Bab 7

145 2 0
                                    

- Irfan's POV -

Aiman bermain-main dengan pen dakwat hitamnya. Buku di atas meja masih terbuka luas minta ditatap. Aiman bagaikan sedang mengelamun memikirkan tentang masalah yang besar.

Apa masalah Aiman? Kenapa dia diam aje? Kenapa dia mengelamun?

Aku memetik jariku di hadapan wajah Aiman. Harapanku agar Aiman tersedar dari lamunannya. Malangnya tidak. Aiman terlalu syok mengelamun.

Cubaan kedua, aku melambaikan tanganku di hadapan wajah Aiman. Tak jadi juga, aku mencuba taktik pertama tadi dengan memetik jariku. Akhirnya, sedar juga Aiman dari lamunannya.

Aiman menggelengkan kepala dan meraup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan lalu memandang sekilas ke arahku di sebelahnya.

" Kau dah kenapa, Aiman? Macam ada masalah besar jer.", soalku pada Aiman yang mula meletakkan kepalanya di atas meja.

" Sebenarnya ... "

" Sebenarnya apa, Man? ", soalku apabila mendapati ayat Aiman bagaikan wujudnya long pause di tengah-tengah. Entah mengapa, aku menjadi risau melihat keadaan Aiman.

" Sebenarnya, aku bosanlah! ", ujar Aiman.

Ek elehh. Spoil habis! Ingatkan ada masalah apalah tadi! Alih-alih bosan aje? Cehh! Suspen aku. Kau memang nak makan stoking aku agaknya! Aiman hanya tersengih.

Aku tidak mengendahkan Aiman dan membiarkannya melayan perasaan bosan itu. Aiman melemparkan pandangan ke luar jendela kelas. Senyap tanpa sebarang tutur bicara.

Tiba-tiba, Aiman bangun dari tempat duduknya dengan menarik lenganku. Aku berkeras dan cuba melepaskan tanganku dari pegangannya.

" Eh, Man! Kau nak pergi mana? ", soalku kepada Aiman yang kemudiannya kembali melabuhkan punggung di kerusi.

" Aku nak pergi kelas sebelah. Nak jumpa girlfriend aku. Jomlah ikut. Nanti aku boleh kenalkan dia dengan kau! ", ujar Aiman menjawab pertanyaanku.

" Laa.. kau ada girlfriend? ", soalku separuh terkejut. Aiman pun takde cerita lagi pasal girlfriend dia.

" Ha'ah. Aku ada girlfriend. Kau apa tahu? Jomlah, pergi kelas sebelah! Cikgu bukan masuk kelas pun. Kan ada meeting! ", Aiman mula berdiri dan kembali menarik lenganku. Aku hanya menurut langkahnya menuju ke kelas sebelah.

Tiba sahaja di kelas sebelah, hampir semua pelajar perempuan menumpukan perhatian kepadaku sambil berbisik sesama sendiri. Aku maluuuu! Kalau boleh aku mahu buka langkah seribu masuk semula ke dalam kelas.

Aiman terus menarik lenganku dan menuju ke arah sekumpulan budak perempuan yang sedang berbual-bual. Aku mengamati wajah mereka satu persatu.

Eh, macam kenal jer perempuan tu. Haaa! Dialah yang minta tolong aku tadi. The beautiful girl!  Tak sangka dia kelas sebelah aje. Tak sia-sialah aku datang sini. Hehehe. Aku terus merenung ke arahnya dan dia mula menyedari renunganku. Mungkin dia rasa tidak selesa? Aku mengalihkan perhatian ke tempat lain.

Tapi.. jangan-jangan beautiful girl ni awek Aiman. Huk alorhh! Harap-harap taklah. Hancur harapanku nanti.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

- Dhia's POV -

'Pahal pulak mamat ni tengok aku lagi? Menyampah pulak rasanya! Untung handsome', omelku di dalam hati. Nasib akulah jumpa lagi dengan mamat poyo ni!

Aiman dan Haisya kembali ke tempat kami selepas pergi berbual di hadapan kelas. Kejap sahaja tak lama. Kalau berbual di sini, jangan harap aku nak bagi! Geli geleman aku tahu tak?

" Eh, lupa pulak. Kenalkan, budak baru dalam kelas 5 Jaya. Namanya Irfan Hardi.", ujar Aiman sambil menepuk-nepuk bahu mamat poyo tu. Eh.. bukan! Nama dia Irfanlah. Hehee.

Irfan hanya tersenyum melihat kami bertiga. Aku membalas dengan memberikan senyuman pahit kepada Irfan.

" Hai, Irfan. Saya Haisya merangkap girlfriend Aiman. Hehee."

" Hai. Saya Izza."

Rakan-rakanku telah selesai memperkenalkan diri masing-masing. Malaslah aku nak layan. Perlu sangat ke kenal aku?

" How about you? ", Irfan menuding jari ke arahku kerana aku belum lagi introduce myself. Sibuklah mamat ni. Nak tak nak, kena buat juga!

" Dhia.", sepatah sahaja kataku. Aku mahu dia tahu bahawa aku malas nak layan. Ish!

" Mm.. oh! Nice to meet you, girls.", ujar Irfan setelah aku selesai menyebut sepatah sahaja namaku. Jahat jugakan aku ni?

Haisya dan Izza mula tersenyum. Apatah lagi Haisya. Memandangkan Aiman ada di sini, dia perlu kawal perasaannya. Dia terlalu mudah cair dengan lelaki handsome macam Irfan.

Aku membuka buku subjek sejarah di hadapanku lalu berpura-pura membaca dan mengulang kaji pelajaran. Hahaha. Padahal satu pun tak lekat dalam kepala. Bagus punya anak murid -,-

Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat Cikgu Mastura, guru subjek bahasa Inggeris kelas 5 Jaya berlalu ke kelas Aiman dan Irfan. Meeting dah habislah tu.

" Eh, Cikgu dah datang. Kitaorang pergi dululah. Bye sayang.", ujar Aiman sambil melambaikan tangan kepada Haisya. Pergelangan tangan Irfan ditarik lalu mereka menuju ke kelas mereka.

'Nasib dah blah. Menyemak!', omelku di dalam hati. Tak tahu kenapa aku jadi benci dengan Irfan. Entah apalah salah insan itu. Mungkin dia gatal, kut?

Aku mengeluarkan buku bahasa melayu dari dalam beg dan diletakkan di atas meja sebagai persediaan untuk memulakan pembelajaran. Izza sudah beralih ke tempat duduk asalnya. Tidak lama kemudian, Cikgu Irham mula masuk ke kelas.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now