EP: 12

755 76 1
                                    

"Kau ingat ye Jimin... Jangan kau nak lebih2 dia tu isteri aku..."

Jungkook berbisik ke dalam telinga Jimin memberi amaran keras kepadanya. Jimin tersenyum sinis. Tangannya perlahan menepuk bahu Jungkook.

"Kau jangan risau aku takkan berlebih2.. Tapi jangan salahkan aku kalau isteri kau tu tergila²kan aku."
"Aku akan sentiasa perhatikan kau."

Senyuman Jimin akhirnya mati dan terus dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur Ara. Kelihatan Ara sedang duduk temenung keluar tingkap. Semunya disebabkan traumanya.

"Semua ini salah aku kan bagus kalau dia hilang ingatan maka sudah tentu dia takkan rasa tertekan macam ni... Semua senario pahit takkan bermain di kotak ingatannya...."

"Ara..."

Panggil Jimin lembut. Ara terus berpaling ke arahnya dengan sebuah senyuman yang lebar. Dia terus memeluk Jimin erat. Jimin tersenyum nipis dan membalas pelukan nya itu.

"Ara sihat?"

Ara mengangguk saja. Dia melepaskan pelukan dan merenung wajah Jimin sambil tersenyum.

"Awak betul2 ada kat sini kan?"
"Ya.. Awak dah makan?"

Ara menggeleng dan menundukkan wajahnya. Jimin lalu menarik tangan kekasihnya perlahan ke arah katil. Diambilnya dulang yang sudah pun terhidang santapan pagi buat Ara. Ara tersenyum bahagia. Matanya bersinar apabila Jimin mula ingin menyuapakannya makanan.

Jungkook hanya sekadar memerhatikan segalanya sedari tadi. Rahang²nya bergerak tanda marah. Dan matanya merenung tajam memandang mereka berdua bermesra. Api cemburunya menyala².

Dia lalu menutup pintu semula secara perlahan dan beredar dari situ.

Jin memandang ke arah sungai Han yang luas terbentang. Dia temenung jauh sambil memikirkan tentang sesuatu. Hoseok muncul di sebelahnya. Dia mengeluh berat. Jin tersedar dari renungan yang jauh itu, anak matanya mengekor ke arah Hoseok sebelum menukar pandangan nya semula ke arah sungai.

"Hyung... Tekaan hyung memang tepat. Ara sekarang ni dia... Meracau... Saya rasa dia dah ingat semuanya."
"Hmm.... Baguslah.. Kalau dia ingat senang kerja kita... Dah sediakan senapang secukupnya?"
"Ah ya.."
"Kita buru Jungkook malam ni..."

Hoseok mengangguk faham. Dia mula teringatkan Jimin. Dia memandang wajah Jin.

"Hyung.. Jimin macam mana?"
"Biarkan dia bersama Ara... Jangan beritahu dia apa2."
"Tapi... Takkanlah kita nak buru kawan baik dia-"
"Kawan? Orang macam tu? Tak.."

Jin kemudiannya berjalan pergi meninggalkan Hoseok untuk ke arah keretanya. Hoseok masih lagi tercegat berdiri memikirkan tentang Jimin. Lamunan nya akhirnya mati apabila Jin menekan hon kereta kuat2. Hoseok meraut wajah lalu ikut masuk ke dalam kereta.

Ara akhirnya nyenyak diulit mimpi. Jimin tersenyum kecil sebelum berjalan keluar dari situ. Pintu ditutup. Jimin yang ingin melangkah turun itu tiba2 saja ditolak kasar ke dinding dan kolar bajunya ditarik ganas. Matanya bertemu dengan renungan mata Jungkook. Ekspresi muka nya berubah tatkala terpandang wajah bekas sahabatnya. Dia tersenyum jengkel.

"Bukan main mesra kau dengan isteri aku..."
"Jeon Jungkook kalau boleh aku dah lama nak bunuh kau."
"Kenapa tak bunuh aku sekarang je?"

Soal Jungkook mencabar Jimin. Jimin tersenyum senget dan terus pisau lipat yang disembunyikan nya sedari tadi tembus ke perut Jungkook. Mata Jungkook membulat besar. Mulutnya mula memuntahkan darah. Dan kesan darah terpercik sedikit ke baju hitam milik Jimin. Jimin tersenyum puas lalu ditarik pisau itu keluar sebelum membiarkan tubuh Jungkook rebah ke lantai bersama dengan darah.

Jimin menundukkan tubuhnya menyamai Jungkook yang sedang terbaring lemah itu.

