Bab 2

179 4 0
                                    

Selesai sahaja En. Amran menghabiskan sesi pembelajaran subjek Sejarah di dalam kelas 5 Maju, berderu-deru para pelajar keluar kelas untuk menuju ke kantin.

' Alahai, macam tak pernah makan 365 hari jer diorang ni! Gila laju kalah Usain Bolt ', bebelku di dalam hati.

Aku mengalihkan pandangan keluar kelas. Kelas-kelas yang lainpun bagaikan kambing yang terlepas dari kandang. Teruk betul! Aku sempat menangkap kelibat beberapa orang pelajar yang membawa botol air menuju ke kantin? Kenapa? Faham-faham lerr air Mak Munah tu. Air mineral pun lagi manis tahu tak?

" Dhia, jomlah pergi kantin! Nanti makin ramai orang! ", Haisya menarik-narik lenganku. Gedik betullah budak ni sorang! Hahaha!

Aku hanya menurut kata-kata Haisya. Kami hanya turun berdua sahaja kerana hari itu Izza tidak hadir ke sekolah. Mesti bangun lewat lagi! Kawan aku tu kalau letak bom sebelah telinga dia belum tentu bangun. Ish ish ish!

Ketika dalam perjalanan ke kantin, banyak pelajar nakal yang sibuk mengusik aku. Siap kenyit-kenyit mata lagi! Eh, tolong sikit! Ingat aku cair ke tengok korang kenyit mata macam tu? Mata comel takpe, ni dah macam orang Cina! Senyum sikit, conform tak nampak mata. Nampak garisan hitam jer. Sekurang-kurangnya L aku takdelah sesepet korang. Grrr!

Tiba sahaja di kantin, aduhai .. kalah pesta durian! Ramai pelajar yang sedang beratur untuk membeli makanan. Aku dan Haisya segera berbaris dalam barisan itu. Sungguh tidak selesa apabila hampir seluruh dewan makan itu sibuk memerhatikan aku. Siap ada yang ternganga lagi sampaikan tak perasan makanan penuh dalam mulut. Nak muntah aku tengok!

Aku segera mengalihkan perhatianku ke arah tempat Mak Munah menjual air minuman. Situasinya? Krikk krikk. Betul! Memang takde orang langsung. Kasihannya Mak Munah. Hahaha. Jahat betullah aku ni!

Akhirnya, tibalah giliran aku untuk membeli makanan. Aku hanya memesan dua keping karipap dan sekotak air jus epal.

Mujurlah kantin aku menjual air kotak. Laku gilalah! Nak harapkan air Mak Munah, alamatnya semua pelajar SMK Taman Indah masuk wad sebab tak cukup gula dalam badan. Nazak terus kut! Ugh.

Setelah membayar pesanan aku tadi, aku dan Haisya mencari tempat duduk di kantin untuk makan. Akhirnya, kami menjumpai tempat duduk yang baru sahaja ditinggalkan oleh sekumpulan pelajar perempuan tingkatan empat.

Kami segera duduk di situ dan menikmati makanan yang dibeli. Okay dah mula dah .. semua perhatikan aku! Takkanlah masa aku makan pun comel lagi?

Sangat-sangat rimas! Nak aje aku naik dan makan di dalam kelas. Tapi tak boleh, sejak minggu lepas, pengetua dah kuatkuasakan peraturan baru.

TIDAK DIBENARKAN MAKAN DI DALAM KELAS !

Entah apa masalahnya pun aku tak tahu. Kitorang bukan lagi budak-budak tadika, wahai Guru!

Aku segera makan dengan cepat. Mujurlah hari ini Haisya selesai makan dengan cepat. Pecah rekod tahu tak? Selalunya makan mengalahkan Gary dalam cerita kartun Spongebob Squarepants yang aku sendiri tak tahu sama ada siput ataupun kucing.

Kami kemudiannya mengangkat kaki dan menuju ke kelas. Setibanya di dalam kelas .. aha! Aku dah agak! Macam biasa, hadiah bawah meja aku.

Sekuntum bunga mawar plastik dan sekeping surat di dalam sampul berwarna merah jambu dan mempunyai sedikit corak-corak bunga. Itu hadiahnya!

Haisya tidak tertarik terhadap hadiahku kali ini. Nak tahu kenapa? Sebab bukan coklat! Takkanlah Haisya nak kebas semua hadiah aku sampaikan bunga mawar plastik pun dia nak telan?

Aku membuka surat cinta itu perlahan-lahan. Eh, surat cinta ke? Lantaklah! Wangi!  Berapa botol minyak wangilah dia siram atas surat ni?

Dear Dhia Qalisya,

Awak apa khabar? Sihat? Dah terima bunga mawar saya? Segar, kan? Saya petik khas dalam taman hati saya untuk awak, Dhia. Cinta saya hanyalah untuk awak satu-satunya!

By : Your Secret Admirer ♥

Berderai ketawa aku selepas membaca surat tersebut. Bunga? Segar? Taman hati dia? Khas untuk aku? Okay ini sangat lawak!

Bunga mawar plastik dari taman hati dia? Waahh! Nampak sangat hati kau plastik. Ugh! Sekali lagi berderai ketawa aku sehingga menekan perut.

Haisya hanya memerhatikan tingkah lakuku yang bagaikan disampuk hantu. Dia lalu merebut surat cinta da tanganku. 1 , 2 , 3 ! Akhirnya, berderai ketawa Haisya !

★☆★☆★☆★☆★☆

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now