Bab 14

116 3 0
                                    

" Aiman, sini kejap! "

Tangan Haisya melambai-lambai ke arah Aiman. Ketika ini kami berada di pondok bacaan, pada waktu rehat. Walhal kami tak membaca bukupun.

Aiman tersengih-sengih bak kerang busuk ketika Haisya memanggilnya. Dia mengambil tempat di sebuah kerusi bangku berhadapan dengan aku, Izza dan Haisya.

" So, what's wrong? ", soal Aiman sambil memandang wajah kami silih berganti.

Aku sendiri pun tak tahu kenapa Haisya ajak Aiman ke sini. Mustahillah kalau nak ajak lepak. Nanti orang ingat Aiman ni lesbian pula, berkawan dengan perempuan 24 jam.

" Mana Irfan? Dah lama tak nampak dia.", soal Haisya. Riak wajah Aiman kelihatan berubah serta merta. Aku sendiri tidak menjangkakan soalan itu bakal terpacul keluar dari mulut si Haisya. Terimbau kembali detik pertemuan aku dan Irfan di taman pada petang kelmarin. Cepat betul kau pergi, Irfan!

" Irfan? Dia.. dia dah pindah."

" Pindah? Eh cepatnya! "

Haisya dan Izza kelihatan terkejut. Berkerut-kerut dahi mereka sambil memandang sesama sendiri. Aiman tidak habis-habis meraup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Aku hanya berlagak selamba dan tenang kerana aku sudahpun mengetahui perkara ini termasuk puncanya sekali.

" Aiman, kenapa Irfan pindah cepat sangat? ", soal Izza pula. Ingin sahaja aku terangkan terus kepadanya. Nak harapkan Aiman, macam-macam gaya frust yang telah dilakukan. Lambat sangat nak jawab! Maklumlah, kawan baik!

" Irfan pindah ke sini atas urusan kerja keluarganya. Pindah untuk sementara aje. Lepas tu, dia kena pindah balik tempat asal yang dulu.", ujar Aiman dengan nada yang kecewa. Entah berapa kali keluhan berat harus dia lepaskan. Haisya dan Izza kelihatan terangguk-angguk.

Kringgg ! Kringgg !

Loceng sudahpun berbunyi menandakan waktu rehat telah sampai ke penghujungnya. Aiman meminta diri untuk pergi ke makmal sains memandangkan kelasnya ada subjek sains selepas ini. Kasihan pula tengok Aiman, berseorangan. Selalunya dia ditemani Irfan.

Aku, Haisya dan Izza segera bangun dan meninggalkan pondok bacaan itu. Kami mengatur langkah menuju ke kelas di tingkat atas sebelum Cikgu Aida masuk untuk memulakan pembelajaran. Kami cepat-cepat menaiki tangga.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

     Kepalaku disembamkan di atas meja belajar di dalam bilik. Akhirnya, siap juga kerja sekolahku. Fuhh, penatnya! Payah juga untuk mencari jawapan bagi soalan Matematik ni! Aku kena study smart. Tak boleh main-main memandangkan SPM dah makin dekat.

Fighting !

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilikku diketuk bertalu-talu dari luar. Aku mengangkat muka. "Masuk!" Ahaa! Ala-ala bos dalam pejabat pulak. Seketika kemudian, terjengul kepala Abang Aliff di muka pintu. Aku mengangkat kening.

" Adik, jom turun makan."

" Oh, ya! Kejap kejap! Nanti Adik turun."

Segera aku mengemas peralatan menulis yang bersepah-sepah di atas meja belajarku. Pen, pemadam, pembaris dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam kotak pensel milikku. Buku-buku disusun kemas dan diletakkan di dalam beg sandang yang hari-hari kubawa ke sekolah.

Setelah selesai mengemas, aku menuruni tangga dan menuju ke meja makan. Kelihatan semua ahli keluargaku sudah duduk di kerusi masing-masing. Cuma tinggal aku dan Mama sahaja. Mama sibuk menyendok nasi ke dalam pinggan Papa. Segera aku mengambil tempat di sebelah Abang Ariff.

Makan malam kami dimulakan dengan bacaan doa makan yang diketuai oleh Abang Aliff. Seterusnya, kami menikmati makan malam dalam keadaan senyap. Makan tidak boleh bercakap, ya?

Aku meneguk air oren yang telah disediakan oleh Mama. Ahh! Hilang rasa dahagaku. Sedap betul asam pedas yang Mama masak hari ini.

" Mama, Dhia minta maaf sebab tak tolong Mama masak hari ni. Dhia ada banyak kerja sekolah.", ujarku sambil mencapai jag jus oren lalu dituang ke dalam cawan kecilku. Mama hanya mengangguk perlahan.

" Takpelah. Kalau Dhia ada, lambat lagilah agaknya boleh makan.", balas Mama dalam nada sindiran. Papa ketawa kecil mendengar kata-kata isterinya. Ish, Mama ni! Tahulah aku jenis yang kalut. Abang Aliff dan Abang Ariff meneruskan kunyahan makanan masing-masing. Lapar sangat agaknya.

" Dhia, exam dah nak dekat. Papa nak Dhia belajar bersungguh-sungguh tau. Papa nak tengok Dhia berjaya.", ujar Papa setelah selesai menikmati makan malam. Papa tersenyum memandangku dan aku hanya mengangguk kecil.

" Okay, Papa! Dhia janji Dhia akan belajar sungguh-sungguh dan berikan kejayaan yang mampu membahagiakan Papa dan Mama. Dhia nak berjaya macam abang-abang Dhia sekalian.", ujarku lalu menoleh sekilas ke arah Abang Ariff dan Abang Aliff. Kembang kempis hidung mereka. Cehh! Banggalah tu aku puji diaorang.

Memang inilah harapanku. Mengukirkan senyuman buat seluruh ahli keluargaku. Aku tak akan hampakan Mama dan Papa. Aku mahu tunjukkan bahawa hasil tunjuk ajar dan didikan yang mereka beri selama ini selain guru, telah banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku mahu jadi insan yang berguna. Bukannya orang terbuang di jalanan.

" Yup, betul tu. Study smart not study hard okay.", balas Abang Ariff sambil tersenyum senang. Dia menggosok perlahan kepalaku. Aku menepis tangannya. Ish! Habis rambutku menjadi serabai! Abang Ariff hanya tertawa.

" Papa, Dhia masuk bilik dululah. Nak gosok baju sekolah. Good night.", ujarku lalu menaiki tangga masuk ke bilik. Pintu ditutup perlahan-lahan.

Hmm. Ni satu lagi, perkara yang paling malas aku nak buat adalah gosok baju. Hoho. Malasnyaaa! Aku merebahkan diri ke katil. Kalau hari-hari dapat baring kan best?

Aku mengiring ke sebelah kanan sambil mendakap patung Minionku. Tiba-tiba, pandangan mataku tertancap pada sebuah kotak merah kecil di atas laci meja. Entah mengapa, hatiku terasa berdebar-debar.

Aku bangun dan berada dalam posisi duduk. Perlahan-lahan tanganku mencapai kotak merah itu. Penutupnya dibuka dan aku terus cuba menyarungkan gelang itu di tanganku.

Eh, sekejap!

Tangan kanan atau kiri?

" .. Kalau kau anggap aku kawan, pakai gelang tu pada tangan sebelah kiri. Tapi kalau kau anggap aku lebih dari kawan, pakailah pada tangan sebelah kanan. .."

Kata-kata Irfan bagaikan terngiang-ngiang di telingaku.

Kanan?

Kiri?

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now