Sampai je di lapangan terbang, kami terus ke balai berlepas.
Tapi apa yang mengejutkan bila ada satu kapal terbang yang sangat cantik dan mewah dari luar dan terbentang besar tulisan HL AIRPLANE di bahagian badan pesawat itu.
"Apa yang termenung sangat tu? " tanya hariz seraya mengambil tempat duduk di sebelah yana. Mereka menaiki pesawat kelas vvip. Sangat mewah.
"Saya tengok tu cik hariz" kata yana lalu menunding jari ke arah luar pesawat tang mereka naiki. Hariz melihat sekilas.
"Kenapa? " tanya hariz selamba sambil menongkatkan tangan dan kepala di tempat letak tangan di seat itu sambil memandang yana.
"HL airplane? " tanya yana. Hariz mengangguk selamba.yana membulatkan matanya.
"Thats mean tu yang company cik hariz punya" tanya yana lagi teruja. Dia tak pernah tahu pula.
"No. Thats my family airplane" kata hariz selamba dengan muka bosan.
Lagilah terkejut beruk yana.
"Biar betul cik haris? " tanya yana. Keluarga lili memang sungguh kaya.
Hariz hanya mengangguk.
"Nanti kalau ada free time saya bawa awak pergi melawat private jet, plane, cruise and another my family private transportation. " kata hariz lagi sambil tersenyum.
"I would love to" kata yana lagi.Disebabkan flight mereka malam jadi, yana rasa sungguh mengantuk dan tertidur lepas makan. Perjalanan mengambil masa beberapa jam. Jadi sempat yana berehat sebentar. Bila terjaga sahaja sebab sejuk, dia terasa pingangnya dipeluk erat. Bila pusing, kerusi mereka berdua sudah diubah gayanya seperti katil. Canggih betul.
Selamba badak je hariz peluk dia.
Tangan siapa lagi kalau bukan hariz. Lena betul dia tidur. Yana perhati muka dia dekat. Comel. Macam baby tidur. Penat sangat kot. Yana menyelimuti badan hariz dengan selimut. Dengan perlahan dia cuba duduk tegak.
Bila diperhati hanya mereka berdua dan dua orang dewasa yang ada di kabin yang luas itu. Biasalah kelas vvip kebiasaannya orang berada sahaja yang mampu. Yana pon berpeluang naik kelas vvip sebab company. Kalau tak memang dia pon tak pernah naik lah.
Baru je nak bangun untuk ke tandas, terasa pinggangnya diraih hariz supaya berbaring semula. Yana ikutkan sahaja.
Hariz masih mamai. Matanya belum terbuka.
"Nak pergi mana" tanya hariz dengan suara baru bangun tidur. Comel gila. Dengan rambut messy macam tu. Dekat gila dia dengan hariz masa tu. Dia pandang wajah hariz yang masih memejamkan matanya itu dengan tangan di lilit di pinggang yana.
"Saya nak pergi toilet sekejap" kata yana sambil membetulkan selimut hariz. Belum sempat nak alih tangan hariz, hariz peluk erat lagi.
Geram pula dengan perngai mengada hariz ni. Nasib comel.
"Tak payah lah. Saya sejuk" kata hariz masih dengan mata yang terpejam. Yana menepuk perlahan tangan hariz yang terlilit di pinggangnya itu.
"Sekejap je" kata yana lagi. Selepas menyelimutkan hariz dengan betul, yana meloloskan diri ke tandas.Balik je dari tandas, hariz dah bangun. Tengah makan breakfast, Tapi selimut masih berlingkar di keliling badannya. Macam budak budak kalau sejuk. Yana datang dan duduk semula. Dia mencapai bekas makanan. Chicken chop favorite yana.
Hariz makan dengan menggunakan satu tangan sahaja sebab satu lagi dalam selimut sejuk. Dia tersenyum memandang yana.
"Sejuklah" kata hariz sepatah sambil menyuap makanan ke mulut nya. Yana mengangguk.
"Nak peluk boleh tak? " tanya hariz dengan muka comel. Yana mengerutkan kening.
"Penumbuk nak? " tanya yana lagi berseloroh sambil meyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Hariz laju menggeleng sambil tersenyum.
Mereka meneruskan makan sampai habis.Beberapa minit kemudian mereka diumumkan bahawa kapat terbang akan mendarat beberapa minit lagi. Jadi hariz dan yana mengambil tempat duduk dan memasang tali pinggang keselamatan.
Selamat je mendarat, mereka terus ke hotel yang telah dibooking. Hotel pon bukan main five star lagi. Serba serbi ada dalam bilik. Tab mandi jakuzzi dan sebagainya."Awak rest dulu, nanti dalam pukul 9 saya call" kata hariz semasa menghantar yana ke bilik. Yana hanya mengangguk. Selepas merebahkan badan di atas katil, dia lena. Sangat lembut dan empuk tilam di hotel itu. Mana tak terlena dibuatnya. Tambah pula tidur yang tak berapa nak lena dalam flight tadi sebab ada beluncas menggatal.
YOU ARE READING
mrs spy vs mr strict
Teen FictionKehilangan kawan baikknya menjadi tanda tanya, suspek utama ialah mr strict. Seorang yang garang dan mempunyai empayar besar. Bolehkah liyana menumpaskan musuhnya itu tanpa terpaut hati dengannya