LUCID DREAM

488 41 1
                                    

Aku melemparkan pemandangan ke arah laut yang membiru, senyumanku mula terukir apabila raut wajahnya singgah ke pandanganku, Ara.

Dia tersenyum memandang aku. Seorang kanak² mula berlari ke arahku dan memeluk tubuhku erat.

Senyumanku mula melebar. Kanak² itu mencium pipiku.

"Appa, jom bina istana pasir!"
"Jom!"

Aku mengangkat tubuhnya dan mula mengambil peralatan untuk membina istana pasir. Seorang wanita datang dan mencuit bahuku. Dia tersenyum. Wajah manisnya mendinginkan hatiku. Wanita yang paling sempurna.  Wanita yang aku paling cintai, Lee Ara.

"Lepas ni kita pergi jumpa uncle nak?"

Soalnya. Suaranya umpama irama lagu yang aku selalu dengar dan iramanya sungguhku sukai. Anak kecil itu menganggukkan kepalanya berulang kali. Aku bagaikan diulit dengan mimpi yang terindah, bayanganku kini umpama satu lukisan yang teristimewa. 

Dia melabuhkan punggungnya dan duduk di sebelahku.

"Adakah awak bahagia Jimin?"
"Selagi saya ada awak dan anak kita.. Selagi tu saya bahagia..."
"Tapi kalau saya dah tak ada?"
"Tidak awak akan selalu wujud...."
"Di mana?"

Aku menarik lembut pergelangan tangannya dan meletakkan tapak tangannya pada dadaku. Aku memandang wajahnya dengan penuh kasih dan rindu.

"Di sini... Awak dan anak kita akan selalu wujud di sini... Ia takkan hilang buat selama lamanya...."
"Saya cintakan awak Jimin..."
"I love you too, so much..."

Ucapku dengan nada romantis dan mengucup dahinya dengan penuh kasih.

Setelah kami sekeluarga berkelah di pantai, kami mula bergerak ke satu destinasi lain iaitu ke rumah Jung Ah, adik kembarku.

Aku mengetuk pintu rumahnya perlahan. Apabila kedengaran tapak kaki seseorang mendekati pintu, jantungku mula berdegup laju. Aku berdebar. Adakah dia akan berasa gembira menemui aku? Adakah kami berdua akan menjadi adik beradik yang rapat? Adakah aku akan jadi seorang abang yang terbaik untuknya? Khabarnya dia telah menerima rawatan psikologi yang khusus dan boleh menjalani hidup secara normal.

Dia mula berpindah di sini setelah Jin hyung menyediakan tempat tinggal untuk Jung Ah. Jin Hyung masih lagi hidup dalam kerja gelapnya.

Pintu terbuka perlahan, wajah yang sama sepertiku menghiasi pandanganku. Aku tersenyum. Air mataku mula jatuh ke bumi.

"Jung Ah..."
"Hyung...."

Dia mula mendakap tubuhku erat dan mula menangis di bahuku.

"Hyung..."
"Selamat pulang, Jung Ah..."
"Terima kasih Hyung..."

Kami dijemput untuk masuk ke dalam. Ruang tamunya menjadi perhiasan mataku. Dekorasinya cukup menarik. Kami sekeluarga menghabiskan masa lapang di rumah Jung Ah. Di situ aku ketawa, di situ aku mula berbual mesra dengan adik kembarku dan keluargaku, Ara dan Areum. Aku bergembira dengan mereka sehinggalah siang bertukar malam. Jung Ah mengajak aku untuk berbual di luar rumah.

Di situ terletaknya sebuah bangku dan di situ juga, kami boleh menikmati pemandangan langit malam. Hiasan bulan dan bintang menjadi perhiasan mataku. Aku melabuhkan punggungku di sebelah Jung Ah. Dia tersenyum. Raut wajah kami saling tidak tumpah. Kami benar benar kembar seiras.

Dia menepuk bahuku lembut seraya bertanya.

"Adakah hyung bahagia?"
"Hyung sentiasa bahagia selagi ada keluarga hyung di sini... Dan Jung Ah pun keluarga hyung... Adik hyung..."
"Jung Ah tak pernah sempat nak kata sesuatu kat Hyung..."
"Apa dia?"
"Jung Ah sayangkan Hyung... Jung Ah tak pernah bencikan hyung... Jung Ah tak pernah inginkan hal itu terjadi..."
"Cukup Jung Ah, jangan risau... Hyung bahagia... Dan akan terus kekal bahagia bersama Jung Ah, Ara dan Areum..."

Jung Ah mengerutkan dahinya sebelum melontarkan pandangannya ke langit. Kerlipan cahaya bintang membuatkan malamku kini lebih dihiasi dengan keindahan. Tawaku tiba tiba terletus.

"Dengan cara ini saja hyung akan bahagia..."
"Tapi..."
"Hyung akan tetap bahagia..."

Aku mengeluarkan sebiji pil biru yang terakhir dan baru saja ingin menelannya. Kerutan pada dahinya jelas menunjukkan bahawa dia risau.

"Adakah ini benar² menjadi pilihan yang terbaik untuk hyung?"
"Bukankah hyung sudah kata? Hyung bahagia sangat², terlalu bahagia..."
"Kalau begitu, berhentilah menangis...

Aku tidak percaya, aku mengalirkan air mata tanpa sedar. Aku membiarkan saja air mataku mengalir dan bertindak menolak tangan Jung Ah jauh dariku. Dia terkejut. Raut wajahnya menunjukkan bahawa dia bersimpati dengan keadaanku.

"Biarkan.... Kami per-"
"Takkan!"

Kata²nya tak aku ambil peduli. Aku terus menelan pil itu dan memaksanya untuk melalui esofagusku. Jung Ah tersenyum sedih seraya bangun dan duduknya dari mengundurkan langkah.

"Berhentilah dari terus bermimpi... Bangunlah..."

-Wake up....

Mataku terus terbuka luas, pil-pil yang berselerak menjamah pandanganku. Dengan kudrat yang lemah, aku bangkit berdiri.

Adakah baru tadi aku bermimpi?

O N E I R O N A U T ;
L U C I D  D R E A M

Because it's too good to be true....

-END-

[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now