11

4 0 0
                                    

"Cik hariz ada invitation daripada mega holdings untuk perasmian bangunan hotel baru mereka yang baru siap dibina dekat johor tu lusa which hari rabu jam 10.30 pagi. Jadi cik hariz nak bertolak pagi selasa and stay dekat sana or cik hariz nak balik hari" tanya yana kepada hariz. Hariz mengerutkan kening seperti berfikir.

"Saya bertolak pagi selasa lah. Kalau balik hari penat pula nanti nak ulang alik lagi pun minggu ni saya tak banyak meeting or appointment kan?" Tanya hariz.
Yana mengangguk.
"Yup, saya dah cek tadi schedule cik hariz untuk, minggu ni and cik, hariz just ada a few meeting. Meeting tu, pon tak urgent sangat. " kata yana sambil membelek tab nya. Hariz mengangguk lagi.
"Thats good. Kalau macam tu awak book ticket flight and hotel terus lah untuk 2 orang" kata hariz.
"Okay. But 2 orang? Cik sera ke? Or cik kamal? " tanya yana selamba sambil menaip sesuatu di tabnya itu.
Hariz senyum sinis macam selalu dia buat kalau dekat pejabat.
"Kenapa nak ajak diorang nya? Satu lagi untuk PA saya lah" kata hariz lagi.
"Ohh, but cik hariz sorry.... Saya ada banyak sangat new project yang nak kena settle. Especially nak pergi melawat site lagi. Sorry i can't make it" kata yana rasa bersalah tiba tiba muka rayyan tegas. Oh tidak!  Nampaknya yana terlepas cakap. Yana sudah menelan air liur. Hariz menghubungi seseorang.
"Liza masuk bilik saya sekejap. Now!" katanya tegas. Garang gila. Marah ke?
Yana hanya menunggu tanpa sebarang kata.
Tiba tiba pintu diketuk.
"Masuk! " jerit hariz. Wajah kak liza terpancul di dalam bilik itu. Yana sudah menundukkan kepalanya. Janganlah disebabkan yana, liza pula yang kena marah.

"Ye cik hariz" kata kak liza teragak agak sambil berdiri.
"Saya dah cakap jangan bagi kerja or apa apa project lagi dekat yana kan?" Kata hariz marah. Suaranya tinggi seoktaf.
Kak liza mengangguk.
"Habis tu yang yana cakap ada banyak new project yang dia kena handle ni apa!?. Saya dah cakap selagi saya tak benarkan jangan bagi apa apa project dekat yana selagi saya tak luluskan. Susah sangat ke arahan saya tu! She's still newbie liza and banyak benda lagi yang perlu belajar lagi pun, awak tahu yang dia juga busy nak handle kan schedule saya! " tempik hariz lagi. Yana sudah tidak tahan. Dia berdiri dan memandang hariz.

"Cik hariz, saya yang minta new project tu dari kak liza. Jangan marah kak liza. Saya yang degil, saya yang salah dan sepatutnya saya yang kena marah. Bukan kak liza. This is not her fault" kata yana. Yana menghampiri liza.
"Kak liza, yana minta maaf. Tak apa biar yana yang settle kan okay. Kak liza balik lah dulu tempat kat liza. Minta maaf sangat kak liza" kata yana lalu liza keluar dari bilik itu dengan secalit senyuman.
"Liza! Im not finish with you! " bentak hariz. Namun liza sudah hilang dari pandangan dan selepas menutup pintu, yana memandang tepat ke arah hariz. Dia tak pasti dia marah atau rasa bersalah. Memang salah dia sebab rahsiakan dengan hariz yang dia menguruskan projek sedangkan hariz tak benarkan sebab yana masih busy untuk menguruskan schedule nya. Tapi yana fikir apa guna dia jadi architect kalau tak ada tugas yang melibatkan kerjaya nya. Hariz menghadiahkan jelingan tajam kepada yana. Marah betul dia.

"Its not kak Liza's fault. Its mine. Saya yang suruh dia rahsiakan dari cik hariz pasal ni. Kalau cik hariz nak marah,marah saya." kata yana tegas. Hariz berdiri seperti hendak keluar. Tak sangka macam tu sekali dia marah. Yana ingat dia akan okay kalau tahu pasal tu.
"Im sorry, but cik hariz tak sepatutnya marah kak liza macam tu" kata yana lagi.
"Apa? Awak ingat just dengan maaf awak tu saya dah tak marah? Macam tu? " kata hariz masih berang. Matanya penuh dengan kemarahan. Tapi macam bukan sebab tu, sahaja. Sperti ada sebab yang lain dia tertekan begitu. Yana tahu dia harus tenangkan hariz. Hariz sudah bergerak ke pintu dan dengan pantas yana menarik tangannya menuju ke sofa berhampiran dan menyuruh hariz duduk. Sempat juga dia mengunci pintu sebab dia tahu hariz perlukan privasi ketika itu. Yana mengambil tempat di sebelah hariz, rapat. Hariz terkesima. Yana ni tak takut ke hariz marah macam tu.
Yana memandang tepat ke dalam mata hariz. Tangannya meraih dan mengusap lembut tangan hariz. Muka tegang hariz sedikit sedikit beransur hilang. Hariz menundukkan wajahnya.
"Hariz.... What's wrong. Saya tahu bukan sebab ni je awak marah teruk macam ni kan. Lupakan pasal kerja sekejap. If you don't mind,you can share with me." pujuk yana lembut. Dia tahu kalau dia berkeras takkan dapat merubah apa apa. Hariz mengeluh. Keluh yang penuh dengan masalah. Hariz masih senyap tanpa bicara. Kali ini, yana yakin hariz mempunyai masalah besar. Dia menarik hariz ke dalam pelukannya. Hariz melabuhkan kepalanya di bahu yana. Perlahan lahan dadanya yang berombak tadi surut. Yana menggosok perlahan belakang badan hariz menyalurkan semangat.
"Kenapa ni? Ha? " tanya yana lagi lembut bila terasa seperti hariz teresak di dalam pelukannya. Tangan yana masih menggosok perlahan belakang badan hariz.
"Its okay, you can tell me" kata yana lagi. Tiba tiba terasa hariz mengeratkan pelukannya. Yana hanya biarkan saja.

