EP: 11

735 101 13
                                    

Ara duduk termenung sambil memikirkan tentang Jimin. Matanya redup menatap rembulan dan langit malam. Cahaya bulan menyinari biliknya. Jungkook tiada di rumah kerana itu dia berasa sedikit tenang jika tidak sudah pasti bising dengan pertelingkahan antara mereka. Ara mahu bercerai. Keputusannya itu adalah muktamad.

"Cik Ara.."

Ara berpaling ke arah pemilik suara tua itu. Oh pembantu rumahnya. Matanya memandang ke arah wajah tua yang masih lagi dihiasi dengan sebuah senyuman yang manis. Ara membalas senyumannya itu.

"Cik marilah turun makan..."
"Makcik Jang... Boleh saya nak minta tolong?"
"Apa dia, cik cakap je saya boleh tolong.."

Ara baru saja ingin bersuara tapi...

"Ingat satu je Ara jangan percayakan sesiapapun di rumah tu. Termasuklah pembantu dia sekali... Semua tu boneka Puan Min belaka... Ingat pesan saya ni."

kata2 Jin menyinggah di benaknya. Dia terdiam buat seketika waktu. Dia tersenyum lalu menggeleng kepala.

"Tak mengapalah.. Saya ingat nak minta Makcik Jang masak lauk lain... Tapi macam tak ada selera nak makan.."
"Oh tak mengapalah kalau macam tu... Ni mesti tunggu encik suami kan?"

Senyumannya mati. Pandangan matanya berubah. Dingin.

"Makcik sila keluar. Biarkan saya bersendiri."

Tegas Ara bersuara menyebabkan Makcik Jang agak tersentak dengan perubahan mendadak puan mudanya itu. Dari peramah bertukar menjadi dingin. Tanpa berlengah dia terus berjalan keluar dari biliknya. Pintu ditutup. Ara menghela nafas dan menukar pandangan nya ke arah tingkap. Matanya menangkap figura seseorang yang memakai serba hitam sedang melambaikan tanganya ke arah Ara. Ara memerhati gerakan si misteri itu dengan aneh. Si misteri itu lalu mencabut topeng di wajahnya.

Wajah Ara bertukar ceria semula. Tangannya melambai ke arah si misteri itu semula.

Tak lama selepas itu, si misteri itu memanjat untuk masuk ke rumah melalui tingkap bilik Ara. Ara dengan segera memeluk tubuh si lelaki misteri selepas dia berjaya memasuki ke dalam bilik Ara.

"Jimin saya rindukan awak..."
"Saya pun..."

Dia menguncup dahi Ara dan memeluk Ara dengan lebih erat. Ara tersenyum gembira. Senang sungguh hatinya tika terdengar suara Jimin. Sungguh dia cintakan lelaki itu.

Tidak mereka sedar, dari jauh lagi Jungkook memerhatikan mereka dari dalam kereta dengan menggunakan binokular. Sungguh dia geram.

"Park Jimin.. Kau sengaja nak bagi aku rasa sakit hati kan? Malam ni juga kau kena!"

Tak lama kemudian terdengar bunyi siren kereta polis dari jauh. Senyuman jahatnya terbentuk di bibirnya. Jungkook menyimpan binokularnya dan mula menapak keluar dari perut kereta.

Jimin tersentak dek terdengar bunyi siren dari jauh. Dia lalu berpaling ke arah tingkap. Dia berdecit geram.

"Ara maaf saya kena pergi..."

Ara memeluk tubuh Jimin dari belakang. Kedengaran seperti kekasihnya itu menangis. Jimin terdiam.

"Saya cintakan awak hiks... Jangan pergi.. Hiks.. Tinggallah dengan saya Jimin... Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berada di sisi saya..."

Jimin berpaling ke arah Ara lalu menguncup bibirnya lama. Selepas beberapa saat dia melepaskan ciuman itu dan tersenyum.

"Jangan risau saya akan sentiasa mencari awak Ara.."

Kata Jimin sebelum melompat keluar dari tingkap. Nasib baik ada semak samun di bawah jika tidak sudah lama arwah si Jimin ni. Dia berlari anak mencari jalan keluar.

Jungkook memanjat tangga rumahnya dan merempuh masuk ke dalam bilik Ara. Didapati Jimin sudah hilang dan Ara sedang merenung jauh ke luar tingkap. Jungkook terus berlari ke arah tingkap dan memandang ke bawah. Dia lalu memandang wajah Ara dengan penuh rasa tidak puas hati.

