Bab 1

219 2 0
                                    

" Balik nanti, Dhia tunggu abang kat depan pagar tu, tau? Dhia jangan pergi mana-mana. Kalau Dhia dah balik, tapi Abang tak sampai lagi, Dhia tunggu jer terus kat situ tau! Kalau abang tak sampai-sampai jugak, Dhia tunggu kat dalam kawasan sekolah. Takut jadi apa-apa kat Dhiakan, susah? Lepastu kalau dah lewat sangat, abang still tak ambil lagi, Dhia pergi kat pondok telefon depan tu and then call abang okay? "

Akhirnya, habis juga bebelan abang kesayangan aku seorang ni. Aduhai! Dah naik bernanah telinga aku dengar abang aku membebel setiap hari bila nak pergi sekolah. Asyik cakap benda sama jer! Abang, adik bukan budak-budak lagi ya?

" Abang dah habis bercakap? ", soalku kepada Abang Ariff dengan wajah yang tenang.

Aku bukan dengar sangat pun apa yang Abang cakap. Tak perlu dengar pun takpe. Aku dah boleh hafal satu-satu apa yang abang aku sebut tadi. Hebatkan aku? Biasalah, siapa tak kenal Dhia Qalisya?

" Err.. dah! What's wrong? ", soal Abang aku.

Huk alorhh! Abang boleh tanya kenapa? Sah memang Abang tak pernah faham perasaan aku selama ni. Aduhai, sedihnya.

Aku segera menghulurkan tangan aku untuk bersalam dengan Abang. Abang menyambut huluran tanganku. Aku cepat-cepat membuka pintu kereta lalu meloloskan diri dan masuk melepasi pintu pagar sekolah.

Bukan apa, aku cuma takut Abang aku sambung mukaddimah dia tadi. Baiklah, aku ulang, MUKADDIMAH. Permulaan baru. Oh ya, permulaan! Kedengaran hebat, bukan? Ugh. Kalau Abang aku sambung tadi, perhimpunan sekolah aku habis pun dia tak selesai lagi agaknya.

' Oh Abang, you are so caring! ', sindirku di dalam hati. Aku dapat mendengar bunyi enjin kenderaan Abang aku berlalu pergi. Fuhh, selamat!

Masuk sahaja ke pekarangan sekolah, sudah ada banyak mata yang memandang aku. Oh, please! Aku rimas tahu tak? Yang paling menjengkelkan, siap bersiul-siul lagi. Err.. rasa macam nak simbah air sirap Mak Munah yang tawar tu jer kat diorang. Tak kejam, kan?

Cakap tentang Mak Munah, dia bekerja di kantin sekolah aku. Tukang buat air minuman untuk para pelajar. Emph takde mood aku nak cerita pasal air sirap dia tu! Macamlah kat Malaysia pokok tebu dah pupus! Tawar habis! Hampeh punya Mak Munah! -.-"

Aku meneruskan perjalananku ke kelas 5 Maju, kelas pertama ya? Hee. Aku berjalan wak lek wak peace jer. Satu-satunya jalan selamat daripada diganggu jantan gatal. Err! Kadang-kadang aku rasa macam nak sumbat selipar Jepun datuk aku dalam mulut diorang yang selalu datuk aku pakai kalau nak pergi jamban! Good idea!

Sampai sahaja di kelas.. okay, takde orang pun! Ade pun dua tiga kerat jer. Aku melihat jam tanganku. Bukannya aku datang terlalu awal pun, diorang yang lewat. Err.. tak boleh ke diorang contohi Dhia Qalisya yang selalu datang sekolah awal ni?

Aku meletakkan beg dan duduk di atas kerusiku. Okay cun! Sekarang apa patut aku buat? Hmm. Aku membelek-belek sebuah key chain yang tergantung pada begku. Ada gambar L, tau! Heee. Aku tak boleh tengok lama-lama, cair habis pandai!

Tidak lama kemudian, Haisya, salah seorang daripada dua orang bff aku dah sampai. Dia mengambil tempat di sebelahku sambil menghadiahkan senyuman kepadaku.

Aku membalas senyuman Haisya. Baiklah aku mengaku, kalau aku jadi lelaki conform aku cair dengan senyuman Haisya. Hehehe.

" Weh, kau dah periksa belum bawah meja kau harini? ", soal Haisya kepadaku.

" Belum. Kau check sendirilah! ", balasku kepada Haisya. Aku memang sengaja tak nak intai bawah meja aku tadi. Rasa macam nak buang segala-galanyalah!!

Haisya menundukkan kepalanya lalu mengintai bawah mejaku. Tidak lama kemudian .. okay, dah start dah!

" Yeay! Toblarone chocolate again! ", Haisya menjerit kepadaku lalu mengoyak plastik coklat itu. Dia terus memakannya dengan lahap sekali.

Marah? Aku nak marah? Memang taklah. Setiap hari memang ada jer hadiah kat bawah meja aku ni. Coklatlah, suratlah.

Yup. Surat paling aku benci. Betapa dia meluahkan perasaan kepadaku dalam surat itu dengan ayat jiwang lagi. Bulan mengambanglah, bintang bersinarlah! Err.. yang paling aku tak puas hati, pengirim surat tu mengaku yang dia tu, L! Hello? Aku tak bodoh ya? Rasa nak lenyek-lenyek jer muka orang macam ni.

Hadiah-hadiah semua itu pastinya daripada peminat-peminat aku. Dan aku terus bagi hadiah itu untuk kawan-kawan aku. Senang, kan?

Sejujurnya, aku dah naik muaklah. Kalau ya pun minat, tak payahlah nak tulis surat bagai. Ini semua kunolah! Kalau minat, cakap jer terus. Eh, tapi susah pula aku nanti!

Argh ! Abaikan ! Susah betul jadi orang popular. Hehehe.

Aku hanya memerhatikan tingkah laku Haisya yang sedari tadi asyik mengunyah coklat tersebut. Budak ni memang tak lama dah nak obesiti!

Aku menjeling sekilas ke arah Haisya. Haisya hanya buat-buat tidak endah dan meneruskan kunyahannya. Alahai!

★☆★☆★☆★☆★☆

Wait for the next chapter, okay? :)

Don't forget to vote ! :D

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now