"My sister.. " kata hariz masih dalam pelukan membuatkan yana terperanjat. Hariz dah jumpa lili ke? Apa yang dia nak buat dekat lili? Macam mana dengan lili?.
"Kenapa dengan adik awak? " tanya yana lembut.
"She's missing after my dad meninggal. Saya sedaya upaya cari dia semula. Ayah wariskan half daripada share syarikat ni dekat lili. Tapi lepas dia hilang, position dia tanggungjawab dia semua masih tidak berusik. Saya tak nak sesiapa ambik position tu selain adik saya ,lili. Awak tahu kan saya ada adik tiri. My step mother nak wariskan position lili dekat anak dia tu. Saya berkeras masih nak tunggu lili balik semula dekat saya. Saya nak tanya dia kenapa dia tinggalkan saya dan HL holdings macam tu je. Apa salah saya? Saya tertekan bila my mom tu asyik desak and paksa macam ni. Dengan adik saya masih tak ada khabar berita. Entah hidup atau tak. Saya rasa macam useless brother. Adik sendiri pon tak dapat nak jaga." kata hariz dalam tangisan perlahan.
Setahu yana, hariz seorang yang kuat tapi tak sangka orang yang dianggap seperti singa masih ada hati lembutnya. Yana pula terasa sebak. Tapi semakin banyak dia kenal hariz semakin pening di buatnya tentang isu kehilangan lili.yana mengeratkan lagi pelukan sehingga dia sendiri dapat rasa jantung hariz berdegup.

"Hariz. Trust me. Lili mesti ada sebab tersendiri kenapa dia hilangkan diri. Saya yakin dia boleh jaga diri dia sendiri. And you are not a useless brother at all. You are trying your best to find her. Percayalah pertemuan ajal maut semua ketentuan allah. Jadi, dekat mana pon lili berada, saya yakin dia selamat. Just give her some space and time. Saya yakin bila lili dah okay, dia akan balik semula. Lagi satu,mak tiri awak tak boleh buat apa apa kalau arwah tan sri dah wasiatkan half dari share syarikat dekat lili. Walaupun adik tiri awak dapat duduk dekat position lili, tu takkan lama. Bila lili balik semula,saya yakin dia akan tuntut balik tempat yang sepatutnya menjadi milik dia." pujuk yana lembut.

Yana dapat rasakan tangisan hariz sudah reda. Tapi tangannya masih menggosok perlahan belakang badan hariz. Yana kurang selesa peluk peluk macam tu tapi nak buat macam mana. Hariz perlukan dia waktu macam tu.
"Thanks yana" tutur hariz berbisik.
"You're welcome hariz" kata yana.
"I love you" kata hariz perlahan namun cukup jelas di pendengaran yana. Pipi dah memerah ma. Tiba tiba terasa seperti hariz ketawa perlahan namun masih dalam pelukan yana.
"You must be so blushing right now, how cute" kata hariz lagi. Yana menepuk perlahan lengan hariz seraya melepaskan pelukan. Dia yakin hariz dah okay.
"Mana ada lah" kata yana ala ala marah. Hariz cuma ketawa.
"Im sorry" kata yana pula. Hariz berhenti ketawa.
"Saya tahu saya sepatutnya minta izin cik hariz dulu kalau nak terima projek apa apa. Tapi, saya rasa bersalah. Apa function saya sebagai architect dalam company ni kalau saya tak jalankan tugas saya dalam kerjaya tu. Saya tahu salah saya. So saya promise, kalau cik hariz nak marah saya sekalipun saya tak melawan" kata yana sambil mengangkat tangan seperti bersumpah. Tiba tiba hariz menariknya kembali di dalam pelukan dan meletakkan kepala di atas bahu yana semula. Dia selesa begitu. Yana terkedu.
"Its too early lah nak cakap pasal kerja balik.just stay like this for awhile. No cik hariz lagi. Kejap lagi baru awak panggil balik cik jariz tu eh. Now just yana and hariz" kata hariz mengeratkan lagi pelukan. Yana cuma membalas pelukan itu. Hariz ni kalau dah garang macam singa tapi kalau dah manja macam kucing. Singa dengan kucing tak jauh beza lah kan. Haha.
"By the way, yana, awak tahu saya tak boleh marah awak kan? " kata hariz jujur. Dia tak boleh nak marah yana. Bila tengok muka yana sebersalah terus sejuk hati dia.
"Erm? Yeke? Tak tahu pon. Awak tak pernah bagitahu pon" kata yana lagi berseloroh.
"Saya tengah bagitahu lah ni" kata hariz lagi. Dia selesa bila yana sentiasa ada untuk dia. Dari awal sampai habis jantung dia macam nak tercabut bila ada dalam pelukan yana.  Selesa sangat.
"Saya ikut awak pergi johor" kata yana perlahan.
Hariz terkejut.
"Seriously? " tanya hariz seraya melepaskan pelukan.
"Yes" kata yana lagi seraya tersenyum

mrs spy vs mr strictWhere stories live. Discover now