Selepas dua minggu berlalu, Puan Min kembali semula melawat Jimin. Dia mula bergerak masuk ke dalam sebuah bilik. Dia berjalan masuk lalu menepuk bahu seorang jejaka muda yang sedang termenung jauh di luar tingkap. Apabila lelaki itu berpaling ke arahnya. Mata lelaki itu merenung tajam wajah Puan Min.
"Lama tak berjumpa bukan, Park Jimin?"
"Apa yang kau nak!? Harta? Bukan kau dah dapat apa yang kau nak!!?"Marah Jimin. Suaranya meninggi dan dadanya turun naik.
"Jimin... aku datang ni bukan nak caci, maki kau pun.. bukan nak hina kau pun.. cuma satu.. amaran."
Jimin berdecit sebelum berpaling semula ke arah tingkap. Puan Min tersenyum sinis.
"Lee Ara...."
Jimin terus bangun dari duduknya sedari tadi. Matanya merenung tajam wajah Puan Min. Lagaknya seperti dia begitu benci pada ibu saudara tirinya sendiri. Oh maaf bekas ibu saudara tirinya.
"Kau jangan nak sebut nama dia!? Kau tak layak!! Sebab anak kau!!! Ara jadi macam tu!! Sebabkan anak kau yang bebal tu.. aku jadi macam ni!!! SEBAB KAN ANAK KAU!"
Tengking nya. Puan Min terus menampar pipi Jimin sehingga merah. Matanya mencerlung memandang Jimin.
"Kau jangan nak hina anak aku! BEDEBAH!"
"Apa yang kau nak!!!!?"
"Aku tak nak kau dekati Lee Ara! Biarkan dia lupakan kau! Jangan nak muncul depan dia lagi dah!!!?"Jimin tersenyum sinis. Dia lalu kembali duduk sambil menyilangkan kakinya. Dia mula berpeluk tubuh. Jimin meledakkan ketawa kecil. Dia menggeleng perlahan.
"Kau ni bodoh ke gila? Aku terperangkap dalam bilik ni dah dua tahun.. dah dua tahun aku tak jumpa dia.. dan kau pula datang bagi amaran bodoh macam ni.. stupid!"
"Aku bodoh? Tak... aku tahulah Park Jimin.. kau mungkin dah lama buat rancangan kan? Untuk lari dari tempat ni kan? Jadi jangan nak buat muka tak bersalah lah!"
"Dah tu? Kau nak aku buat apa? Suka hati akulah nak buat sesuatu pun!? Kenapa? Kau takut yang Ara ingat semula?"
"Diamlah! Apa pun Lee Ara tetap akan lupakan kau.. sebab apa? Buat selamanya kau akan terperangkap kat dalam hospital gila ni!!"Jimin mula bangun dari duduknya. Dia tersenyum sinis sebelum bersuara.
"Aku tak kisah lah kalau Lee Ara nak lupakan aku sekalipun.. sebab apa? Sebab perasaan takkan mungkin dapat lupakan rasa cinta tu macam mana.. sekarang dah puas? Aku yakinlah sampai ke mati pun Ara takkan terima sesiapapun kecuali aku Park Jimin."
"Aku akan kahwinkan Lee Ara dengan Jeon Jungkook. Titik!"Kata Puan Min lalu melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang puas. Manakala Jimin jatuh terduduk di atas katil sambil menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia menekup wajahnya. Tak.. dia takkan biarkan sesiapa pun boleh merampas Ara dari nya.
"Jeon Jungkook.. nampaknya kau dah menempah maut dari aku."
SKIP
Ara baru saja siap mengemas barangnya untuk pulang ke Korea Selatan. Dua bulan lepas dia sudah pulang ke sana, itu pun hanya bercuti selama seminggu di Busan bersama Mamanya. Dan ketika itulah dia mengenali lelaki bernama Kim SeokJin.
Ara mengeluh perlahan sebelum berjalan keluar dari biliknya bersama dengan beg bagasi nya itu.
Nak dekat lima minit juga Ara menunggu mamanya datang menjemputnya dari Incheon Airport. Sedang dia menunggu itu, tiba2 muncul sebuah kereta hitam. Mercedes Benz hitam yang mewah. Ara mengerutkan dahinya.
"Bukan kereta mama.. ni kereta nak jemput orang lain kot."
