Bab 4

161 3 0
                                    

" Izza! Datang pun kau harini! Mak kau letak mercun eh kat sebelah telinga kau? ", ujarku kepada Izza. Sempat lagi menyakatnya yang sudah mula menarik muka.

" Mercun? Untuk pengetahuan kau, Mak aku bukan letak mercun aje, Mak aku siap rakam bunyi air jerang dah masak, lepastu jadikan nada penggera telefon aku! Hebatkan? ", bidas Izza kepadaku.

Pergh! Ganas gila Mak Izza sampai buat macam tu. Hahaha. Izza kemudiannya membuat muka bengang. Aku ketawa berdekah-dekah sambil menekan-nekan perutku. Tak nampak macam perempuan langsung!

" Weh, dahlah tu ketawakan aku. Muka jer cantik, tapi bila ketawa? Ish Ish Ish! Kurang peminat kau, Dhia! ", marah Izza kepadaku.

Eh, kejap! Kurang peminat? Tiba-tiba bulu romaku meremang. Terimbas kembali kejadian kelmarin ketika aku diganggu dua ekor jantan gatal tak sedar diri itu. Aku berdoa di dalam hati agar aku tidak bertembung dengan mereka pada hari ini!

Izza dan Haisya yang melihat perubahan wajahku secara drastik mula naik hairan.

' Minah ni tadi ketawa sakan sekarang muka macam nampak hantu! '

" Oit Dhia! Pahal? Kenapa tak sambung jer gelakkan aku? ", tegur Izza membuatkan lamunanku mati.

Aku tahu Izza cuba menyakatku tapi aku tidak berminat dengan gurauannya kali ini walaupun baru sahaja tadi aku ketawa sampai tak ingat dunia!

" Err .. takde apa-apalah! Eh , err .. jom turun perhimpunan! Nanti cikgu marah pulak! ", ujarku kepada Izza dan Haisya yang mulai pelik dengan perubahan sikapku.

Mereka memandangku dengan tidak berkelip. Aku tidak menghiraukan pandangan mereka dan mengambil buku nota kecilku dari dalam beg. Kenapa diaorang ni macam nak telan aku aje? Aku sebenarnya malas untuk menceritakan kejadian kelmarin kepada Haisya dan Izza. Baiklah, aku cuba untuk melupakan duo orang pelajar gatal tersebut.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

KRINGG !!

Yeay! Waktu rehat telah tiba. Waktu kedua yang sangat dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar SMK Taman Indah. Waktu pertama tentunya waktu pulangkan?

Aku mengajak Haisya dan Izza menuju ke kantin dengan segera. Bukan apa, aku malas untuk berebut tempat dan berbaris panjang untuk membeli makanan pada hari ini. Haisya dan Izza hanya menurut perintahku kerana akulah bos! Hehe.

Ketika baru sahaja kami menjejak kaki keluar kelas, kedengaran Aleeya, rakan kami dari kelas kedua iaitu kelas 5 Jaya menjerit memanggil nama kami.

Sejujurnya, aku kurang menyenangi perangai Aleeya. Dia bagaikan seorang perempuan yang tebal muka dan tidak mengerti perasaan malu. Dia suka menjerit sesuka hati terutamanya jika terlalu over-excited dengan sesuatu perkara walaupun di hadapan kaum Adam. Bagiku, perkara itu sangat memalukan dan menjatuhkan imej perempuan. Selain itu, Aleeya juga kuat bergosip. Ceeh, aku macam menulis karangan pula.

" Dhia! Haisya! Izza! There's a good news! ", ujar Aleeya dengan lagak gediknya. Sungguh buat aku menyampah!

" Ada apa? Kitaorang nak cepat ni, nak pergi kantin! ", ujarku kepada Aleeya. Walaupun aku kurang menyukainya, aku tidak boleh terus menghiraukannya.

" Alaa, sabarlah dulu korang! ", ujar Aleeya sambil mengipas muka dengan kedua-dua tangannya. Panaskah?

' Eh, eh, Minah ni! Banyak cakap pulak. Straight to the point ajelah! ', omelku di dalam hati.

" Lambatlah kau ni, Aleeya! Kitoarang pergi dululah! ", marahku lalu menarik tangan Haisya dan Izza untuk beredar dari situ.

" Eh, kejap kejap! Okay! Okay! Aku nak cakaplah ni! Sebenarnya, ada pelajar baru masuk kelas aku tau! A boy okay! He is so so so handsome! ", ujar Aleeya dengan suara gediknya.

Memang perempuan ni tak lama. Aku sangat benci perempuan yang gedik macam ni! Ugh!

" So, apa masalahnya? ", soalku buat-buat tidak faham. Aku tahu si Aleeya ni suka menggedik dengan lelaki. Aku malas nak layan.

" Err.. uolls tk excited ke? ", soal Aleeya sambil memandang kami secara silih berganti.

'Nak excited apa kejadahnya? Kitaorang bukan macam kau Aleeya!', bisik Dhia di dalam hati. Ingin sahaja aku menjawab begitu tapi aku belum sampai tahap kejam lagi nak memalukan orang lain.

" Excited? Certainly ... no! Kedatangan budak baru tu biasalah! ", ujarku kepada Aleeya sambil melemparkan senyuman palsu kepadanya.

Aku, Haisya dan Izza lantas berlalu dari situ untuk menuju ke kantin. Aku mengeluh kasar! Sudah terlewat bagi kami! Cabaran barisan yang panjang dan tempat duduk yang penuh perlu aku tempuhi hari ini. Semuanya gara-gara Aleeya yang hanya melengahkan masa kami dengan memberitahu perkara yang langsung tidak berfaedah! Ugh!

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

Sorry, eh? New title :)

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now