4

6 0 0
                                    

Sangka yana yang driver itu akan menghantar bossnya itu terlebih dahulu namun rupa rupanya dia menuju ke site terlebih dahulu. Selepas keluar dari kereta yana perasan yang hariz juga keluar dari kereta.
"Cik hariz? Bukan sepatutnya cik hariz kena balik ke office semula ke?" tanya yana pelik. Hariz hanya tersenyum sinis.
"Im the ceo. So kalau saya nak pergi mana mana pon ikut saya lah" kata hariz selamba lalu berjalan mendahului yana.
'Ikut kau lah. Jangan bahayakan nyawa aku sudah' desis hati yana .

Masuk sahaja dalam bangunan, mereka diberikan topi keselamatan kerana bangunan itu masih dalam penyelenggaraan.
Yana memerhati sekeliling bangunan bagi memastikan bangunan itu lengkap dan progress bangunan itu untuk siap. Hariz hanya membontoti yana. Rasanya yana sudah menyuruh hariz melihat sekeliling namun dia masih mengikuti langkah yana.
Naik sahaja  ke tingkat 5 , mereka memerhati bangunan itu. Sedang yana leka memerhati, dia terdengar suara hariz menjerit namanya.
'Dah pahal main jerit jerit ni' desis yana. Rupa rupanya ada sebatang kayu besar yang hendak jatuh ke atas yana.

Namun sedar sedar hariz sudah berada di atas badannya dan mereka juga sudah melayang beberapa meter dari tempat yana berdiri. Mujur topi keselamatan dipakai mereka. Kalau tidak habislah cedera kepala mereka. Kepala yana beralaskan lengan hariz. Jadi badannya tidak berasa terlalu sakit manakala badannya dan mukanya juga dihalang oleh badan hariz. Tiba tiba terdengar suara hariz
"Are you okay? " tanya hariz dengan muka yang risau. Yana mengangguk. Tak tahu nak cakap apa. Muka dia rapat gila dengan hariz masa tu.

Bila dia cuba bangun, hariz juga cuba bangun. Tiba tiba
"Auch! " kata hariz tiba tiba membuatkan yana terkejut.
"Cik hariz okay tak? " tanya yana selepas melihat lengan hariz yang mula mengalir dengan cecair merah. Yana mula cemas. Pekerja di situ mula membantu mereka untuk bangun.
"He need treatment right now! " kata yana cemas kepada pekerja yang membantu. Yana membantu memapah hariz turun ke tingkat bawah. Pekerja pekerja itu setia membantu menelefon pengurus di situ. Semasa di dalam lif..
"Cik hariz okay tak? Tahan tau nanti kita pergi klinik okay. Sabar ye" kata yana cuak.
Tangan hariz masih di atas bahu yana. Mukanya nampak sedikit tenang.
"Saya okay lah. Tak payah pergi klinik. Sikit je ni" kata hariz masih tegas.
'Tengah sakit pon nak berlagak' desis yana menyampah. Namun dia akur kerana memang salah dia hariz jadi macam tu.

"No. We need too. Lengan cik hariz ni berdarah. Cuba kalau luka tu dalam and darah tu tak stop keluar. Please dengar cakap saya kali ni. No matter what happen you had to go okay. No choices " kata yana tetap dengan pendiriannya.
Hariz mendengus kasar. Sebenarnya dia tidak suka apa apa yang melibatkan ubat, doktor and jarum.

Selepas selesai rawatan, hariz dibawa pulang ke rumah untuk, berehat walaupun dia enggan namun yana tetap memaksa. Fikir yana dia tidak kesah kalau dimarah teruk oleh hariz sekalipun. Sampai di perkarangan rumah hariz, yana terpukau. Besar gila rumah tu.

Dia membantu memapah hariz sehingga ke bilik. First time masuk bilik lelaki yang tak berapa nak kenal. Bilik itu luas dan cantik.
"Tak apalah cik liyana. Biar pak mat tolong angkat cik hariz ke atas" kata pemandu hariz
"Eh tak apa pak mat. Yana boleh" kata yana semasa dia memapah hariz masuk. Hariz hanya diam dan mungkin mengantuk kerana kesan ubat yang diberikan oleh doktor tadi.

Selepas hariz selamat dibaringkan,
"Cik hariz rest dulu eh" kata yana rasa bersalah. Hariz hanya mengangguk. Matanya seperti orang mengantuk dan tidak bermaya . Nasib baiklah lukanya tidak berapa teruk. Cuma perlukan beberapa jahitan. Yana menarik kerusi berhampiran dan duduk melepaskan penatnya.
Selepas menyelimutkan hariz,
"Cik hariz, saya tolong bukakan tali leher ni eh. Cik hariz rest lah dulu" kata yana lalu membuka tali leher perlahan lahan. Hariz hanya membiarkan. Dia berada di bawah pengaruh dos ubat yang diberikan supaya tidak berasa terlalu sakit kesan jahitan. Selepas memastikan hariz selesa tidur, yana turun ke bawah semula dan berjumpa dengan pak mat.
"Pak mat, saya tengok rumah ni senyap je. Mana semua orang? " tanya yana pelik.
"Oh cik puan dengan anak perempuan dia keluar negara. Bercuti katanya. Minggu depan baru balik" kata pak mat.
'Amboi seronoknya habiskan harta family ni' desis hati yana.
'Eh astagfirullah yana kau ni tak baik buruk sangka dekat orang lah' desis hatinya lagi.

"Habistu pak mat, maid hariz mana? " tanya yana.
"Oh maid dia ada je dekat rumah belakang tu. Belakang tu cik hariz buat rumah untuk maid dia. Tapi maid cuti sebab anak dia sakit" kata pak mat.
"Lah, habistu makan minun hariz macam mana? " tanya yana lagi
"Biasanya cik hariz masak sendiri je kalau mee segera tu. tak pun makan dekat luar" kata pak mat. Yana hanya mengangguk. Seraya meminta izin ke ruang tamu untuk membuat panggilan.