"Semuanya disebabkan kau Jimim dah pergi!"

Ara menolak tubuh Jungkook kasar. Dia mula berjalan keluar dari biliknya itu. Jungkook mendengus geram. Dengan geram dia mengetuk cermin tingkap itu.

"Kau lari lagi... Cis, aku terlewat!"

Jimin pulang dengan kakinya terhinjut hinjut. Apabila dia menapak masuk ke dalam rumahnya, dia terus berbaring di atas sofa.

"Chim... Pergi mana?"

Soal Jin yanh tiba2 saja terpacul di depan biliknya.

"Hyung ni dah tak tahu ketuk pintu ke?"
"Jawab soalan aku Jimin!"
"Jumpa Ara... Puas?"
"Berhentilah cari dia... Kalau kau buat macam ni silap hari bulan polis buru kau sampai diaorang boleh jumpa tempat kita ni tau!"
"Ya aku tahu tu.. Tapi kau tak boleh nak hentikan aku dari berjumpa dengan Ara."
"Fine..."

Jin akhirnya menyerah. Malas mahu untuk bertengang urat dengan si pendek ni. Fikirkan pasal dirinya saja. Harapnya dia tidak tertangkap.

Esoknya, Ara duduk temenung di sisi katil. Dia tidak mahu makan. Kelmarin pun dia tak ada selera untuk makan. Dia hanya mahu bertemu dengan Jimin. Hanya Jimin. Entah mengapa dia berasa takut. Sangat takut kalau dia kehilangan Jimin semula. Hanya memikirkannya boleh membuatkan Ara menjadi gelisah macam orang yang tak tentu arah.

Jungkook menapak masuk ke dalam bilik Ara. Dia mengeluh berat lalu meletakkan dulang yang telah terhidang makanan buat Ara itu di atas meja kecil. Dia dengan perlahan melabuhkan punggungnya di sebelah Ara.

"Ara makanlah sikit... Please.."
"Siapa kau nak arahkan aku? Keluar!"
"Ara aku ni suami kau! Hormatlah sikit!"
"No... Kau bukan suami aku!! Keluar!"

Terus pipi mulus Ara ditamparnya hingga gadis itu terteleng ke sisi. Entah mengapa imej Jimin hilang dari pandangan matanya tiba2 saja muncul di kotak memorinya. Adakah ianya hanyalah ilusi? Dia tiba2 terduduk dan menjerit seperti dalam keadaan histeria dan ketakutan. Jungkook terkejut. Ini pertama kali dia melihat perubahan mendadak terhadap isterinya.

"Kau dah gila ke Ara?"

Soal Jungkook terkejut.

"Isteri awak mengalami trauma... Dan dia menjadi begitu obses dengan orang yang bernama 'Jimin..' itukan nama yang dia selalu sebutkan?"

Jungkook terpaksa mengiyakan kata2 doktor psikiatri di hadapannya itu. Doktor itu mengeluh berat.

"Encik Jeon... Bawalah Jimin berjumpa dengannya kalau tak dia boleh hilang kawalan... Tapi jangan risau dia masih lagi boleh dirawat..."

Tiba2 saja pintu bilik pejabat doktor tersebut dirempuh masuk oleh seseorang. Puan Min datang dengan wajah yang merah menahan amarahnya.

"Siapa yang buat anak aku jadi macam tu!? Cakap!"
"Puan Min... Ini semua salah Park Jimin bukankah lagi bagus kalau dia mati?"
"Kau diam Jungkook... Doktor saya nak Ara dirawat serta merta... Aku tak nak anak aku jadi gila macam anak2 keluarga Park tu! Aku boleh bayar berapa pun kau nak!"

Doktor lelaki itu mengeluh perlahan dan menggeleng kepalanya.

"Saya tak boleh nak rawat dia.. Sebab kalau tak dia akan hilang kawalan jika dia tidak bertemu dengan orang yang bernama Jimin."
"Budak tak guna tu jadi kata kuncinya sekarang? Baik... Jungkook aku nak kau bawa Jimin hidup2 faham!"

Jungkook terpaksa mengangguk kan kepalanya tanda mengerti. Walhal di dalam hatinya, dia berasa sungguh gundah gulana memikirkan Ara yang begitu gembira melihat Jimin.

"Apa yang hebat sangat Jimin tu sampaikan kau tak nampak yang aku dah mula sayangkan kau Ara?"

TBC

Vote ye korang! Author pun tak pasti apa nak dibuat dengan Ara selepas ni... Kesian tengok dia...







[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now