Omelnya sendiri. Pintu kereta di tempat duduk pemandu dibuka lalu muncullah Jeon Jungkook. Dia berjalan keluar lalu mendekati Ara. Ara agak terpesona dengan penampilan segak Jungkook. Ya semestinya Jungkook kelihatan segak dengan baju tuxedo itu tapi cepat2 dia melemparkan perasaannya itu. Jungkook tersenyum manis.
"Hai.. Cik Ara."
"Kenapa Encik Inspektor yang datang jemput saya?"
"Sebab Puan Min sibuk sebenarnya jadi dialah yang suruh saya datang ke sini untuk Cik Ara. Mari.. silakan lah masuk."Ara tiada pilihan lain tapi menerima pelawaan Jungkook. Jungkook membuka pintu kereta untuk Ara. Ara tersenyum pendek sebelum melangkah masuk ke dalam kereta itu. Lalu kereta mewah itu menyusuri keluar dari kawasan Airport.
Ara masih berdiam diri. Terasa kekok bila bersama Jungkook. Jungkook sesekali mengerling ke arah Ara. Dia melemparkan senyuman manis kepada Ara apabila mereka berdua bertembung mata. Ara membalas senyumannya itu.
"Cik Ara.. sebenarnya saya dijemput untuk makan malam bersama dengan keluarga cik Ara."
"Oh.. patutlah awak pakai baju tuxedo..."
"Haha.. kenapa? Saya nampak pelik ke? Yalah selalunya saya pakai pakaian seragam tu je."
"Tak.. awak nampak kacak."
"Terima kasih..."Kata Jungkook. Dan ketika waktu lampu isyarat merah di hadapan mereka, Ara terpandang wajah seseorang yang sedang melintas itu.. seperti wajah.. seorang lelaki yang memakai baju serba hitam dan bertopeng. Dia sedang melintas lalu dia berpaling ke arah Ara menyebabkan Ara terkejut. Secara spontan Ara menjerit takut dan ketika itu juga memori sewaktu dia diculik bermain semula di dalam benaknya.
Jungkook serta merta memeluk Ara yang sedang ketakutan itu.
"Cik Ara.. jangan takut... saya ada disini... shh..."
"Jangan tinggalkan saya.. tolong.."Wajah Ara tersembam ke dalam dada Jungkook. Jungkook dengan perlahan memperkemaskan pelukannya dan menggosok tubuh belakang Ara perlahan.
"Nampaknya dia masih lagi trauma... tapi apa yang membuatkan dia tiba2 macam ni?"
Bisik hati Jungkook.
Jimin termenung jauh. Dia sedang merenung ke arah dinding yang serba putih itu. Hari ini seharian dia berlapar kerana selera makan nya mati. Tiba2 saja wajah Ara muncul di hadapannya. Jimin begitu rindu pada senyuman manis Ara.
"Ara.. I miss you so much.. so badly..."
Dia dengan perlahan menarik Ara ke dalam dakapan nya itu. Dia mengusap rambut Ara dengan lembut.
"I want you so bad..."
"Encik Jimin?"Jimin terkejut dan bayangan Ara sebentar tadi lesap begitu saja. Dia tercari2 bayangan Ara itu semula.
"Encik Jimin cari siapa?"
"Ara.. mana Ara doktor?"Doktor Wang mengeluh perlahan. Dia menggeleng perlahan.
"Jimin.. dia tiada kat sini."
Kadang kala dia berasa kasihan melihat keadaan Jimin. Jimin mungkin terlalu mencintai wanita itu sehingga dia jadi sebegini.
"Kau tipu! Ara.. mana Ara..?"
Jimin menangis semahu mahunya. Dia teresak esak menangis.
"Kenapa? Kenapa aku mesti kehilangan kau juga, Ara?"
Kata Jimin yang sedang menunduk sambil menangis. Doktor Wang menggeleng perlahan melihat keadaan Jimin yang begitu terdesak untuk berjumpa dengan Ara. Dia terpaksa memberi ubat penenang. Jimin lalu jatuh pengsan di atas lantai.
Dua orang pengawal membantu doktor Wang untuk mengangkat tubuh Jimin. Jimin lalu diletakkan di atas katil. Doktor Wang dan dua orang pengawal tadi melangkah keluar dan pintu kurungan ditutup kemas semula.
TBC
YOU ARE READING
[√] LET ME IN S2 | P.J.M
Mystery / ThrillerI loved you and I loved you. Over and over again. Until it kills me.. Lie edition. Completed