Ara dengan langkah perlahan berjalan masuk ke dalam rumah. Rumah bondanya. Lebih kepada ibu amgkatnya. Dia perlu mengambil semula surat kontrak perkahwinanmya dengan Jungkook. Dan jikalau Jungkook sudah sedar, surat cerai akan sampai ke tangannya.
Baru saja Ara hendak masuk ke dalam biliknya, lengannya ditarik dan dipaksa untuk menoleh ke belakang. Matanya bertembung dengan wajah risu Puan Min.
"Ara... Kamu ke mana?"
"Erm... Lepaskan.. Please..."
"Jawab pertanyaan mama ni!"
"Ikut suka hati Ara nak pergi mana pun... Lagipun kan Puan Min. Saya masih belum lupa apa yang telah puan buat terhadap keluarga saya dan begitu juga dengan keluarga Park!"Ara merentap tangannya untuk dilepaskan dan dengan segera dia berjalan masuk ke dalam bilik sebelum menguncinya. Dia menyandarkan tubuhnya pada pintu. Jarinya dengan perlahan menyentuh bibirnya seraya tersenyum.
"Aku rasa bersalah pula sebab buat macam ni belakang Jungkook."
Dia merebahkan dirinya ke lantai dan tangannya menyentuh permukaan perutnya.
"Pasti Jungkook akan membenci aku lebih dalam lagi lepas ni."
Jin memandang wajah Jimin lama sebelum menghela nafas berat. Dia berasa risau tentang kehilangan jejak Jimin. Manalah tahu mungkin ada orang sudah berjaya memberkas Jimin. Perkara itulah yang dia takuti sekali.
"Jimin-ah... Apa yang kau dah buat ni?"
Jimin tidak memberi sebarang respon. Dia hanya melabuhkan punggungnya di hadapan Jin dan menatap wajah Jin dengan senyuman sinis.
"Hyung... Salah ke apa yang Jimin buat ni?"
"Jimin... Hyung rasa.. Kalau.. "
"Kenapa Hyung decide nak hantar chim ke hospital sakit jiwa ke?"Soal Jimin dengan nada yang sinis. Jin memandang nya terkejut. Jimin terus bangun dari duduknya dengan wajah yang kecewa.
"Tolonglah chim... Ini semua untuk kebaikan Jimin..."
"Bukan ke Jimin dah kata yang Chim tak gila hyung!"
"Jimin... Kenapa Jimin tak makan ubat tu??"
"Biarkan Jimin jalankan hidup dengan cara Jimin sendiri!"Tiba2 muncul dua orang lelaki yang memakai topeng muka. Mereka berdua memegang kedua belah lengan Jimin mengunci pergerakannya. Dan Jin terus mengeluarkan jarum suntikan nya. Jimin terkejut. Dia menggeleng perlahan. Wajahnya jelas meluahkan rasa yang kecewa.
"Nampak sangat Jin hyungnim lebih sayangkan Jung Ah..."
Jimin tersenyum sinis. Jin berasa ragu ragu untuk memberikan suntikan itu. Dia sayang Jimin sama seperti dia menyayangi Jung Ah. Jin menggeleng laju.
"Tak.. Hyung sayang kalian berdua tapi ini untuk kebaikan kamu juga chim..."
Jin terus menanamkan jarum itu ke dalam tengkuk Jimin. Dan Jimin mula menjadi lemah lalu rebah ke lantai tidak menyedarkan dirinya.
Namjoon mengeluh perlahan sebelum membuka topeng mukanya lalu menepuk bahu Jin.
"Apa yang kau buat ini adalah untuk kebaikannya..."
Hoseok turut membuka topeng nya. Dia melemparkan topeng tadi ke lantai.
"Hyung.. We'll proceed to our plan right?"
"Yes... Hoseok..."Ara berdiri saja di luar wad. Agak ragu ragu untuk menjenguk suaminya yang masih lagi terlantar di hospital.
"Aku harap aku tak mengandung.."
Dia menolak pintu itu lalu melangkah masuk. Kelihatan Jungkook sedang nyenyak dibuai mimpi. Dia melepaskan keluhan lega. Dia berasa agak serba salah sebenarnya untuk meninggalkan surat cerai dan surat perjanjian mereka berdua dahulu. Tapi inilah yang dia mahu. Dia tidak mahu lagi menjadi isterinya. Dia tidak mahu hidup tidak dicintai. Jeon Jungkook bukan lelaki pilihannya.
