EP: 6

770 78 1
                                    

Ara melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Matanya tertangkap figura seorang lelaki yang sedang menunggu. Dia seterusnya berjalan mendekati lelaki itu.

"Doktor Wang.."
"Oh.. Ara! Jemputlah duduk."

Ara mengangguk perlahan lalu melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Doktor Wang. Manakala tidak jauh dari tempat duduk mereka, ada seorang lelaki yang memakai kaca mata hitam sedang memerhatikan mereka dari jauh. Lelaki itu lalu menelefon seseorang.

"Hello Jin.. Ara ada kat sini.. dia pergi jumpa doktor Wang. Ah okay.. cepat sikit."

Hoseok lalu mematikan talian itu. Dia sambung menghirup kopi nya kembali.

"Ara.. kau dah nampak lain..."

Kata Hoseok sambil matanya tidak henti memandang wajah Ara.

Tidak lama kemudian,ada seorang jejaka datang menegur Jackson dengan senyuman.

"Hello.. Jackson."
"Oh! Jin!"

Kata Jackson sambil tersenyum. Ara terkejut dengan kemunculan Jin secara tiba2.

"Tak sangka lak boleh terserempak dengan kau kat sini.. Jackson."
"Ah.. oh kenalkan ni anak angkat puan Min. Lee Ara.. oh Ara kenalkan ni kawan saya.. Kim SeokJin."
"Ah.. hello cik Ara."

Ara bagai kehilangan kata. Jin lalu meminta diri kerana dia ingin membeli kopi. Ara tiba2 saja bangun dari tempat duduknya itu. Doktor Wang mengerutkan dahinya.

"Kenapa cik Ara?"
"Saya.. nak tanya sesuatu pada encik Kim. Maaf ya..."
"Nak tanya apa?"
"Erm... maaf saya minta diri dulu."

Ara kemudiannya berjalan ke arah Jin. Jin yang menyedari kehadiran Ara itu hanya tersenyum penuh makna.

"Cik Ara.. ada apa ya?"
"Saya nak tahu pasal Jimin."

Jin mula berpaling ke arah Ara dan mengangguk perlahan. Dia lalu memandang ke arah doktor Wang untuk seketika yang sedang memerhatikan mereka dari jauh itu. Jin lalu melambaikan tangannya dan tiba2 saja dia tergelak sakan.

"Maaflah itu memang lawak.. tapikan cik Ara.. kawan saya tu memang suka ya perhatikan kita ni.."

Ara mula menoleh memandang doktor Wang. Doktor Wang cepat2 menoleh ke arah lain. Ara lalu memandang wajah Jin semula.

"Saya tetap nak tahu pasal kekasih lama saya tu..macam yang encik pernah cakapkan.."
"Okay.. jumpa saya malam ni. Dan saya akan bawa awak pergi berjumpa dengan dia."
"Baiklah terima kasih..."

Kata Ara lalu menunduk hormat. Dia mula berjalan pergi ke arah meja doktor Wang semula. Ara melabuhkan punggungnya. Doktor Wang menongkat dagu nya.

"Awak tanya apa?"
"Ah... dia kata dia kenal Jimin."

Mata doktor Wang membulat. Dia agak terkejut. Ara mengerutkan dahinya.

"Kenapa? Doktor kenal Jimin?"
"Ah.. saya.."

Jin muncul bersama dengan senyuman.

"Jackson.. aku pergi dulu.. selamat tinggal Cik Ara."

Jin kemudiannya berlalu pergi. Pintu kafe dibukanya. Dia mula menghirup kopi nya itu. Hoseok juga muncul di sebelahnya.

"Jin.. kau pasti Jimin tu ada kat rumah mamat tu?"
"Ya... sekarang ni aku nak kau rancang kan sesuatu supaya Jimin tak dapat pergi ke New Zealand. Faham?"
"Ya aku faham.."

Ara masih lagi menunggu jawapan dari doktor Wang. Baru saja doktor Wang hendak bersuara, telefonnya berdering. Dia terpaksa menjawab panggilan itu terlebih dahulu. Dia memandang wajah Ara buat seketika sebelum menganggukkan kepalanya. Tak lama selepas itu, dia lalu bangun. Panggilan tadi diputuskan.

"Kenapa doktor Wang?"
"Mama Ara nak jumpa saya.. maaf Ara mungkin lain kali saya akan ceritakan semuanya pada awak.. saya minta diri dulu.."

