"Aku tak kenal kau..."
Ara bangun dari perbaringan nya. Malam tadi entah mengapa tidurnya tidak selena dulu. Selepas bangun saja dari pengsan... dia sudah tidak ingat apa2 pun. Dia pun tak tahu kenapa dia tidak sedarkan diri.
Dan dia juga rindu akan seseorang tapi entah siapa. Hatinya terasa kosong bagai ada satu nama yang hendak diisi di dalamnya. Tapi entah siapa.. ibu angkatnya juga tidak begitu membantu nya untuk ingat kembali tentang masa silamnya.
Ara juga sudah berputus asa hendak mengingati segala memorinya. Dia lalu membuat keputusan untuk tidak mahu mengingat kembali.
Apa yang dia ingat adalah nama dan umurnya saja. Dia mengeluh perlahan sebelum bangkit dari katil dan bergerak ke arah kamar mandi.
Kaki Ara laju melangkah ke hadapan meja personal assistance ibu angkatnya itu. Wanita itu tersenyum manis melihat Ara.
"Mama ada kat dalam bilik dia?"
"Maaf cik.. Puan Min sedang bersama dengan tetamu.."
"Baiklah kalau macam tu.. erm saya nak.."Pintu bilik Puan Min terbuka dan muncul seorang lelaki yang segak bergaya. Dia bertembung dengan Ara di depan. Matanya membulat besar kerana terkejut dengan kehadiran Ara.
"Cik Ara..."
"Ah.. Tuan Jeon.. buat apa kat sini?"
"Saya..."Puan Min berjalan keluar dari bilik. Dia tersenyum manis.
"Anak mama ni buat apa datang sini?"
"Ara ingat nak ajak mama lunch sama2... kenapa tuan inspektor ada kat sini?"
"Maaf Ara.. mama ada meeting sampai pukul 3.. tak sempat nak lunch. Tuan Jeon saja datang melawat mama.."Ara hanya mengangguk. Dia lalu meminta diri dan berjalan pergi dari situ. Sampai saja di depan lif, dia terus menekan butang. Tiba2 Jungkook muncul berdiri di sebelahnya.
"Cik Ara sihat?"
"Ah.. ya saya sihat.."
"Cik Ara memang tak ingat siapa saya.."
"Tak.. mama cuma kata yang tuan Jeon sudah selamatkan saya.. tu saja."
"Ah..."Pintu lif terbuka, Ara lalu melangkah masuk ke dalam. Jungkook berdehem sebelum menapak masuk dan berdiri di sebelah Ara. Pintu lif ditutup semula. Jungkook sesekali mengerling ke arah Ara yang sedang termenung jauh.
Jungkook teringat akan kata2 Puan Min.
"Pastikan Ara tak ingat apa2.. kalau boleh tangkap lelaki ni.."
Kata Puan Min sambil menyerahkan sekeping gambar. Jungkook mengambil gambar itu lalu diteliti nya betul2. Jungkook memandang wajah Puan Min.
"Nama dia Kim SeokJin.. dialah orang yang telah menjaga Jung Ah sehingga dia dewasa.."
"Ya betul.. dan orang tu juga dah jumpa dengan Ara.. tangkap dia Jungkook.. saya akan bayar tak kira banyak mana yang awak nak.."
"Baiklah saya akan cuba mencari Kim SeokJin.""Tuan Jeon?"
Suara Ara mematikan lamunannya. Dia lalu berpaling ke arah Ara.
"Ah... ya?"
"Saya rasakan.. bukan awak yang selamatkan saya."
"Kenapa Cik Ara cakap macam tu? Cik Ara telah diculik tau!"
"Siapa penculik tu?"
"Park.. Jimin."Ara mengangkat wajah memandang Jungkook. Dia menggeleng perlahan. Tak mungkin..
"Saya tak rasa orang yang bernama Park Jimin tu yang telah menculik saya.."
"Awak kenal ke Park Jimin tu? Dan awak pasti ke yang dia tak culik awak? Sedangkan sayalah yang selamatkan awak.."Pada masa yang sama, satu imej telah muncul dalam kepala Ara. Imej dimana dia sedang menjerit memanggil nama Jimin sambil menangis. Dia memegang dahinya. Kepalanya seakan akan berpusing. Agak pening dan sakit untuk mengingat kembali.
Jungkook mula risau dengan keadaan Ara. Pintu lif terbuka, baru saja dia hendak memimpin Ara keluar dari situ..Ara sudah pun menepis tangan nya.