Namun sangkaannya meleset apabila Jungkook mulai membuka matanya. Jumgkook agak terkejut dengan kehadiran Ara. Dia tidak sangka bahawa Ara akan melawatnya. Dia tersenyum lebar.
"Ara..."
"Jungkook jangan salah faham... Saya ke sini sebab..."
"Tak... Saya tahu saya tak layak untuk katakan semua ni tapi saya gembira sebab awak ada di sini... Terima kasih."Ara melepaskan keluhan kecil. Fail yang ada di tangannya diletakkan di atas katil bersebelahan Jungkook. Jungkook mengerutkan dahinya. Ara menggigit bawah bibirnya. Dia memandang wajah Jungkook yang penuh dengan pertanyaan.
"Fail apa ni?"
"Ceraikan saya Encik Jeon dan saya pasti awak akan lebih bahagia... Saya bukannya wanita pilihan awak. Saya faham.. Saya bukan seperti kakak saya... Yang dulu awak cintai... Jadi lepaskan saya."Jungkook menggeleng laju lalu dicapainya tangan Ara sebelum Ara sempat melangkah pergi. Langkah Ara terhenti. Dia menelan air liur.
"Ini adalah jalan yang terbaik untuk awak dan saya..."
"Tak... Jangan pergi di saat saya dah mulai cintakan awak Ara... Please... Saya tahu saya dah banyak buat awak terseksa dengan ego saya... Dengan dendam saya tapi.. Sekarang saya..."Ara menarik tangannya supaya Jungkook melepaskan tangannya dan dia mula melangkah ke arah pintu.
"No... You're too late... I'll never love you. I'm sorry.."
Dia mula menolak pintu dan melangkah keluar dari situ meninggalkan Jungkook yang kini sedang terluka. Luka yang sama di saat kakaknya Hyejin yang pernah meninggalkan nya. Tapi luka ini lebih sakit. Jungkook mula mengalirkan air mata. Dia menangis sendirian.
Ara menghembuskan nafasnya lalu melangkah pergi dari situ.
Puan Min baru saja sampai di hospital. Dia tidak pula perasan kehadiran Ara di saat Ara juga ingin melangkah keluar dari bangunan hospital tersebut. Puan Min menolak pintu wad. Dan tersenyum di saat dia melihat Jungkook yang baru saja bangun dari tidur. Jungkook mengelap air matanya.
"Jungkook.. Kenapa ni?"
"Ara ada di sini tadi.. Ya dia datang melawat.."
"Ara? Baguslah... Nasib baik dia masih teringat kan kamu..."
"Tapi tujuannya adalah ni..."Jungkook menghulurkan fail2 tadi kepada Puan Min. Puan mengerutkan dahinya. Dia mula meletakkan buah tangannya di atas meja kecil lalu mengambil fail itu dan mula menelitinya satu persatu. Dia terkejut.
"Dia mahu bercerai dengan kamu!?"
"Ya... Lagipun perkahwinan kami bukan dibina kerana cinta... Saya yang salah sebab cintakan dia... Dan saya yang salah sebab buat dia rasa terseksa..."
"Apa yang kamu cakapkan ni Jeon Jungkook...?"
"Puan Min kalau itu yang Ara mahukan baiklah saya akan lepaskan dia pergi dengan rela... Sebab saya tak nak buat dia rasa terseksa buat kali kedua..."
"Tapi...."
"Ini saja jalannya... Lagipun dia lebih cintakan lelaki tu..."Kata Jungkook bernada sedih. Puan Min mengeluh perlahan. Dia tidak mampu untuk menghalang perceraian tersebut jika itu sudah diputuskan oleh Jungkook.
Jimin merenung jauh ke arah kamera yang kini ada di hadapannya. Terlalu banyak soalan yang sukar untuk dia takfsirkan di dalam benaknya. Ya memang semua itu soalan berkenaan dirinya dan kembarnya dahulu. Tapi kali ini agak sukar untuk dia memberikan penjelasan berkenaan kes pembunuhan yang pernah dilakukan oleh kembarnya. Entah mengapa si pihal hospital ini ingin tahu tentang kes tersebut. Dia hanya melemparkan senyuman sinis sebelum seorang penjaga mula mengarahkan nya bangun dan dia di hantar semula ke dalam biliknya.
Di sini.. Dia kembali semula terperangkap dan dibelenggu kesepian.
"I miss you Ara.."
Bisik Jimin perlahan sebelum dia melelapkan matanya.
T B C
YOU ARE READING
[√] LET ME IN S2 | P.J.M
Mystery / ThrillerI loved you and I loved you. Over and over again. Until it kills me.. Lie edition. Completed