Bab 9

145 2 0
                                    

- Irfan's POV -

Pagi yang nyaman. Udara segar dihirup berkali-kali dengan nafas yang panjang. Aku menundukkan wajahku. Perjalanan ke sekolah diteruskan dengan langkah yang longlai.

Entah mengapa, hari ini tidaklah seceria seperti hari-hari yang lain. Eh, bukan hari yang tak ceria. Aku yang tak ceria. Memikirkan hal petang kelmarin membuatkan aku rasa kecewa, kecewa, kecewa dan kecewa. Sedih pun ada.

" Oit! Tunggu aku! "

Kedengaran sebuah jeritan dari arah belakang diselangi bunyi derapan tapak kaki yang melangkah laju ke arahku. Aku menoleh sekilas ke belakang. Oh, Aiman!

Pandanganku dialihkan kembali ke posisi hadapan. Tidak lama kemudian, ada satu tangan menarik begku dan melingkari belakang leherku. Aku tidak menghiraukannya dan kami terus berjalan menuju ke sekolah.

" Kau kenapa? Senyap aje. Sakit eh? ", soal Aiman setelah menyedari keadaan yang membisu tanpa sepatah katapun.

Aku hanya menggelengkan kepalaku tanpa menoleh ke arah Aiman. Aku takde mood nak bercakap dengan orang lain. Aku cuma mahu bersendirian.

" Kau nak tahu tak, Irfan. Cikgu tadika aku kata, kalau orang tengah bercakap kita kena pandang muka orang yang bercakap tu tau! ", ujar Aiman sambil mengemaskan rangkulannya di leherku membuatkan aku rasa tidak selesa. Perlahan-lahan aku menolak tangannya dan menjauhkan sedikit jarak diriku dari Aiman.

" Cikgu tadika? Cehh! Ingat lagi eh kau. Kasut tadika aku dulupun aku tak ingat jenama apa.", ujarku cuba berseloroh untuk menenangkan hati sendiri. Aku tersenyum sinis mendengar kata-kata Aiman tadi.

" Alahai. Jenama Body Glove kut. Hahaha! ", ujar Aiman sambil ketawa terbahak-bahak. Aku hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Aiman. Timbul rasa malu berjalan dengan si Aiman ni. Hahaa.

Selepas 2-3 minit kemudian, ketawa Aiman mulai reda. Lega sikit hati aku! Takdelah orang yang lalu-lalang ni ingat aku berjalan dengan orang gila. Aiman tersenyum melihatku dan menghabiskan sisa-sisa ketawanya.

Aku hanya bersikap tenang dan kembali menundukkan wajahku.

" Irfan, ceritalah. Apa masalah kau? Mungkin kau akan rasa lega sikit lepas bagitahu aku.", ujar Aiman ala-ala seorang kaunselor.

Aku memandang Aiman dengan pandangan kosong. Betul juga kata Aiman, mungkin aku akan rasa lega sedikit? Ahh! Kecewa tetap namanya kecewa. Tapi.. apa salahnya kalau aku beritahu Aimankan?

" Man, kenapa Dhia tu macam sombong jer? ", soalku kepada Aiman. Aku harap Aiman tidak akan ketawa mendengar pertanyaanku. Kalau tak terpaksa aku bertebal muka pada hari ini.

" Dhia? Oh. Dhia tu jenis tak layan lelaki.", ujar Aiman. Hmm, patutlah selama ini Dhia garang jer dengan aku. Chatting semalampun tahu nak marah orang aje. Tapi takpelah, mak aku kata, nak cari isteri kena yang jual mahal. Yess!

I've found my future wife! Ehh, perasan pula aku ni!

" Woii! Kau dah mengelamun sampai Uzbekistan ke? ", soal Aiman sambil melambaikan tangannya pada wajahku. Aku kembali tersedar dari lamunan dan tersengih bak kerang busuk.

" Mana adalah.", nafiku.

" Eleh, padahal senyum sorang-sorang. Haaa! Jangan-jangan kau dah jatuh hati kat Dhia eh? ", ujar Aiman sambil merenung tepat padaku.

Terbeliak biji mataku mendengar kata-kata Aiman. Ish, tak boleh jadi ni! Jangan sampai Aiman tahu. Buatnya heboh satu sekolah, mampus aku! Cepat-cepat aku menggelengkan kepala menidakkan kata-kata Aiman.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now