"Ya.. Aku memang patut bunuh kau sekarang sebab aku memang dah lama berdendam dengan kau... Kau mungkin nak kata aku gila... Bodoh sebab bunuh kau kat rumah ni... Tapi apa aku peduli, betul tak?"

Jungkook memandang wajah Jimin yang kian kabur dari pandangan matanya. Tangannya memegang luka tusukan pisau tadi. Tak lama kemudian, dia sudah tidak sedarkan diri. Jimin tersenyum lebar.

Namjoon bergegas ke tempat tinggal Jin. Pintunya dirempuh masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Jin yang dari tadi sedang membaca suratkhabar akhirnya terhenti. Dia mengangkat kening. Terasa jengkel kerana dikacau pada waktu senggang nya itu.

"Kau nak bunuh Jungkook?"
"Dari mana kau dengar ni?"
"Dari Hoseok..."

Jin menghempas suratkhabar yang dibacanya itu ke meja. Dia memandang wajah Namjoon dengan rasa tidak puas hati.

"Habis tu? Kau nak aku hentikan?"
"Tak... Sebenarnya sekarang ni Jungkook kat hospital... Dia ditikam."
"And? Macam mana dia boleh ditikam?"

Namjoon mengerutkan dahinya. Dia lalu berjalan mendekati Jin.

"Bukan kau ke yang tikam?"
"Aku tak plan pun nak bunuh dia waktu petang macam ni..."
"Kalau bukan kau? Siapa lagi?"

Jin agak terkejut terus dia mendail nombor Hoseok.

"Hello... Cari Jimin sekarang! Jangan banyak soal! Faham!"

Jimin meletakkan tubuh Ara di atas katil. Sekarang mereka berada di motel. Ara masih lagi tidak sedarkan diri kerana dia masih lagi terkesan dengan ubat tidur yang diletaknya di dalam minuman Ara sewaktu Ara makan sarapan pagi tadi.

Jimin mengelus rambutnya. Dia tersenyum. Ara dengan perlahan membuka matanya. Tatkala matanya bertemu dengan Jimin, dia terus menjauhkan dirinya dari Jimin.

"Jimin... Awak buat saya terkejut je..."
"Sorry.."
"Erm Jimin saya rasa.. Ini bukan bilik saya... Kita kat mana ni?"

Jimin dengan perlahan mendekati tubuh Ara lalu berbaring di sebelahnya. Jarinya diangkat dan diletakkan ke bibir Ara. Ara memandangnya dengan seribu kerutan di dahi.

"Shh... Jangan risau. Awak percayakan saya betul tak?"

Ara mengangguk laju. Jimin kemudiannya mengalihkan jarinya pada bibir Ara.

"Jimin... Sebenarnya kita kat mana ni?"
"Motel..."
"Hah!"
"Tak.. sebenarnya..."

Mata Ara terpandang ke arah percikan darah pada baju Jimin. Dia memandang wajah Jimin dengan wajah meminta penjelasan.

"Saya nak kita kahwin..."
"Tapi.. Jungkook-"
"Dia dah tak ada.."
"Hah? Awak.. Buat apa pada dia?"

Jimin tersenyum lalu mendaratkan bibirnya pada bibir Ara.

Hoseok terus memberhentikan keretanya betul2 di hadapan motel. Dia terus menapak keluar dari dalam perut kereta kemudian bergegas masuk ke dalam bangunan tersebut.

"Hello, hyung... Rasanya dah betul dia ada kat motel."
"Kenapa dia boleh ada kat situ?"
"Tak tahu.."
"Okay jangan risau.. Aku akan uruskan Puan Min."
"Baik hyung.."

Panggilan telefon ditamatkan. Apabila kakinya sudah berada di hadapan sebuah pintu bilik, dia terus mengetuk pintu tersebut. Namun tiada jawapan. Terus Hoseok menendang pintu tersebut dan merempuh masuk ke dalam.

Matanya terbeliak dan terus tangannya diangkat ke udara tanda menyerah diri. Jimin tersenyum sinis. Tangannya kini sedang mengacukan pistol ke arah Hoseok.

"Long time no see.. Jung Hoseok."

Jin memandang segenap ruang dekorasi pejabat milik Puan Min itu. Sungguh mewah dan bercita rasa tinggi. Dia lalu melabuhkan punggung nya di atas kerusi kusyen, tempat duduk Puan Min. Puan Min yang baru saja berjalan masuk itu terkejut dengan kehadiran tiba2 Jin. Jin tersenyum sinis lalu pistol yang dibawanya tadi diletakkan di atas meja.

"Hello... Lama tak bersua muka bukan?"
"Kau!"

TBC

[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now