EP: 4

793 86 0
                                    

"It's breaking me.. losing you.."

Ara mengerutkan dahinya. Agak aneh kerana dia langsung tidak mengenali gadis di hadapannya kini.

"Ara.. takkanlah kau dah tak ingat aku.. aku kawan baik kau kot! Selepas apa yang--"
"Wait.. kawan baik?"

Satu memori asing mula menerjah masuk ke mindanya. Dia berasa agak sakit. Dia mula mengerang kesakitan. Somi menjadi cemas.

"Ara! Kau okay tak ni?"
"Ah.. saya okay.. maaf saya pergi dulu."
"Tunggu Ara!"

Tapi Ara tidak menunggu. Dia terus berlalu pergi dari situ. Dia berasa aneh dengan ingatannya kini. Dia teringat akan bayang seseorang yang berdiri di rooftop sambil termenung jauh. Tapi wajahnya terlalu kabur. Ara mengeluh perlahan.

"Adakah aku mesti... ingat semua ni balik? Bukan ke inspektor Jeon kata yang aku tak ada sesiapapun? Mak dan ayah aku dah lama mati.. aku anak tunggal dan aku juga tak ada kawan.. sebab tu Mama ambil aku jadi anak angkat.."

Ara menggeleng perlahan. Dia lalu mengambil teksi untuk pulang ke rumah.

Seorang lelaki berpakaian segak sedang berjalan menghampiri meja di mana kini Jin duduk sambil menikmati aroma kopinya. Lelaki itu tersenyum lebar dan menegur Jin.

"Jin! Lama tak jumpa kau..."
"Lama tak jumpa kau juga Wang Jackson."
"So.. kau kerja apa?"
"Kerja as a writer je. Dulu adalah hospital nak ambil aku kerja... tapi sekarang entah apa.. aku tak boleh nak fokus so.. aku menulis jelah "
"Aku faham.. kau pernah.."
"Jackson semua tu dah berlalu.. aku masuk penjara tu pun sebab kena tuduh."
"Kau kerja jelah kat hospital aku!"
"Are you sure?"
"Kerja jelah.. aku bagi kau handle seorang pesakit ni.. nama dia Park Jimin."

Jin berhenti menghirup kopinya. Dia agak terkejut mendengar nama itu. Jin mengukir senyuman penuh makna. Dia lalu meletakkan cawannya di atas piring nya semula.

"Okay.. aku akan kerja kat hospital kau.."
"Beres! Kau handle tau pesakit tu! Sebab aku ada ramai pesakit kat bawah aku.. semuanya sebab Puan Min asyik gesa aku supaya report segalanya berkaitan dengan Jimin kepada nya."
"Puan Min?"
"Ah ya... entahlah macam mana.. malas aku nak cerita."
"Seorang wanita yang kaya... dengar cerita syarikat keluarga Park diambil alih oleh Puan Min."
"Macam mana kau tau?"
"Berita...."
"Ah.. hahaha.. apalah aku ni.. ya tak ya juga.. berita mengenai kebakaran rumah agam keluarga Park juga masih hangat diperkatakan."

Jin hanya mengangguk. Tiba2 dia menerima panggilan dari Hoseok. Dia menjawab panggilan itu. Kemudian wajah Jin menunjukkan ekspresi muka yang serius. Dia lalu menamatkan panggilan itu sebelum bangun dari duduknya.

"Nak pergi mana dah tu Jin?"
"Kawan aku.. dia call minta tolong katanya urgent sangat.."
"Okay.. selamat tinggal."

Jackson mengangguk. Jin terus berlalu keluar dari pintu kafe kemudian menapak masuk ke dalam perut kereta. Dia mesti cepat.

Jimin memeluk kedua belah lututnya dan membentuk bola. Kini dia sedang berbaring di atas lantai yang sejuk dan bersebelahan dengan potret lukisannya itu. Sudah lama dia tidak menjamah makanan. Semestinya dia jatuh sakit. Sepanjang hari ini dia tidak makan atau minum. Wajahnya pucat lesi. Dia terketar2 menahan lapar.

"Ara... mungkin oppa patut mati je... lagipun oppa dah tak ada apa sesiapa yang boleh menemani Oppa. Maafkan oppa sebab tak dapat jumpa Ara lepas ni.."

Seorang jururawat wanita sedang menapak masuk sambil membawa dulang yang berisi makanan dan air. Jururawat itu ternampak kelibat Jimin yang sedang terbaring lemah di atas lantai. Terus dia pergi berlari ke arah Jimin. Dulang tadi diletakkan di sebelah Jimin.

"Encik Jimin! Bangun!"
"..."
"Encik Jimin bangunlah! Makanlah walaupun sedikit..."

