Bab 6

175 4 0
                                    

- Dhia's POV -

Aku tergesa-gesa berjalan menuju ke arah Haisya dan Izza yang sedang menungguku sedari tadi. Sudah! Muka dua orang anak dara ni dah macam baru teguk cuka!

" Dhia, kau pergi buang sampah ke main sampah? ", soal Haisya sambil mengetap bibir geram. Aku hanya tersengih malu.

" Err.. maaflah aku lambat sikit. Memang aku buang sampah, takkanlah aku nak main sampah. Tadi tu haa, ada mamat mana entah, aku mintak tolong dia. Tapi dia ralit aje tenung-tenung aku. Menyampah aku! ", aduku kepada Haisya dan Izza sambil menarikan jejariku pada bahu Haisya. Aku dapat meneka tindakan Haisya selepas ini.

Haisya membulatkan matanya selepas mendengar kata-kataku.

" Mamat? Handsome ke tak? Form? ", soal Haisya bertalu-talu.

I guess it! Mesti Haisya akan tanya handsome ke tak. Gatal tak bertempat. Perangai Haisya memang dari azali macam ni ke? Kalau aku jawab mamat Negro apalah agaknya reaksi dia.

Haisya memang mudah tergoda dengan lelaki handsome. Pantang nampak lelaki, terus nak adjust. Tapi takdelah sampai couple lima enam orang sekaligus. Dia bukan playgirl, ya? Lelaki sememangnya mudah berkenan dengan Haisya. Orangnya cantik. Macam aku! Hehe. Tapi aku tak layan lelaki. Haisya seorang gadis cantik berkulit putih, bermata agak sepet dan yang paling penting senyumannya mampu mencairkan sesiapa sahaja termasuk ketulan ais. Haha. Sekarang, Haisya menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar lelaki kelas 5 Jaya, namanya Aiman.

" Nak kata tak handsome, tak tergamaklah pulak. Nak kata handsome, hmm .. boleh tahanlah! Ahh! Abaikan ajelah. Lagipun aku tak pernah terserempak pun dengan budak tu sebelum ni! ", ujarku acuh tak acuh kepada Haisya. Semakin membulat mata sepetnya mendengar kata-kataku.

" What? Handsome? OMG! I'm fall in love! ", ujar Haisya sambil melentokkan kepalanya perlahan-lahan ke bahuku. Aku terus menolak kepalanya dengan lembut. Rimas tahu? Haisya mula memuncungkan mulutnya dengan tindakanku.

" Kau dah gila ke apa, Sya? Kau niy belum jumpa pun lagi dengan mamat tu dah fall in love bagai! Peliklah! Lagipun, Aiman nanti kau nak buang kat mana? ", soal Izza yang sedari tadi hanya berdiam diri. Betul juga kata-kata Izza, belum jumpa dah jatuh hati. Penyakit terbarulah!

" Aiman? Aiman buang dalam taman hati aku ajelah.", ujar Haisya sambil tersengih lalu melentokkan kepalanya pada bahu Izza pula. Izza yang sudah mengagak tindakan Haisya segera menjauhkan diri daripada rakan gatalnya itu membuatkan Haisya hampir tersungkur.

" Ish, kau ni! ", marah Haisya lalu memuncungkan mulutnya. Nak gantung hanger pun boleh jugak ni.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat kedua-dua orang rakanku. Padan muka kau, Haisya. Menggatal tak padan dengan status taken kau tu! Hahaha. Tengoklah aku ni, still single and available. Hehe.

Aku menyinsing lengan bajuku sedikit lalu melihat jam tanganku. Membulat mataku melihat waktu sekarang. Alamak! Kitorang dah lewat 10 minit lewat untuk masuk ke kelas Cikgu Irham. Patutlah lengang semacam aje. Rupanya waktu rehat dah tamat!

Aku mengalihkan pandangan ke arah dua orang sahabatku. Mereka masih lagi sakan bergurau senda dan bergelak tawa.

" Amboi, amboi! Seronok eh? Tengok jam berapa sekarang? ", ujarku ala ala Kak Ros dalam siri kartun Upin dan Ipin. Aku segera menarik lengan Haisya dan Izza sebelum sempat mereka melihat jam tangan masing-masing. Aku berdoa di dalam hati agar Cikgu Irham belum masuk ke kelas. Kalau tidak, Cikgu Irham boleh berubah menjadi singa jantan dan dalam masa yang sama berubah menjadi Abang Ariff! Faham-fahamlah ya? Huhu.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now