Harini merupakan hari yang sangat sibuk untuk yana. Banyak site yang perlu dia lawat dan menguruskan schedule hariz. Sangat memeningkan.
Hariz dari pagi tidak masuk ke pejabat. Dia hanya masuk ke pejabatnya untuk mengambil fail dati yana dan keluar untuk bertemu dengan client di luar. Semasa yana ingin keluar ke site, dia mengemaskan beg tangannya dan beg laptop, nya. Tiba tiba seorang wanita datang kepadanya.
"Sorry.. You ni PA baru hariz eh? Dia pergi mana?" tanya wanita itu. Tinggi lampai dan gayanya seperti seorang model. Hampir sama tinggi dengan yana. Cuma yana lebih putih dan kurang make up daripada dia."Haah saya PA baru cik hariz. Cik hariz dari pagi keluar atas urusan kerja" kata yana ramah.
"Urusan kerja? Takkan dia tak tahu yang i balik harini? Urusan kerja dekat mana? " tanya wanita itu seperti hampa. Agak gedik sebenarnya. Nasib lah cara percakapan dia tak kurang ajar kalau tak memang kena hempok dengan fail atas meja yana tu. Paling pantang yana bila orang gedik plus kurang ajar. Walaupun yana agak kasar tapi dia rasa lebih baik dari tergedik gedik macam sotong tak ada tulang. Hello sotong pon ada 1 tulang tau."Oh saya minta maaf, tapi saya tak sure dekat mana pula. Sebab tak silap saya meeting dah habis pukul 4 tadi. Mungkin cik hariz ada hal. Tak pun cik nak saya bagitahu cik hariz kalau dia balik nanti" tanya yana.
"Hmm tak apalah nanti i call dia sendiri. I nak bagi surprise dekat dia. By the way, i sera girlfriend hariz" kata nya bangga. Yana hanya mengangguk pelik.
"Oh nice to meet you miss sera. Im so sorry but I really got to go now melawat site. " kata yana sambil tersenyum
"Melawat site? " kata sera pelik
"Oh yeah saya juga architect untuk syarikat ni. " kata yana pula.
"Oh impressive. I think we can have a long talk after this. Im interested to know about it" kata sera teruja sambil menepuk nepuk tangannya macam kera.
"Sure sure. See you again miss sera" kata yana seraya berlalu dari situ dengan senyuman.Sampai sahaja di site, fikiran yana asyik terfikir kata kata sera tadi. Girlfriend?. Kenapa hariz tak pernah bercerita pon dekat dia.
'Haih yana kau tu siapa dia nak cerita semua dekat kau ' desis hati yana.
Sedang dia berjalan sambil berfikir, dia tersepak sesuatu sehingga membuatkan dia tersadung. Namun ada satu tangan yang sempat menyambut nya.
Mata yana terpejam menunggu tubuhnya jatuh ke lantai. Tapi dia membuka mata setelah merasakan pinggangnya diraih seseorang. Buka je mata dia terus cuba bangun macam kilat. Tapi terhincut kembali. Nasib hariz menyambut kembali. Dia dapat merasakan sakit di hujung kaki nya.
"Awak okay tak ni yana? " tanya hariz. Sejak bila dia ada dekat site tu. Siap pakai topi keselamatan lagi. Yana hanya mengangguk.
"Tak apa rahman, awak pergi dulu. Apa apa saya inform" kata hariz kepada lelaki di belakangnya. Dan lelaki itu berlalu. Yana masih menyandarkan badannya di lengan hariz dan tangan hariz juga melingkar di pinggang dan sebelah lagi memegang lengannya."Teruk ni kaki awak terlanggar batu tu. Jom pergi bawah sana saya tengok. Awak boleh jalan ke ni? " tanya hariz
"Boleh kot" kata yana seraya cuba berdiri dan berjalan. Malang bila kakinya mula berdenyut kuat. Sakit hati semalam tak hilang lagi.
"Aduh aduh! " kata yana seraya itu, hariz menyandarkan kembali badan yana pada lengannya.
"Tak apalah" kata hariz seraya mengangkat yana ala ala mengangkat princess. Terjerit kecil yana gayat.
Nasiblah dia ringan je.Sampai sahaja di bawah tempat teduh, hariz meletakkan yana duduk dan mula menanggalkan kasut tumit tinggi yana. Dia mula meneliti kaki yana dan mengurut lembut.
"Auch! " jerit yana selepas mendapati hariz mengurut di tempat yang sakit.
"Sorry sorry, awak terseliuh ni. Jom kita pergi klinik dulu " kata hariz
Yana hanya menggeleng.
"Tak payah lah. Lagi pun nanti okay lah tu. Terseliuh je kan" kata yana masih tegas sambil sebelah tangannya menahan rambutnya yang jatuh kerana tunduk memandang hariz.
Hariz tahu yana sedang menahan sakit. Lalu dia mengambil kasut yana dan mengangkat yana sehingga ke dalam kereta. Puas yana menolak tapi hariz tetap berdegil."Nak pergi mana ni cik hariz? " tanya yana kepada hariz yang sedang focus memandu. Tengah bawa kereta pon muka masam. Sebenarnya selepas kejadian semalam dia tidak bertegur sapa sangat dengan hariz. Malas cetus perang dunia.
"Tok kadi... Cik yana of course lah klinik. Your leg hurts remember" kata hariz dengan wajah kelat.
Yana hanya mengangguk. Buat lawak pon beragaklah cik hariz. Haih 😰
YOU ARE READING
mrs spy vs mr strict
Teen FictionKehilangan kawan baikknya menjadi tanda tanya, suspek utama ialah mr strict. Seorang yang garang dan mempunyai empayar besar. Bolehkah liyana menumpaskan musuhnya itu tanpa terpaut hati dengannya