Jimin meledakkan ketawa kecil. Jururawat wanita itu berkerut seribu.

"Jangan nak ganggu aku! Biarkan aku mati!!"
"Encik Jimin mesti makan!"
"Aku nak Ara!!! Kau faham tak!?"

Doktor Wang lantas menapak masuk ke dalam bilik kurungan Jimin. Dia mengeluh perlahan. Di dalam pegangan nya ada jarum. Jarum suntikan.

"Awak boleh keluar. Biar saya yang handle dia."

Jururawat wanita itu mengangguk sebelum bangun lalu berjalan keluar dari situ. Doktor Wang tidak menunggu masa lagi dah. Dia terus mencucuk jarum itu pada leher Jimin yang menyebabkan Jimin tidak sedarkan diri. Pandangannya semakin kabur dan kemudiannya semuanya gelap.

Ara termenung jauh ke tingkap biliknya. Tiupan angin di luar rumah menampar lembut wajahnya. Dia kini runsing dengan ingatannya. Satu persatu memori kembali menerjah masuk.

"Min Yoongi, Park Jimin dan Kim SeokJin.. apa yang aku dah terlepas pandang ye?"

"Ara!"

Bunyi ketukan di pintu yang diselangi dengan suara Mamanya memanggil nama nya itu telah menyebabkan lamunan Ara terhenti. Ara terus berpaling ke arah pintu.

"Ya mama?"
"Mari turun kita makan malam bersama!"
"Okay!"

Ara lalu bangun dari duduknya. Dia sudah lama bersiap untuk makan malam. Menurut mamanya dia harus berpakaian kemas dan cantik. Entah apa yang telah dirancangkan oleh mamanya itu. Takkanlah mamanya menjemput Inspektor Jeon untuk makan malam bersama sekali lagi?

Ara dengan perlahan melangkah turun ke dapur. Dia ternampak wajah Jungkook. Mama jemput dia lagi? Bisik hati Ara. Dia tersenyum pendek sebelum menghampiri meja makan tersebut. Kelihatan Jungkook berpakaian segak pada malam ni.

"Ah.. hai Inspektor Jeon."
"Oh hai.. Ara.."

Ara tersenyum mesra sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah mamanya. Kedudukannya bertentangan dengan Jungkook. Puan Min tersenyum lebar sebelum menjemput mereka berdua menjamah makanan yang menyelerakan itu.

"Ara..."

Panggil Puan Min. Ara terhenti mengunyah sebentar.

"Ya.. apa dia mama?"

Soal Ara kemudian meneguk air masak. Puan Min berdehem sebelum menyambung kata2nya itu.

"Mama ingat nak..satukan Ara dengan inspektor Jeon."

Membulat mata Ara. Terus dia tersedak dek berita yang mengejut itu. Dia terbatuk batuk. Puan Min mulai risau lalu dengan perlahan menepuk tubuh belakang Ara. Ara mengangguk perlahan. Jungkook tersenyum penuh makna.

"Ara.. okay.. tapi satukan Ara dengan dia? Takkan mungkin terjadi lah.. ma."
"Mama tau yang Ara belum boleh lupakan Yoongi.. but.."
"No.. this is not about Min Yoongi.. ma. Ini soal hati Ara. Ara tak rasa yang Ara patut terima sesiapapun saat ni. Ara masih lagi belajar dan Ara akan fokus pada masa depan Ara mama.."
"Tapi masa depan Ara bakal terjamin kalau Ara kahwin dengan Jeon Jungkook sayang..."
"Tapi Ara tak cintakan dia mama.. walhal Ara tak ada apa2 perasaan pun.. kami cuma kenalan saja."

Senyuman Jungkook hilang. Dia yang mendiamkan diri sedari tadi mula bersuara.

"Tapi saya cintakan awak, Ara. Saya boleh bahagiakan awak."
"No...I said no mama.. no.."

Ara mula bangun dari duduknya kemudian dia melangkah pergi dari ruang makan itu. Ara langsung tidak ambil peduli dengan panggilan mamanya. Dia agak kesal dengan sikap mama nya itu.

"Aku takkan jatuh hati dengan lelaki lain sebab..."

Langkahnya terhenti di hadapan pintu biliknya. Ya.. kenapa? Kenapa dia masih lagi tidak oleh buka kan pintu hatinya untuk menerima orang lain? Jika benar dia cintakan Yoongi.. jika benar bahawa Min Yoongi adalah kekasih nya. Tapi mengapa dia tidak rasa rindu akan Yoongi? Malah dia tidak ambil peduli pun tentang Yoongi. Dia langsung tidak ingat apa2 pun mengenai Min Yoongi.

"Kenapa..ya?"

TBC




[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now