EP: 15

773 87 3
                                    

Ara pergi berjumpa dengan kawannya. Kawan baiknya yang dahulu mengenali dirinya. Dia mesti berjumpa dengan Somi. Lagipun dia sudah ingat semula semua memorinya.

Pintu rumah Somi diketuknya. Dan dengan perlahan pintu dibuka. Somi agak terkejut dengan kehadiran tiba² Ara. Orang yang dia tidak pernah jangka akan muncul di hadapan muka pintu rumahnya. Ara sudah tidak dapat membendungnya lagi dan air matanya mula turun dengan deras. Dia terus memeluk Somi sambil teresak esak menangis di dalam pelukan kawannya itu.

"Tolong aku Somi... Aku tak tahu nak buat apa lagi dah..."
"Ara jom masuk dulu... Kau boleh ceritakan kat aku semuanya..."

Skip

"Kau... Mengandung?"
"Aku baru dapat tahu selepas dua minggu aku menghantar surat penceraian tu dan sekarang kami masih lagi dalam proses penceraian..."
"Jadi anak tu? Anak suami kau, Jungkook?"

Ara menggeleng perlahan dan mengusap perutnya yang sudah ada roh lain yang tinggal di dalam rahimnya. Dirinya terasa bagai berada di awan awangan apabila mengetahui tentang kehamilan tapi pada yang sama dia takut jika kehamilannya ini diketahui oleh bakal bekas suaminya.

"Anak Jimin oppa..."
"Jimin? Park Jimin!? Ara... Kau kan dah kahwin, what?"
"Sejujurnya perkahwinan kami hanyalah atas kertas saja. Hati aku hanyalah untuk Park Jimin.. Aku cintakan dia."
"Jadi dia dah tahu?"
"Aku tak dapat nak cari dia... Jadi sebab tu.. Aku ke sini aku tak tahu nak buat apalagi.. Aku perlukan dia..."

Air matanya deras mengalir. Somi lalu bangun dari duduknya dan bergerak ke arah Sofa tempat Ara duduk. Dia mula melabuhkan punggungnya di sebelah Ara. Bahu Ara ditepuknya perlahan.

"Maafkan aku Somi jika baru sekarang aku muncul... Aku tahu aku pentingkan diri sendiri dan baru saja mencari kau walhal aku sepatutnya mencari kau waktu aku sudah ingat semula... Aku minta maaf..."
"Ara... It's okay... Ianya lebih baik dari kau tak ingat aku terus... Pintu rumah aku selalu terbuka untuk kau. Aku tak kisah Ara. Aku sayang kau ikhlas sebagai seorang sahabat... Aku akan tolong kau..."
"Tolong aku?"
"Aku akan tolong kau cari Park Jimin..."
"Terima kasih... Terima kasih..."

Ucap Ara dalam sendunya.

Jungkook merenung ke luar. Kini dia berada di berandar rumahnya. Dia ingin menghirup udara pagi dan mengosongkan fikirannya. Hatinya masih terluka. Ara tidak lagi muncul di hadapannya setelah surat itu diberi kepadanya.

"Aku betul² cintakan kau, Ara... I do really love you... But now you left me with a scar??"

Dia mengeluh perlahan. Puan Min muncul di belakang Jungkook. Dia baru saja pulang dari meeting.

"Kook... Ara sekarang dia... Tinggal bersama Han Somi. Kawan baiknya dulu."

Jungkook serta merta berpaling ke belakang. Jelas sekali wajahnya terkejut.

"Dengar khabarnya Jimin hilang entah ke mana... So Jungkook... Kau nak lepaskan Ara macam tu je? Cepatnya kau mengalah.."

Puan Min tersenyum sinis sebelum berlalu pergi dari situ. Dia tahu bahwa Jungkook masih cintakan Ara dan dia akan gunakan kesempatan itu untuk menghapuskan Park Jimin dan Lee Ara. Gadis itu sudah tak ada gunanya. Sudah tentu... Tiada seorang pun yang dapat menggantikan tempat anaknya. Dia terlalu sedih dengan kematian anaknya sehingga dia mengambil Lee Ara sebagai anak angkat. Kerana itu dia sangat menyayangi Ara tapi ini balasan yang dia dapat.

Jimin merenung tajam wajah Jin. Jin sebenarnya rasa bersalah. Terutama nya pada Ara dan Jimin. Dia tahu mengurung nya di hospital bukannya keputusan yang terbaik sudah hampir dua minggu Jimin tinggal di situ.

"Apalagi yang hyung mahu?"

