Jimin membuka pintu biliknya dan muncul doktor Wang dengan sebuah senyuman.
"Jimin sihat?"
Jimin tidak menjawab. Dia lalu membiarkan saja doktor Wang melangkah masuk ke dalam biliknya itu. Kalau diberi peluang maka sudah lama dia larikan diri namun apakan daya apabila Puan Min telah mengupah ramai pengawal berkawal di luar rumah. Dia tiada pilihan selain duduk di situ.
"Mana Doktor Kim?"
"Dia busy.."Jimin hanya memandangnya kosong. Doktor Wang lalu melabuhkan punggungnya di atas katil Jimin. Jimin menutup pintu bilik nya kemudian bersandar pada permukaan pintu. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh.
"Jimin... erm...."
Tiba2 mereka terdengar bunyi loceng rumah ditekan. Dan ia bergema di dalam rumah. Jimin lalu membuka pintu biliknya.
"Doktor Kim dah datang... mungkin."
"Hah?"Doktor Wang berjalan keluar dari bilik itu dan berlari menuruni tangga. Dia dengan perlahan berjalan mendekati pintu rumahnya. Dia membuka pintu rumahnya dan muncul wajah Jin dengan senyuman.
"Hello.. Jackson."
"Jin..."
"Aku dengar kau nak hantar Jimin pergi New Zealand hari ni... Jungkook akan datang sini bukan?"
"Macam mana kau?"
"I have my way.. Jackson... sorry."Jin lalu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut baru saja kakinya hendak memanjat tangga tiba2 ada sepasang tangan menariknya kembali turun.
"Jin... tolong biarkan Jimin pergi. Aku tak nak kau terluka... aku takut kalau Puan Min tahu soal ni."
"Lepaskan aku Jackson.. aku kena bawa dia keluar dari sini.. dia tu dah macam anak aku.. aku dah kehilangan Jung Ah..jadi aku tak nak rasa kehilangan tu buat kali kedua... aku sayangkan kembar2 tu..sangat2..."Ucap Jin bernada sedih. Dia berasa sebak menghimpit dadanya. Tangis mulai kedengaran. Hatinya pilu apabila mengenangkan pemergian Park Jung Ah buat selamanya. Bilakah cahaya kebahagiaan bakal tersinar buat Jimin? Saban hari terseksa... hatinya perit. Sangat perit. Jackson mengangguk perlahan lalu melepaskan lengan Jin.
Jin memandang wajah Jackson untuk seketika cuma sebelum kakinya melangkah naik ke tangga. Jackson memerhatikan kelibat Jin yang sudah pun berlari menuju ke bilik Jimin. Dia lalu melangkah turun dan menutup pintu rumah kembali. Jika Jungkook datang... itu akan menjadi kerjanya untuk menipu.. terpaksa demi persahabatan antara dia dan Jin.
Pintu bilik Jimin dibuka dan kelihatan Jimin sedang duduk di birai katil sambil menundukkan wajahnya. Terdengar saja pintu dibuka, dengan perlahan Jimin mengangkat mukanya memandang gerangan yang melangkah masuk ke dalam bilik nya itu.
"Jin..."
"Mari.. kita keluar.. kita pergi dari sini Jimin.."
"Baik.. hyung."Dengan itu, dia bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari biliknya. Belum sempat dia hendak bergerak ke tangga. Dia ternampak kelibat Jungkook di tingkat bawah dengan itu sepantas kilat dia bergerak semula ke biliknya. Jin lalu menyuruh Jimin masuk ke dalam biliknya semula.
"Time for plan B."
Dia turut berjalan masuk ke dalam bilik Jimin. Pintu bilik dikunci rapat. Jin mula mendail nombor Hoseok.
"Hello.. kau dah bersedia?"
"Kau serius nak panggil anak buah aku buat kerja tu?"
"Ya.. aku nak kau serang rumah ini.. faham.."
"Baik.."Tak lama kemudian mereka terdengar bunyi tembakan bergema dalam rumah tersebut lantas Jin menarik Jimin keluar dari bilik nampaknya Jungkook dan doktor Wang dikepung. Jungkook tak dapat nak buat apa. Dia mengangkat tangan tanda menyerah diri. Begitu juga dengan doktor Wang. Jin tersenyum puas dengan langkah perlahan dia berjalan menuruni tangga dan diikuti dengan langkah Jimin membuntuti nya.