"Hello kak liza. Yana ni. Yana nak bagitahu yang cik hariz dengan yana tak masuk office tau. Tadi ada accident sikit. Nanti kalau ada apa apa yang urgent calk saya ye. Thanks kak liza" kata yana kepada secretary itu.

Selepas itu dia bergerak ke dapur untuk masak makanan untuk hariz. Kasihan kepada hariz dari petang tadi tidak makan sebab kejadian tu. Sesungguhnya yana rasa bersalah sangat. Selepas siap, dia membawa dulang dengan makanan dan mula mendaki tangga ke bilik hariz. Nampaknya hariz dah bangun. Sekejap betul dia tidur.
Masuk sahaja dia memandang tepat kepada yana. Telan air liur yana. Garangnyalah bos yana ni.

Dia mendekati hariz dan meletakkan dulang makanan di atas meja sisi katil. Hariz hanya memerhati.
"Hai. How do you feel cik hariz? " tanya yana prihatin. Hariz cuma mengeluh.
"Im okay doctor" perli hariz. Nasib lah suaranya tak setegang wajahnya.
"ha ha funny. Okay lah jom makan" perli yana pula selamba. Dia mengangkat pinggan dan menghulurkan kepada hariz. Hariz mengerling makanan itu pelik.
"Jangan risau lah cik hariz. Saya tak letak racun pon. Stop being dramatic and eat okay" kata yana lagi. Selamba badak dia cakap begitu dekat boss.

"Nasi putih, ayam merah and sayur? " tanya hariz pelik dengan kening yang dari tadi berkerut.
"Yeah.. What do you expect? Jangan cakap cik hariz expect saya nak masak bubur okay. Cliche lah. Cik hariz tu sakit tangan bukannya mulut." Kata yana lagi. Tiba tiba dia terdengar hariz ketawa perlahan. Wow, tak pernah dia tengok senyum apatah lagi hariz ketawa sejak mula mula bertemu.
Selepas reda tawa hariz menyambung.
"Kenapa pandang saya pelik? No i mean siapa yang masak. Mak som datang ke tadi? Bukan sebab awak masak apa" tanya hariz lagi dengan sisa tawa. Yana pelik
"Mak som? " tanya yana
"Oh yeah.. Mak som tu my maid" kata hariz.
"Oh. Tak adalah. Saya lah yang masak." Kata yana seraya menghulurkan sesudu makanan itu untuk menyuap kan hariz. Sekali lagi hariz mengerutkan kening.

"Its okay saya boleh makan sendiri" kata hariz . Sebenarnya dia malu. Salah satu perempuan yang pernah menyuapkan dia makan ialah arwah ibunya.
"Tak payah nak blushing sangat lah cik hariz. Merah dah tu muka. Tangan cik hariz kan sakit. Saya suapkan eh" pujuk yana. Makin merah muka hariz yang memang diakui putih, itu. Akhirnya dia mengalah. Habis satu pinggan nasi, yana menyuakan air ke mulut hariz dan beredar ke bawah.
Beberapa minit kemudian, dia naik semula ke bilik rayyan dan membawa ubat .

"Makan ubat pula" kata yana lalu menyuakan ubat ke hariz. Hariz menutup mulutnya tanda tidak mahu.
"Hish cik hariz...mana boleh tak makan ubat . Kalau tak elok kesan jahit tu macam mana" tanya yana
"Ish tak nak lah" kata hariz.
Ingat kan garang macam ni tak takut dengan ubat. Rupa rupanya takut ubat namun Yana ada idea nak suruh dia makan ubat.

"Eii makan ubat pun takut. Patutlah tak nak pergi klinik tadi . Rupanya takut ubat , jarum ,doktor eh." Kata yana mencabar. Muka hariz bertukar bengis semula dan mencapai ubat dan sekali telan,ubat berjaya dimakn oleh hariz.

"Good boy haha. Cik hariz..saya nak minta maaf, sebab saya cik hariz sakit macam ni" kata yana ikhlas .
"Not your fault. Esok saya nak jumpa dengan pengurus pembangunan tu. He will be sorry for this. Dia sepatutnya kena pastikan kawasan tu selamat walaupun under construction. Kalau betul kayu tu jatuh atas awak macam mana?." Kata hariz marah. Yana terkedu. Risau sangat ke dia dekat yana.

"I mean kalau kena dekat pekerja dia ke? " kata hariz cuba menyorokkan terlepas cakap tadi kerana terlalu marah. Yana tersenyum.
"Cik hariz.. Tak payah lah. Cik hariz punya tangan kan tak elok lagi. Esok biar saya je jumpa dia. Lagipun bukan salah dia. Dia pon tak tahukan kayu tu nak jatuh dekat saya. " kata yana lagi memujuk. Hariz akur sahaja.

"Esok arrange meeting saya macam biasa ye" kata hariz.
"Esok saya dah cancelkan semua meeting or activity cik hariz." Kata yana selamba. Hariz membulatkan matanya.
"No.. I have a lot of work to settle. So saya tak boleh off macam tu je" kata hariz tegas
"Im sorry cik hariz, esok cik hariz kena cuti same goes to the next 2 days just like the mc show to.  Full stop. End of conversations" kata yana. Hariz mengeluh lagi. Untuk ke berapa kalinya dia kena akur dengan yana. Dia sendiri pelik, dengan yana dia banyak beralah berbeza dengan perwatakan dia selama ini.

×××××
And sentuhan tangan dia.....

mrs spy vs mr strictWhere stories live. Discover now