Bab 8

151 2 0
                                    

" Assalamualaikum. Mama, Dhia dah balik! "

Terdengar derapan tapak kaki Mamaku turun melalui tangga dari tingkat atas. Aku yang ketika itu sedang duduk di pintu hadapan untuk meleraikan tali kasut, mula mendongak untuk melihat Mama.

Aku berdiri lantas bersalaman dengan Mamaku. Tangan Mama dikucup perlahan. Wangi! Hehee.

" Dhia dah makan? ", ujar Mama sambil mengusap kepalaku. Aku tersengih lalu menganggukkan kepala.

" Tapi, Mama.. Dhia lapar lagi.", rengekku bagaikan anak kecil. Manja. Bongsulah katakan. Mama hanya tersenyum. Sudah terlalu biasa dengan sikap manjaku.

" Mama dah agak dah. Sekarang, pergi naik atas, mandi, tukar baju, solat. Lepastu baru turun makan, ya?" ujar Mama lagi. Aku menggelengkan kepalaku.

" Nak makan terus tak boleh ke? ", soalku kepada Mama dan menunjukkan muka simpati.

" Tak boleh! Busuklah. Takde selera orang lain nak makan.", pintas Abang Ariff yang mahu masuk ke dalam rumah selepas menjemputku pulang dari sekolah. Abang Ariff ketawa terkekek-kekek melihatku.

" Mama, tengoklah Abang tu.", aduku kepada Mama lalu memuncungkan mulutku. Abang Ariff hanya menjelirkan lidah kepadaku. Ish, Abang ni!

" Dah. Berhenti bergaduh. Ariff, tolong Mama hidangkan makanan. Dhia, mandi dan solat dulu okay? ", ujar Mama sambil tersenyum lalu beredar ke dapur.

Aku mengalah dan mengatur langkah menuju ke bilikku yang berada di tingkat atas. Nasib aku dapat abang macam ni!

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

Langsir diselak. Jendela dibuka. Awan di langit mula berubah warna menjadi kelabu. Angin bertiup agak kencang. Petanda Bumi akan basah dengan hujan rahmat.

Aku segera menutup jendela apabila terasa air hujan mula terpercik pada wajahku. Aku mengelap wajahku dengan kain sapu tangan di atas laci bilikku.

Diriku direbahkan di atas katil. Terasa selesa seketika apabila berbaring di atas tilam empuk ini. Anak mataku bagaikan terikut-ikut dengan pergerakan kipas siling. 

'Boringnya. What should I do?', bisikku sendirian di dalam hati. Waktu hujan begini mesti best kalau boleh tidur. Dipaksa mataku untuk tertutup, namun degil juga mahu terus terbuka. Aku memandang segenap ruang kecil di dalam bilikku.

Pandanganku terhenti pada sebuah benda di atas meja kecil di dalam bilikku. Laptop! Sudah lama aku tidak membuka akaun facebook milikku kerana aku ingin fokus terhadap pelajaran memandangkan SPM kian menghampiri.

Aku bangun dari katil dan berjalan ke arah meja kecil tersebut. Laptopku dipegang dan dibawa ke katil. Aku meniarap di atas tilam sambil menghadap laptop kesayanganku. Terasa excited pulak nak buka facebook. Hehehee.

Butang on ditekan. Aku mula berfikir sejenak. Takpe ke buka ni? Minda kecilku berkata. Alahh, buka jer. Sekali ni jer, kan? Bukannya selalu pun. Minda jahatku bagaikan menghasut.

Buka jelah. Memandangkan semua kerja rumah telah aku siapkan, apa salahnya kalau meluangkan masa untuk bersosial sebentar?

Wi-fi disambung. Aku terus login akaun facebookku. Fulamaak! Terlopong aku melihat. Baru beberapa bulan sahaja tidak dibuka, sudah sebanyak ini?

Notifications - 873

Chat - 54

Friend Requests - 369

Ahhh! Menyesal pula buka facebook ni. Kena approve ramai oranglah nampaknya. Sebenarnya aku dikira budak Hot dalam Facebook. Hehe. Bukan nak berlagak pun!

Satu persatu akaun facebook aku approve. Aku juga berhati-hati dalam memilih kawan. Bukan main app aje. Kadang-kadang, mamat Negro pun boleh add aku. Ingat aku nak app? Jangan harap. Muahaha!

Tiba-tiba, pandangan mataku tertancap pada sebuah akaun facebook yang bernama Irfan Hardi. Aku melihat timelinenya. Sah! Milik mamat poyo tu. Cepatnya dia add aku. Tahulah aku hot! Cehh. Perasannya kau, Dhia!

Selesai sahaja menguruskan friend requests, chat dan notifications, aku membuka news feed untuk membaca status-status rakan fbku. Meluat betul kalau ada yang membatak tak bertempat. Kadang-kadang, aku terus block jer. Senangkan?

'Wow! Irfan Hardi onlinelah.', bisikku sendirian di dalam hati. Tidak lama kemudian, Irfan Hardi menghantar satu mesej kepadaku. Alahai, serabutnya! Malas rasanya nak layan.

••~••

Irfan : Assalam. Hai Dhia! Awak tengah buat apa tu? :D

Dhia : Wassalam. Saya tengah siram bunga ni. -_- Ish! Awak tak nampak ke saya tengah online? Boleh pulak menanya!

Irfan : Oh. Hehee. Janganlah garang sangat. Berkedut muka awak nanti, tak cantiklah. :3

Dhia : Lantak sayalah, muka saya. Bukan muka awak. Yang awak sibuk sangat tu kenapa? -_-

Irfan : Hmm .. Dhia! Kenapa awak selalu marah saya? Apa salah saya? :'(

Dhia : Ish, gediklah awak ni. Ikut suka hati sayalah nak marah ke tak nak!

••~••

Aku terus logout akaunku. Hish! Baru aje nak enjoy, dah ada orang kacau. Benci betullah. Malas aku nak layan. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku buat offchat. Ee geramnya!

Aku meletakkan kembali laptopku di atas meja. Aku membuang pandang ke luar jendela. Hujan masih lagi turun dengan lebat diselangi dentuman guruh dan kilat. Kalau sekarang waktu malam, sudah pasti aku akan menjerit ketakutan. Tambahan lagi jika berseorangan di dalam bilik tidur.

Mataku mula terasa kuyu dan berat bagaikan dihimpap kayu balak yang besar. Aku merebahkan diri ke atas katil lalu terlelap sambil memeluk anak patung Minion kesayanganku.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now