Soal Jimin dingin. Dia sangat merindui Ara. Dia ingin berjumpa dengan Ara tapi halangan ini membuatkan niatnya terbantut. Dia menggigit bawah bibirnya menahan geram.

"Hyung janji akan bawa Ara ke sini..."

Jimin tersenyum sinis dan menggelengkan kepala perlahan.

"You never.. Keep your promise and why should I trust you?"
"Kali ni hyung janji... Believe me."

Senyuman Jimin hilang.

Han Somi dan Ara muncul di hadapan bangunan hospital. Mata Ara tak henti² mencari kelibat Jimin di luar bangunan tersebut. Tak.. Dia tiada. Mereka seterusnya menapak ke arah kaunter hospital.

"Maafkan kami... Kami nak cari pesakit bernama Park Jimin."
"Lee Ara?"

Jin terkejut dengan kehadiran tiba² Ara. Ara lantas menoleh. Matanya berkedip dua kali. Tanda tidak percaya. Dia merenung tajam wajah Jin.

"Mana Jimin oppa?"
"Ikut saya..."

Jimin terkejut. Dia terus bangun dari katilnya lalu memeluk Ara erat. Ara tersenyum gembira. Jimin mula menangis gembira. Berulang kali dia mengucapkan terima kasih pada Jin. Ara melepaskan pelukan. Dia memandang wajah Jimin.

"Boleh saya nak cakap awak satu benda?"

Jimin mengangguk perlahan. Jin dan Somi mula menapak keluar dari bilik tersebut.

Pintu ditutup. Ara cepat² menarik Jimin ke katil. Mereka sama² melabuhkan punggung di birai katil. Ara melentok manja ke bahu Jimin.

"Oppa.. Kalau kita lari dari sini boleh?"
"Lari? Sekarang?"
"Ya... Sebab Ara tak sanggup nanti... Kalau Jimin tak ada sisi... Nanti kita bina keluarga yang baru.. Oppa akan jadi ayah kepada anak² kita nanti."
"Ya... Kalau itu yang Ara nak kita lari sama².."

Ara tersenyum gembira lalu diambilnya tangan kecil Jimin dibawa ke perut lalu dengan perlahan Ara menggerakkan tangan Jimin supaya mengusap perutnya. Kandungannya baru berusia satu minggu. Jimin mengerutkan dahinya.

"Saya mengandung satu minggu.. Anak kita..."
"Biar betul!? Saya akan jadi ayah!"

Ara mengangguk perlahan sambil tersenyum senang. Jimin mencium pipi gebu Ara. Dia menundukkan kepalanya untuk mencium perut Ara.

"Jaga Omma... Untuk Appa ya?"
"Jimin oppa... Kita lari ya... Kita bina hidup baru..."

Jimin mengangkat wajahnya dan mengangguk.

"Ya... Ke mana saja yang Ara nak.. Kita lari sama².."

Jungkook mengetuk pintu rumah Han Somi. Dia terlalu mahu untuk berjumpa dengan Ara. Dia tidak kisah dengan apapun yang terjadi. Tiba² muncul kereta Han Somi di perkarangan rumah. Ara menapak keluar dari perut kereta dan bertembung dengan Jungkook di depan pintu rumah. Jungkook tersenyum gembira melihat Ara.

"Ara...."
"Apa yang encik Jeon lakukan di sini?"
"Saya nak jumpa awak... Saya rindukan awak Ara..."
"Tapi kita sekarang ni dah tak ada apa² lagipun awak setuju untuk bercerai dengan saya... Apa gunanya kalau awak cari saya lagi??"
"Saya... Beri saya peluang. Saya bersumpah yang saya akan lakukan lebih baik. Saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak... Ara. Please give me one more chance.."
"Maafkan saya encik Jeon tapi saya hanya akan memilih lelaki bernama Park Jimin."
"Hebat sangat kah cinta lelaki yang bernama Park Jimin tu? Tolonglah Ara lupakan dia... Dia tu sakit jiwa Ara."
"Enough... Saya rasa elok kalau awak balik je..."

Ara terus menolak Jungkook jauh darinya lalu membuka kunci pintu rumah dan menapak masuk ke dalam rumah. Somi menunduk hormat lalu turut sama menapak masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikunci. Meninggalkan Jungkook dalam luka. Sekali lagi dia terluka. Dia menggenggam erat buku limamya. Rahan bawahnya diketap.

"Ini semua kerana kau Park Jimin..."

Dear reader,
Did you expect that this book will be a happy ending.. If so... I'm sorry but I think this book will not have a happy ending.. Like you wish.

Please do vote and comments.. I love you my reader.

[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now