius sambil memandang ke kanan dan kiri jalan.
Nina mula tak sedap hati, ikut sama memandang ke kanan dan kiri jalan macam Adib. Beria-ia tadi Adib kata tahu jalan pulang, sekarang.... boleh sesat pula! Aduhai......
“Jomlah, kita tanya orang!” ajunya, tak betah nak menunggu Adib berfikir. Nak tunggu Adib ingat semula, bila? Tak kan nak terus berdiri di tepi jalan, panas!
“Tak payahlah tanya orang... I nak tanya you aje.”
“Tanya saya? Tanya saya buat apa? Saya mana tau!”
Adib senyum dan Nina mula keliru, hati pun jadi tak menentu. Dah kenapa Adib memandang padanya sambil tersenyum manis begitu?
“Can you tell me.... which road leads to your heart, Nina?”
“Erk!” Nina terkejut habis! Apakah ini?
“I’m lost.... tak pasti jalan mana yang menuju ke hati you.”
Aduhai, Adib! Sempat lagi nak berpickup line ketika berada di tepi jalan pada waktu tengahari buta macam ni? Saja ke nak mencairkannya yang dah sedia kepanasan? Dah tu, Adib siap tayang senyuman nakal sambil menjatuhkan pandangan ke dadanya. Macamlah dia tak tahu, hatinya itu letak di mana. Gatal!
“I like your smile, Nina.”
Nina tersentak, lantas kenangan manis itu terhapus bila ada suara yang menyapa pendengarannya. Pandangan segera diangkat untuk melihat Adib.
“I like your smile.” Ulang Adib sambil menongkat dagu, merenung bibir kecil Nina yang tak lagi mengukirkan senyuman. Bibir kecil itu bila tersenyum, manis sekali!
Nina menelan air liur, Adib ditatap dengan tak keruan. Bunyi ‘I like your smile’ itu berjaya mencuit perasaannya. Tahukah Adib, dia jadi semakin takut untuk berhadapan dengan Adib yang cukup bijak memancing perasaannya. Cukup-cukuplah sewaktu di Krabi, hampir saja dia kecairan!
“Deep?”
Deep? Siapa pula yang menyebut panggilan itu? Lantas Nina mendongak, melihat seorang wanita yang telah berdiri di tepi Adib dan memandang padanya dengan kehairanan.
“You’re having dinner with....” Harjah meleretkan nada sambil memandang pada Adib, minta jawapan.
Kelihatannya Adib berubah kaget dan Harjah dah mengulum senyum sebelum kembali mengerling pada perempuan yang duduk di hadapan Adib itu. Perempuan itu menarik perhatiannya, mata yang terkebil-kebil menatapnya itu sangat cantik.
Adib mengeluh perlahan, habislah musnah rancangannya. Belum sempat dia atur strategi lagi dengan Nina! Dan dia juga belum beritahu Nina tentang hal yang sebenar.
“Siapa ni?” Harjah menyoal.
Soalan itu tak dapat Adib jawab, sebaliknya hanya memandang pada Nina dengan tak menentu. Nina pula nampak tenang sambil bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Hi, saya Nina. Nina Andria.” Nina memperkenalkan diri dan menghulurkan salam pada wanita itu. Salamnya itu disambut dengan baik berserta senyuman. Dah jadi kebiasaannya, bersalaman dengan wanita yang lebih tua darinya. Tanda menghormati! Mak memang pantang kalau tengok dia tak menghulurkan salam pada orang tua. Dia telah dididik sejak dari kecil untuk segera bersalaman dengan orang, tak kiralah siapa pun orang itu.
Dia mula curiga, lagi-lagi bila wanita itu punya senyuman yang hampir sama dengan Adib. Bila wanita itu tersenyum, sebelah mata mula tersepet sedikit. Erk! Wanita itu emak Adib ke?
Nina terkaku bila wanita itu mula menyentuh bahunya sambil merenung dirinya dari atas ke bawah. Pantas saja dia memandang pada diri sendiri, nak pastikan pakaiannya sopan atau tidak. Mujur dia mengenakan blaus yang sopan dan seluar panjang hitam. Tapi kenapa pula dia perlu rasa serba-salah begini, lantaklah kalau tak sopan pun! Dia dan Adib tu bukan siapa-siapa. Lantas dia memandang pada Adib yang mula memberikan renungan lembut, seakan meminta kerjasama darinya. Kerjasama apa, ya?
“Ibu, kenalkan ini Nina. Nina, ni... ibu I.” Adib terpaksa memperkenalkan mereka berdua.
Harjah tersenyum dan mengangguk. Ya, dia tahu nama perempuan itu Nina sebab perempuan itu dah memperkenalkan diri tadi. Yang dia nak tahu sekarang, siapa si Nina ini dengan Adib. Apa hubungan mereka? Dapat dirasakan yang Adib dan perempuan yang bernama Nina Andria itu punya hubungan yang agak istimewa. Dapat dilihat dari cara Adib dan Nina saling memandang tadi.
Dia tak sangka akan bertemu dengan Adib di sini selepas selesai makan malam bersama temannya. Ketika mahu melintas pulang, terpandangkan pula pada Adib yang galak merenung seorang perempuan yang bernama Nina Andria itu. Oh, nama yang cantik. Secantik pemiliknya! Dia berkenan dengan nama dan pemiliknya itu. Lantas dia memandang tepat pada Adib sambil angkat kening, mohon jawapan. Siapa Nina Andria?
“She’s...”
Agak payah Adib nak bersuara, bimbang kalau jawapan yang diberikan pada ibunya bakal buat Nina terkejut dan terus melarikan diri pula. Dia sangat berharap yang Nina tak kan buat begitu depan ibunya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menjelaskan.
“She’s my girl!”
Pantas saja kepala Nina terteleng ke arah Adib. Besar biji matanya merenung lelaki yang dah buat muka mohon simpati darinya. O.M.G!! Apa si Adib Ab Rahman ni merepek?! Kenapa lelaki itu berani mengaku begitu? Dia rasa tak percaya dengan Adib! Dia masih boleh terima lagi kalau sebelum ini Adib menipu lelaki Krabi dengan mengatakan begitu tapi tidak di hadapan wanita ini. Bila masa dia jadi milik Adib? Dia tak beri sebarang persetujuan pun mengenai hal itu. Aduhai, ini semua tidak benar! Tipu belaka!!
Jeda. Suasana terus hening seketika. Masing-masing diam dan hanya saling memandang antara satu sama lain.

*****

Cinta Jangan HilangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang