EP: 16

715 71 0
                                    

Ara tersenyum lebar sambil mengusap perutnya yang masih lagi kempis. Dia mengangkat wajah memandang Somi.

"Somi... Nantikan bila perut aku dah membesar kita pergi shopping sama2 ya?"

Somi tersenyum lalu mengangguk sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Ara.

"Ara... Aku harap kau bahagia akhirnya."
"Semestinya aku bahagia.. Aku akan bina keluarga.. Keluarga yang aku sayangi...,"

Makin lebar senyuman Ara dibuatnya. Somi membawa Ara pulang.

Hari demi hari berlalu, Ara seperti biasa pasti akan berjumpa dengan Jimin sehinggalah pada hari ni Jimin akhirnya keluar dari hospital itu. Jimin dan Ara akhirnya tinggal di pulau Jeju. Minggu demi minggu perut Ara sudah mulai mengalami perubahan. Kandungan sudah pun mencecah masuk 6 minggu. Dirinya makin hari makin berseri. Jimin pasti akan keluar pada waktu pagi untuk bekerja demi meyara mereka berdua.

Namun, semuanya berubah apabila Ara bertembung dengan bekas suaminya. Ya. Proses penceraian mereka berjaya. Mereka berdua sudah pun bercerai. Tapi kali ini setelah sekian lama tidak berjumpa, mereka terserempak di sebuah kedai makan di JeJu.

Gugur jantung Ara di saat namanya dipanggil.

"Ara... Itu awak kan?"

Dengan perlahan Ara menoleh ke arah Jungkook. Mata Jungkook membulat. Tubuh Ara kelihatan makin berisi dan wajahnya tambah berseri seri. Tidak seperti dulu. Makin cantik.

"Ara.. Awak dah makin cantik."

Itu kata² pertama yang Jungkook utarakan waktu berjumpa dengan Ara. Ara berasa agak kekok namun dia cuba mengawal air mukanya. Dia jug mahu memastikan Jungkook tidak tahu soal kandungannya itu. Dia masih takut dengan apa yang akan berlaku kelak.

"Awak macam mana sekarang? Sihat?"
"Jeon Jungkook saya rasa better kalau kita tak berjumpa langsung dan kalau terserempak pun tolong buat macam awak tak kenal saya."
"Ara, saya..."

Tiba² telefonnya berdering. Ara cepat² mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?"
"Jagiya... Ada kat mana? Bila nak balik? Oppa risau ni.."

Suara yang sangat dia kenali menyapa di corong telefon. Ara tersenyum gembira.

"Ah... Nanti Ara balik okay? Bye..."

Setelah penggilan tadi diputuskan. Ara cepat² mencari alasan untuk melarikan dirinya. Tapi Jungkook sempat menarik lengannya. Jungkook masih mencintai Ara. Malah makin hari makin dia rindukan Ara.

"Jungkook lepaskan!"
"Tak... Sekarang ni juga saya nak bawa awak pergi dari sini... I still want you Ara..."
"No! Awak tak faham bahasa ke!? Saya kata lepas, lepaskan lah!!"

Entah dari mana tiba² muncul Jimin menumbuk pipi Jungkook hingga dia hampir tersembam jatuh ke tanah. Dia terus mengangkat muka dan bertembung mata dengan mata Jimin yang tajam menikam. Dia tersenyum sinis.

"Kau... Buat apa kat sini? Oh... Wait... Kau keluar dengan bekas isteri aku ni? Bekas aku pun kau nak kutip?"

Jimin tersenyum sinis sebelum menarik Ara kedalam dakapannya.

"Bekas kau? Tolonglah Jungkook... Nak jadi suami dia pun tak mampu. Dah jom jagi buang masa je layan lelaki tak guna macam dia ni!"

Jimin dan Ara terus melangkah keluar dari kedai makan itu. Jungkook mengelap kesan luka di tepi bibirnya itu. Dia mendail nombor seseorang.

"Aku nak kau cari maklumat tentang Park Jimin sampai dapat!"

Jimin memandang wajah Ara dengan penuh kasih. Dia membelai rambut Ara sebelum memeluknya menyebabkan wajah Ara tersembam ke dadanya.

"Oppa.. Nak tak kita pindah... Ara tak nak dia tahu tentang kita."
"Tak... Jangan risau sangatlah jagi."
"Esok saya ingat nak pergi ke ladang teh mak cik Jang."
"Boleh ke awak seorang diri ke sana?"
"Oppa jangan risau.. Ara akan lari jauh dari dia tau!"
"Masalah nya Ara tengah mengandung sekarang ni."
"Oppa i promise to you that I'll take care of myself!"

Jimin tersenyum lebar sebelum mengeratkan pelukannya. Dia tersenyum bahagia. Suasana malam yang mengenangkan. Kini mereka bersama² menghabiskan masa di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah. Ara tersenyum manis. Dia mengusap perutnya itu. Dia lalu dengan perlahan menjarakkan dirinya.

"Oppa.. Nanti kalau baby kita ni keluar nak bagi nama apa?"
"Areum... Sebab Oppa nak dia jadi cantik macam omma nya.."

Kata Jimin sambil mencuit manja pipi Ara. Ara tersengih lalu memegang tangan Jimin sebelum dibawanya ke perutnya.

"Jimin... Saya sangat bahagia bersama dengan awak."
"Saya pun Ara... Saya pun. "

"Ara... Saya tak rasa yang saya boleh hidup tanpa awak. Awak adalah segalanya bagi saya. Saya harap kenangan ini akan terpahat di dalam hati kita. Saya janji saya akan jaga awak dan anak kita sebaik mungkin.

Esok... Esok adalah hari saya akan melamar awak Ara. Esok adalah hari saya akan mendengar jawapan awak. Dan saya tak sabar menanti kelahiran Areum. Saya harap hari saya akan sentiasa dihiasi dengan senyuman awak. Saya cintakan awak, Ara."

"Ara, I love you."
"I love you too, Jimin."

TBC

[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now