Doktor Wang kemudian berlalu pergi. Ara terdiam seketika. Dia sedang memikirkan sesuatu. Apa yang dia sudah hilang? Kenapa dia rasakan ada sesuatu yang tak kena?

"Aku kena ingat balik..."

Puan Min tersenyum melihat doktor Wang yang sedang duduk di hadapannya kini.

"Saya harap awak tak beritahu Ara tentang Park Jimin."
"Saya.. tak beritahu apa2 pun."
"Baguslah..."
"Puan Min... sebenarnya Kim SeokJin tu kawan baik saya masa di Universiti dulu.."
"Jadi? Saya tak peduli! Pecat sajalah! Saya tak nak dengar nama tu wujud di dalam hospital awak!"
"Tapi Puan Min..."
"Tak ada tapi2... buat jelah.. lagi satu saya nak awak bawa Jimin pergi jauh dari Kim SeokJin.. lepas tu baru awak hantar dia ke Airport. Tak kisah lah dengan cara apa2 pun asalkan Jimin ada kat New Zealand."
"Baiklah...."
"Doktor boleh pergi... saya ada tetamu."
"Baiklah.."

Doktor Wang bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik pejabatnya itu. Dia terserempak dengan Jeon Jungkook. Jungkook menunduk hormat kemudian berjalan melepasi doktor Wang. Doktor Wang menoleh ke arah Jungkook.

"Dia ke tetamu tu?"

Jungkook muncul di depan pintu pejabat Puan Min. Dia lalu melangkah masuk dan mengambil tempat duduk di hadapan Puan Min. Dia harap kali ni permintaan Puan Min berubah.

"Hello Jungkook..."
"Puan Min... ada apa suruh saya ke mari?"
"Saya nak awak hantar Jimin ke Airport...dengan selamat. Pasal permintaan saya sebelum ni... awak lupakan sajalah..."
"Baik..."
"Jungkook awak boleh kan hantar dia?"
"Boleh...."
"Bagus... oh ya.. saya nak melawat kubur anak saya.."
"Ah ya.."

Skip

Puan Min melangkah perlahan mendekati kubur Min Yoongi itu. Hatinya layu saat memandang ukiran nama anaknya itu pada permukaan batu. Air matanya deras mengalir. Tiba2 muncul seorang lelaki. Dia tersenyum sinis memandang Puan Min.

"Saya harap Puan Min tahu kebenarannya..."

Puan Min mengangkat muka memandang gerangan yang datang menegurnya. Masakan pula Jungkook keluar dari keretanya? Suara pun lain.

"Kau.. Jin?"

Soal Puan Min. Dia lalu berdiri memandang Jin yang masih lagi tenang. Di pegangannya ada sejambak bunga ros putih yang cantik.

"Kau buat apa datang sini!?"
"Saya nak melawat kubur dia.. tu saja."
"Aku tak benarkan...dah pergi!"
"Min Yoongi takkan mati kalau Jungkook tak tembak dia."

Mata Puan Min membulat. Dia terkejut. Jin tersenyum penuh makna.

"Dah agak.. dah. Puan Min mesti tak tahu kisah sebenarnya kan?"
"Kau.. jangan nak bohong lah!"
"Apa kata kalau Puan Min sendiri yang tanya Jeon Jungkook?"
"Aku tahu lah siapa yang benar! Kau tipu aku kan?"
"Who knows? Maybe I was wrong or.. vice versa."

Ucap Jin sambil tersenyum sinis. Dia lalu menundukkan tubuhnya kemudian meletakkan bunga ros tadi di atas perkuburan Min Yoongi. Dia berdiri semula dan memandang wajah Puan Min yang bagaikan ingin meletup bila2 masa saja.

"Puan Min... boleh saya tanya?"
"Apa yang kau nak!?"
"Apa akan terjadi kalau Lee Ara berjumpa dengan Park Jimin?"

Membulat mata Puan Min. Dia memandang tajam wajah Jin. Buku lima nya dikepal kemas.

"Rasanya.. semua nya akan terbongkar kalau benda tu terjadi bukan?"
"Baik kau berambus!"
"Heh... tak apalah.. lagipun memang saya dah nak pergi. Saya minta diri dulu."

Jin menunduk hormat kemudian berjalan pergi dengan tenang. Puan Min memandang kelibat Jin berjalan pergi dengan hati yang terbakar.

"Awas kau Kim Seok Jin!"

TBC

[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now