"Saya tak minta pun pertolongan awak.. terima kasih... saya masih ada tangan dan kaki untuk keluar dari sini."
Ucap Ara lalu melangkah keluar dari lif dan berjalan meninggalkan Jungkook yang sedang dalam keadaan serba salah.
"Encik Jimin?"
Tangan Jimin berhenti melukis. Dia mula berpaling ke arah pemilik suara garau itu. Dia memandang wajah lelaki itu kosong. Tanpa perasaan.
"Saya dengar encik Jimin tak nak makan ubat."
Jimin tidak ambil peduli akan kehadiran lelaki itu. Dia mula meneruskan aktiviti melukisnya itu. Doktor Wang menghembus nafas panjang sebelum berjalan mendekati tubuh Jimin yang sedang duduk di atas lantai sambil melukis potret.
"Encik Jimin lukis siapa tu?"
"Lee Ara."Balas Jimin pendek. Doktor Wang melabuhkan punggungnya di atas katil sambil memerhatikan Jimin yang sedang asyik melukis itu.
"Awak rindukan dia?"
"Terlalu rindu."Doktor Wang mengangguk perlahan. Dia mengeluh perlahan sebelum mengeluarkan sebilah jarum suntikan dari dalam poket nya.
"Encik Jimin mesti makan ubat kalau tak keadaan encik Jimin bertambah teruk."
Jimin hanya diam dan setelah siap melukis dia mula bangun dan lukisan itu diletakkan bersandar pada dinding. Dia tersenyum puas. Puas dengan hasil seni yang dihasilkannya itu. Doktor Wang bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Jimin. Dia mula berdiri di belakang Jimin. Jarum tadi dia sembunyikan. Dia tersenyum sambil mengamati wajah potret itu.
"Sungguh cantik..."
"Ya.. dia memang cantik."Kata Jimin sambil mengusap lukisan potret itu. Doktor Wang mengangguk perlahan. Tiba2 pintu bilik kurungan itu dibuka oleh seorang pengawal lelaki.
"Maaf doktor... tapi ada pelawat datang untuk melawat Park Jimin."
"Baiklah kalau macam tu."Jarum suntikan tadi dia simpan semula ke dalam poket kot putihnya itu. Dia lalu berjalan keluar dari bilik kurungan Jimin. Pengawal lelaki tadi menyuruh Jimin keluar dari situ. Jimin terpaksa akur walaupun dia sendiri terkejut apabila dia menerima pelawat buat kali pertama.
"Siapa yang datang melawat aku? Adakah dia perempuan? Lee Ara?"
"Ikut sajalah!"Arah pengawal itu dengan kasar. Dia lalu membawa Jimin di sebuah tempat. Sebuah bilik yang mempunyai meja dan kerusi untuk duduk. Jimin agak terkejut apabila melihat wajah Puan Min.
Puan Min tersenyum melihat wajah Jimin. Senyuman yang sengaja dibuat. Sedangkan disebabkan dialah Jimin terpaksa hidup berkurung di dalam hospital sakit jiwa.
"Apa yang kau nak?"
Soal Jimin kasar. Dia tidak mahu langsung duduk berhadapan dengan orang kejam macam ibu saudara tirinya itu!
"Jimin.. aku datang ni dengan niat yang baik tau..."
"Dah tu terus terang jelah!"
"Aku nak hantarkan kau ke New Zealand."Jimin mengerutkan dahinya. Dia mendengus geram.
"Kau ni dah kenapa!? Tak cukup lagi ke kau nak seksa kan hidup aku!? Yang kau nak hantar aku pergi lebih jauh ni dah kenapa!?"
"Ara akan duduk menetap di Seoul Korea... jadi lebih baik kau pergi."
"Takkan!!"Kata Jimin dengan nada yang tegas. Dia lalu memusingkan tubuh nya ingin berlalu pergi dari situ. Jauh dari orang gila seperti Puan Min!
"Kau kena ingat Jimin... kalau tak buat selamanya kau akan hidup terkurung kat dalam hospital gila ni!!!"
Jimin tidak ambil peduli, dia berjalan pergi ke bilik kurungannya itu semula. Dia tidak akan berpaling lagi. Biarlah hidupnya sengsara... dia sanggup kerana dia tidak sanggup untuk terus hidup berjauhan dari Ara.
TBC
YOU ARE READING
[√] LET ME IN S2 | P.J.M
Mystery / ThrillerI loved you and I loved you. Over and over again. Until it kills me.. Lie edition. Completed