Jin berhenti berjalan di hadapan Jungkook. Jungkook mendengus geram. Dia menjeling tajam wajah Jin. Dengan penuh amarah dia menjerit.
"SIAL KAU KIM SEOKJIN!!"
"Kau dah kalah Jeon Jungkook. Kau dah buat hidup anak aku umpama neraka.. jadi lebih baik kau mati je terus.. senang hidup aku.""Hyungnim.."
Jimin memegang lengan Jin. Jin dengan perlahan menoleh ke arahnya sambil menjungkit sebelah keningnya. Jimin menelan air liur. Keadaan sekarang makin serius dan tegang. Tapi dia tidak mahu kawannya mati kerana dia. Bukan cara ini yang dia mahukan. Dia hanya mahu lari dari sini lagipun sudah begitu lama dia mengenali Jungkook.
"Hyungnim janganlah macam ni.. orang yang patut mati tu adalah Puan Min Young bukan Jungkook. Dia cuma tunduk akan arahan perempuan tak guna tu saja!"
"Jimin.. lelaki tak guna ni.. umpama sampah inilah yang bakal mengahwini Lee Ara.. Jimin tak takut ke akan kehilangan Ara?"Jimin tergamam. Kini dia berbelah bagi. Adakah dia perlu membiarkan Jungkook hidup atau mati? Hoseok berlari masuk ke dalam rumah agam tersebut nampak gayanya baru lepas berlari 1000 km. Tercungap2 dibuatnya. Dia lantas menepuk bahu Jin.
"Kau dah kenapa Hoseok?"
"Kita kena cepat! Nanti polis ke sini! Perempuan tu dah tahu kita ada kat sini!"
"Cis, tak guna punya perempuan!"Marah Jimin. Dia lalu bertentangan mata dengan Jungkook. Matanya memandang tajam hingga mampu menembusi dinding. Jari telunjuknya diangkat. Lurus saja dia menuding ke arah Jungkook yang juga tidak mahu mengalah. Dia turut merenung tajam wajah Jimin.
"Aku takkan benarkan kau rampas Ara dari aku.. dia milik aku.. faham! Kali ni je kau brnyawa.. hari lain kau akan mati kat tangan aku, Jeon Jungkook."
"Aku tunggu tu, Park Jimin."Ucap Jungkook sambil tersenyum sinis. Mereka kemudian melarikan diri. Jungkook menjatuhkan tangan. Dia lantas mengeluarkan telefon pintar nya.
"Mereka dah keluar. Kepung sekarang! Jangan bagi Park Jimin terlepas!"
Jungkook baru saja ingin melangkah pergi tapi dihalang oleh doktor Wang.
"Tuan inspektor patut biarkan saja mereka pergi.. janganlah kurung Encik Park lagi dah.."
"Kalau kau nak hidup lama.. jangan masuk campur akan urusan aku."Tiba2 ada bunyi das tembakan dilepaskan. Dan ia tepat mengenai perutnya. Doktor Wang tumbang ke atas lantai dan sudah pun terbaring lemah selepas ditembak oleh seorang wanita yang baru saja menapak masuk ke dalam rumah agam tersebut. Jungkook terkejut lalu berpaling ke arah penembak nya itu.
"Dia memang patut mati.. dia tak ikut arahan aku.. jadi apa yang kau akan buat sekarang Jeon Jungkook?"
"Tangkap Park Jimin hidup2..."
"Bagus.. sekarang kau pergi cari dia.."Jungkook berlari keluar dari rumah agam tersebut. Dan muncul sebuah kereta berhenti di hadapan Jungkook. Ianya kereta polis. Jungkook lantas menapak masuk ke dalam dan kereta tersebut dipandu keluar dari perkarangan rumah agam yang serba mewah itu.
Dengan langkah perlahan, Puan Min mendekati tubuh Doktor Wang. Dia masih lagi bernyawa rupanya. Dia hanya nyawa2 ikan saja. Nafasnya sudah pun lemah. Dengan senyuman yang sinis, pistol tersebut dibawa tepat ke arah dahi doktor Wang.
"Kau sudah susahkan aku.. kau sepatutnya bunuh saja Jimin tu.. tapi kau tak dengar!"
Sekali lagi bunyi das tembakan bergema di dalam rumah agam tersebut dan riwayat hidup Wang Jackson berakhir di situ.
TBC
YOU ARE READING
[√] LET ME IN S2 | P.J.M
Mystery / ThrillerI loved you and I loved you. Over and over again. Until it kills me.. Lie edition. Completed